Cara Dan Pengalaman Daftar Surat Beranak Anak Luar Nikah


Cara Dan Pengalaman Daftar Surat Beranak Anak Luar Nikah | Beberapa tahun yang lepas, Cik Neslo ada terserempak dengan salah seorang kenalan lama. Dia pernah menceritakan pada saya yang dirinya pernah punya seorang 'Hamba Allah' yang telahpun selamat melahirkan seorang anak luar nikah. Siapa dan kenapa, itu semua saya tak tanya bagi menghormati tuan empunya diri walaupun beliau tak ada di situ.

Kenapa boleh tercetus topik itu tidak pula saya ingat. Kalau tak silap kami bercerita tentang kisah sekolah. Dan secara tak sedar, isu anak luar nikah ini ikut keluar sama. Iyalah, isu anak luar nikah ni dah lama sebenarnya. Cik Neslo masih ingat lagi semasa saya sedang berada di bangku sekolah menengah dulu, masa tu heboh dengan status bohsia dan bohjan. Naik risau tambah serabut jugalah mak Cik Neslo masa tu bila terfikirkan anak perempuan dia ni.


- sekadar gambar hiasan-

Berbalik pada cerita anak luar nikah tadi. Sahabat saya ini berceritakan akan pengalamannya dalam membantu Hamba Allah terbabit. Mujurlah berkat sokongan orang sekeliling seperti rakan saya ini, maka si empunya diri untuk kisah ini telah meneruskan kandungannya. Syukur juga apabila dikhabarkan yang si lelaki itu bersetuju untuk bertanggungjawab demi masa depan anak terbabit.

Kelahiran Anak Luar Nikah
Menurut apa yang sahabat saya ini ceritakan, kelahiran anak tersebut berjalan dengan lancar seawal kandungan lagi. Antara perkara yang perlu dan penting untuk dilakukan adalah :

segera kahwinkan si pasangan sebelum kandungan makin membesarbuat buku merah di Klinik Ibu & Anak - pihak hospital dan nurse bertugas akan rahsiakanlahirkan bayi seperti biasa di hospital dengan menggunakan sijil kahwin yang ada
Berkaitan prosedur lahirkan anak luar nikah di hospital tidak pula saya tanya. Tapi berdasarkan apa yang diberitahu 'si ibu' ini memang telah melahirkan anak di hospital tanpa sebarang masalah. Besar kemungkinan pihak hospital lebih fokus untuk kelahiran si anak dengan selamat bersama si ibu daripada sibuk hal status anak luar nikah


Cara Buat Surat Beranak Untuk Anak Luar Nikah 
Untuk pengetahuan, cara buat surat beranak anak luar nikah lebih kurang sama sahaja prosesnya seperti pendaftaran anak yang lahir dalam pernikahan. Cara buat surat beranak anak luar nikah beserta proses dan langkah-langkah yang perlu dilakukan itu adalah. 

si ibu yang baru melahirkan anak perlu pergi sendiri bersama pasangan untuk daftarkan kelahiranbawa buku merah semasa mengandung bawa sijil perkahwinanbawa surat kelahiran yang memang akan diberikan oleh pihak hospitalbawa kad pengenalan si pasangan yang original jugaisikan borang dengan nama yang baik untuk anak

Lebih kurang sama kan cumanya rakan saya memberitahu yang si Ibu yang baru melahirkan anak itu perlu ada bersama semasa proses daftar surat beranak untuk anak luar nikah itu dilakukan.

Ini bertepatan dengan maklumat yang diperolehi dari laman web Jabatan Pendaftaran Negara di mana, maklumat bapa bagi kanak-kanak yang lahir di luar perkahwinan tidak akan dicatatkan dalam daftar kelahiran (nama bapa tak ada di dalam surat beranak si anak)

MELAINKAN... 

dengan permohonan bersama oleh ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa kanak-kanak tersebut. Dalam erti kata lain, seseorang yang mengaku sebagai bapa kepada kanak-kanak tersebut perlu menandatangani daftar kelahiran bersama-sama dengan ibu kanak-kanak.

 Dan apabila saya bertanya adakah semuanya berjalan lancar? Jawapannya adalah YA! 
- sekadar gambar hiasan-

Penting! Berkaitan Dengan Nama Anak 
Seperkara lagi yang saya ingat, berdasarkan apa yang telah diberitahu oleh rakan saya itu. Si pasangan perlu berkahwin secara sah sebelum usia kandungan mencecah umur 5 bulan. Dalam erti kata lain, si pasangan perlu diijabkabulkan secara sah sebelum kandungan berumur 20 minggu. 

Menurutnya lagi, jika usia kandungan sudah berusia 5 bulan dan ke atas maka ia boleh mendatangkan masalah semasa proses pendaftaran ingin dilakukan. Antaranya, nama si anak tidak boleh diletakkan dengan nama bin atau binti si 'ayah'. 

Oh..... patutlah ada banyak kes di mana nama anak sukar untuk didaftarkan berserta dengan nama si ayah. Ada kena mengena dengan usia kandungan semasa perkahwinan sah itu dilakukan juga rupanya. 

- sekadar gambar hiasan-

Itulah serba sedikit info yang saya tahu berdasarkan perkongsian cerita dan pengalaman daripada salah seorang sahabat. Apa yang beliau ceritakan tentang bagaimana untuk mendaftarkan kelahiran anak tak sah taraf / anak luar nikah ini, saya kongsikan di sini... manalah tahu kalau-kalau dapat beri info pada sesiapa yang memerlukan. 

Sejujurnya, saya kongsikan panduan cara buat surat beranak anak luar nikah ini bukannya dengan niat yang tidak elok melainkan rasa kasihan pada si anak yang sama sekali tidak berdosa. Si ibu terlanjur itu bukannya atas kuasa kita untuk berkata apa-apa. Sedihnya ada para wanita yang menjadi mangsa rogol dan sebagainya hingga terpaksa hamil anak luar nikah begini.

Yang pasti, anak itu tak berdosa. Anak itu tidak bersalah. Jika benar-benar telah terlanjur, segeralah bertaubat kerana Allah SWT itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Teruskan kandungan walaupun anak itu dikatakan tak sah taraf atau anak luar nikah sekalipun. Didiklah dia dengan kasih sayang dan binalah kehidupan yang baru bersama-sama. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://neslopanas.blogspot.com/2020/01/cara-dan-pengalaman-daftar-surat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Cepat Risau Takut 7 Cara Ini Pakar Saran Untuk Bantu Si Kecil Atasinya

Anak Cepat Risau Takut 7 Cara Ini Pakar Saran Untuk Bantu Si Kecil Atasinya

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 340 hits
Rasa risau dan juga rasa takut ialah dua perasaan yang lazim dalam hidup manusia Bukan manusia namanya jika kita tidak pernah berasa risau dan takut Begitu juga kisahnya tentang kanak kanak dalam lingkungan usia 0 6 tahun Yang pasti pada pe...
Menakjubkan Cara Ayah Ini Handle Anak Yang Sedang Tantrum Akhirnya Anak Itu Sendiri Yang Mengalah

Menakjubkan Cara Ayah Ini Handle Anak Yang Sedang Tantrum Akhirnya Anak Itu Sendiri Yang Mengalah

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 398 hits
Tidak mudah untuk bersabar di kala anak belum belajar untuk bersabar Anak yang mengamuk dan meragam seumpama anak yang jatuh ke dalam lubang yang dalam Jika ibubapa turut mengamuk terhadap anak yang meragam itu ibubapa sepertinya turut sama...
Susahnya Macam Nak Berperang Doktor Ini Kongsi Cara Mudah Pujuk Anak Makan Ubat

Susahnya Macam Nak Berperang Doktor Ini Kongsi Cara Mudah Pujuk Anak Makan Ubat

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 585 hits
Tidak dinafikan sekarang musim demam banyak anak anak kita yang tidak sihat Demam disertakan dengan batuk dan selesema tak sampai hati bila lihat keadaan mereka Untuk mengurangkan suhu panas badan serta melegakan batuk selesema anak anak su...
Anak Buang Air Kecil Atas Tilam Berat Besar Mufti Kongsi Cara Nak Bersihkan Dan Sucikan Dari Najis

Anak Buang Air Kecil Atas Tilam Berat Besar Mufti Kongsi Cara Nak Bersihkan Dan Sucikan Dari Najis

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 542 hits
Ada anak kecil dan sering terkucil atas tilam waktu tengah malam itu perkara yang biasa bagi sesetengah ibu bapa Kencing malam atau betwetting terjadi apabila kanak kanak berusia 5 tahun dan ke atas tidak dapat mengawal kencing mereka semas...
Cara Elakkan Terlupa Anak Di Dalam Kereta

Cara Elakkan Terlupa Anak Di Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 619 hits
Cara Elakkan Terlupa Anak Di Dalam Kereta Baru baru ini kita dikejutkan lagi dengan berita kematian seorang bayi perempuan berusia 9 bulan yang ditinggalkan di dalam kereta hampir 4 jam kerana bapanya terlupa menghantar bayi itu ke taska Su...
Agong Kurnia Surat Cara Pelantikan Hakim Besar Sabah Dan Sarawak

Agong Kurnia Surat Cara Pelantikan Hakim Besar Sabah Dan Sarawak

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 358 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap dan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abang Iskandar Abang Hashim di Istana Ne...
Pasien Aborsi Di Paseban Banyak Wanita Di Bawah 24 Tahun Hamil Di Luar Nikah

Pasien Aborsi Di Paseban Banyak Wanita Di Bawah 24 Tahun Hamil Di Luar Nikah

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 290 hits
Yusri mendata sebanyak 903 pasien menyambangi klinik aborsi di Paseban Jakarta Pusat Sebagian besar berada di usia produktif mulai dari 24 tahun ke bawah
Anak Batuk Berkahak Cara Berkesan Rawatan Sedut Kahak

Anak Batuk Berkahak Cara Berkesan Rawatan Sedut Kahak

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 411 hits
Sebagai ibu bapa yang prihatin tentang kesihatan anak anak adalah menjadi kerunsingan sekiranya anak batuk berkahak Nafas anak berbunyi ketat di dada batuk yang tidak sembuh walaupun telah mengambil ubat batuk seperti yang disarankan doktor...
Cara Guna Dan Cuci Waterproof Bedsheet Elak Tilam Basah Jika Anak Kencing Malam

Cara Guna Dan Cuci Waterproof Bedsheet Elak Tilam Basah Jika Anak Kencing Malam

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 619 hits
hi there cara guna dan cuci WATERPROOF BEDSHEET elak tilam basah jika anak kencing malam Sebagai seorang mommy memang haru biru apabila anak anak yang berusia sekitar 5 tahun dan ke atas mempunyai masalah kencing malam di tilam selain kena ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord