Cara Dapat Kerja Pantas Dengan Login Jobsmalaysia
CARA DAPAT KERJA PANTAS DENGAN LOGIN JOBSMALAYSIA
Dalam situasi tekanan ekonomi sekarang ini ekorang penularan wabak Covid-19, banyak sektor pekerjaan dan perniagaan terjejas. Perkara ini bertambah parak lagi apabila kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) bagi membendung penularan wabak Covid-19. Tidak menjadi satu kehairanan jika ada majikan yang melaksanakan rombakan bilangan pekerja dan mengurangkan operasi syarikat masing-masing.
CONTOH SITUASI TERKINI PEKERJAAN DI MALAYSIA
1.Malindo Air contohnya sudah pun sejumlah 70 peratus kakitangan diminta ambil cuti tanpa gaji. Keuntungan Malaysia Airlines dilaporkan sudah pun merosot kepada 94 peratus semenjak COVID melanda di Malaysia. Jadi apabila melihatkan situasi syarikat seperti ini, apa sahaja boleh berlaku.
2.Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia telah memberikan ‘signal awal’, apabila separuh daripada pekilang di Malaysia mencatat pendapatan jatuh merudum sehingga 50 peratus. Berdasarkan dapatan daripada Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) 78.7 peratus syarikat akan buang pekerja sehingga 30 peratus. Satu jumlah dan bilangan yang tinggi dalam ketidaktentuan pasaran kerja dan ekonomi Malaysia hari ini.
3.Berdasar portal TheSunDaily, Dianggarkan juga 1 juta rakyat Malaysia bakal terdekat dengan gelombang kena berhenti kerja dek kerana PKS tidak dapat menampung kerugian di sepanjang COVID 19 ini. Melihatkan situasi yang bakal berlaku pada masa akan datang, pihak portal JobsMalaysia telah pun melancarkan satu program yang dinamakan Program Penempatan Semula Pekerjaan.
CARA DAPAT KERJA PANTAS DENGAN LOGIN JOBSMALAYSIA
Anda boleh cuba login JobsMalaysia untuk Program Penempatan Semula Pekerja. JobsMalaysia akan membantu anda untuk mendapatkan kerja baru selepas ini.
Untuk memohon, sila layari PROGRAM PENEMPATAN SEMULA PEKERJAAN
Mereka akan respon setiap permohonan yang anda hantar dalam tempoh 5 hari bekerja. Ketika ini, mereka menerima permohonan yang sangat banyak. Dan setiap permohonan akan diusahakan pada kerja dan jawatan yang sesuai berdasarkan kekosongan yang ada.
PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN SEMULA PERKESO
Perkhidmatan pekerjaan melalui bantuan Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan yang membantu carian pekerjaan, khidmat kaunseling, temuduga, latihan dan sokongan pekerjaan berterusan.
PERKESO juga telah mewujudkan portal EIS bagi memudahkan Orang Berinsurans PERKESO membuat tuntutan faedah SIP. Pencarum SIP yang hilang pekerjaan dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan adalah layak menerima bayaran faedah penuh SIP. Makluman lanjut mengenai Sistem Insurans Pekerjaan, sila layari www.perkeso.gov.my
CARA PERMOHONAN PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN SEMULA PERKESO
Permohonan boleh dibuat di atas talian atau di mana-mana kaunter pejabat PERKESO. Pautan untuk membuat permohonan di atas talian boleh didapati di sini
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA PERMOHONAN
Salinan KPPN
Bukti kehilangan pekerjaan, contohnya surat penamatan kerja
Salinan maklumat akaun bank
Slip gaji untuk 6 bulan sebelum tarikh kehilangan pekerjaan
Selain itu, pemohon faedah-faedah tertentu dikehendaki untuk mengemukakan dokumen sokongan tambahan. Dokumen sokongan untuk semua jenis faedah adalah seperti jadual di bawah:
FAEDAH & DOKUMEN PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN SEMULA PERKESO
Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
Elaun kewangan bagi mereka yang kehilangan sumber pendapatan tunggal dan dalam proses carian pekerjaan.
Laporan kepada Program Penempatan Pekerjaan Semula
Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)
Elaun kewangan bagi mereka yang mempunyai beberapa pekerjaan dan telah kehilangan sekurang-kurangnya satu, tetapi tidak semua pekerjaan.
Perakuan semasa majikan aktif
Fi Latihan (FL)
Untuk pekerja mengikuti latihan kemahiran dengan pengesyoran Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO. Yuran latihan akan dibayar terus kepada syarikat yang menyediakan latihan (service provider) bagi pemohon yang terpilih mengikuti kemudahan latihan vokasional tidak melebihi tempoh 6 bulan dengan kos maksimum latihan iaitu RM4,000.00.
Surat tawaran latihan
Invois daripada pneyedia latihan
Laporan kehadiran latihan
Elaun Latihan (EL)
Satu insentif kewangan yang dibayar kepada peserta yang menghadiri latihan bagi menggalakkan mereka menghadiri semua sesi latihan
Surat menjalani latihan
Bukti kehadiran latihan
Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)
Insentif kewangan yang dibayar kepada penerima faedah EMP yang berjaya kembali bekerja awal.
Surat tawaran kerja
Dokumen pembuktian melapor diri seperti kad perakam waktu dan lain-lain
PROSES PERMOHONAN FAEDAH ELAUN MENCARI PEKERJA(EMP)
Berikutnya adalah panduan ringkas proses permohonan faedah Elaun Mencari Pekerjaan (EMP).
1.Daftar sebagai pengguna di Portal EIS dan lengkapkan permohonan
2.Permohonan LULUS atau DITOLAK berdasarkan :
a.Syarat hilang pekerjaan
b.Syarat kelayakan caruman
c.Permohonan dibuka selepas 60 hari dari tarikh kehilangan pekerjaan
*Anda akan dimaklumkan melalui emel atau pos(Sekiranya anda tidak mempunyai alamat emel.
LULUS
3.Lengkapkan dan kemukakan Borang Penempatan Pekerjaan Semula
4.Bayaran akan dikreditkan kepada akaun
Baca :SEMAKAN PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN SEMULA PERKESO
The post CARA DAPAT KERJA PANTAS DENGAN LOGIN JOBSMALAYSIA appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/cara-dapat-kerja-pantas-dengan-login-jobsmalaysia.html