Cara Daftar Perniagaan Ssm Secara Online Terbaru Untuk Tahun 2024



Kepada mereka yang nak daftar lesen perniagaan SSM, sekarang anda boleh buat online sahaja. Ikuti langkah dan cara ini dibawah.
Perkongsian ini merupakan daripada pengalaman sendiri apabila baru sahaja berjaya mendaftarkan syarikat enterprise atau persendirian sendiri hanya melalui online sahaja.
Jadi secara asasnya yang melibatkan perniagaan dan pendaftaran SSM di Malaysia ini adalah berpandukan daripada Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dimana ada menyatakan yang sebarang perniagaan yang mendatangkan keuntungan mesti berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kita berniaga, mesti nak untungkan.
BACA : 7 Cara Buat Duit Guna Blog Bagi Tahun 2020
Seperti yang saya bagi tahu, saya telah berjaya daftar perniagaan berlabel Enterprise, tapi apa maksudnya? Sebelum itu, anda perlu tahu di Malaysia terdapat 4 kategori perniagaan iaitu Milikan Tunggal, Perkongsian, Sendirian Berhad (Sdn Bhd) dan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT). 
Jadi untuk perniagaan kecil seperti kita ni, kita hanya fokus kepada 2 kategori sahaja iaitu Milikan Tunggal dan Perkongsian yang juga dikenali sebagai Enterprise. 

Milikan Tunggal - Perniagaan dimiliki oleh hanya Seorang PemilikPerkongsian - Perniagaan dimiliki sekurang-kurangnya 2 orang tidak melebihi 20 orang rakan kongsiSaya daftar milikan tunggal dibawah Enterprise.

Pendaftaran Pernigaan SSM Buat Pertama KaliSaya telah mendaftar perniagaan dan buat lesen SSM melalui kategori Enterprise pada Oktober 2020 yang lepas. Ini kerana saya melakukan transaksi atau perniagaan yang melibatkan keuntungan di blog saya ini.
Jadi saya telah daftar dengan jayanya pada 29 Oktober 2020 dibawah nama Aiman Creative Media (003190671-H). Jadi apa tujuan saya daftar perniagaan yang perlu anda buat bayaran secara tahunan ini selain tujuan perniagaan?
Saya daftarkan perniagaan saya ini adalah bagi tujuan :

Perniagaan saya menjadi sebuah entiti yang sah di MalaysiaBina keyakinan daripada potensi client. Mereka lebih mempercayai terhadap servis sayaJika ada bantuan daripada Kerajaan seperti (Geran Khas Prihatin, GKP), senanglah ianya disalurkan kepada peniaga seperti saya.Senang buat Loan*Tapi dah daftar lambat, dapat BPN la, tak dapat GKP
BACA : Cara Buat Permohonan Rayuan bagi Geran Khas Prihatin (GKP)
Dengan komitmen fee RM60 setahun, pastinya tidak membebankan yang seolah-olah RM5 sebulan. Tapi ada cara untuk anda dapatkan bayaran yuran tahunan lebih murah. Ikuti langkah seterusnya.
Cara Daftar Perniagaan (Enterprise) SSM Secara Online Untuk Tahun 2024Untuk pengetahuan awal, walaupun ianya pendaftara secara online tapi anda perlu pergi sekejab sahaja mana-mana cawangan SSM terdekat bagi tujuan verfikasi sahaja. Lepas tu boleh balik dan terus daftar perniagaan.
Pergi ke pautan ezbiz untuk bukan akaun SSM di ezbiz.ssm.com.my. Kemudian klik pada butang "Sign Up"



Kemudian masukan butiran nombor kad pengenalan, nama anda, emel, no telefon, password, username dan beberapa maklumat lain yang diperlukan. Akhir sekali klik butang "Register". 

Dalam tempoh 14 hari, anda perlu pergi ke mana-mana cawangan SSM untuk aktifkan ID ezbiz anda dengan proses cap jari (thumbprint) dan jangan lupa bawa IC anda. Itu sahaja. Proses tak sampai 5 minit pun. Sekejab sahaja.
Jika anda tidak aktifkan ID anda, semua fungsi di dashboard ezbiz online tidak boleh diguna terutamanya untuk daftar perniagaan.

Selesai aktifkan ID di kaunter SSM, semua fungsi boleh digunakan dan kini anda boleh mula daftar perniagaan secara online dimana-mana sahaja.

Daftar Perniagaan Secara OnlineAnda perlu "Sign In" terlebih dahulu di ezbiz.ssm.com.my
Kemudian anda pergi ke tab My Business Services dan pada bahagian New Business Registration, klik "New Business"

Anda perlu masukkan butiran pada 5 bahagian iaitu Main Information, Branches, Business Code, Owners dan akhir sekali Fees & Declaration.

#1 - Main InformationPada bahagian ini anda perlu pilih Name Type sama ada "Trade Name" atau "Personal Name". Disinilah yang menentukan yuran tahunan anda.

Trade Name (nama unik perniagaan) = RM60Personal Name (nama perniagaan menggunakan nama penuh anda sahaja) = RM30Nak nampak lebih profesional, saya cadangkan anda letak nama unik perniagaan anda. Buat lah nama apa pun asalkan tidak bermaksud buruk. Adalah lebih baik nama perniagaan ada kaitan dengan jenis perniagaan anda (cth: Aiman Creative Media - lebih kepada jenis perniagaan berkaitan digital)
Masukkan "Business Start Date"
Masukkan "Partnership Agreement Date" jika ada

Masukkan "Registration Period" dengan membuat pilihan bermula 1 tahun hingga 5 tahun

Klik bahagian “Business Info” untuk "Yes" jika setuju untuk beli info, "No" jika tidak setuju untuk beli info.
Status akan menunjukkan “DATA ENTRY
"Incubator" – Klik "YES" jika anda peniaga di Sarawak yang menggunakan khidmat incubator. Klik "NO" jika tidak berkenaan.
"Is Online Seller?" – Klik "YES" jika berniaga secara dalam talian. Klik "NO" jika tidak berkenaan. Sekarang rasanya semua ada berniaga online kan

Masukkan alamat business, emel, no telefon dan URL website, facebook etc anda. Kalau berniaga di rumah, masukkan sahaja alamat rumah. Kalau ada kedai, boleh masukkan alamat kedai tersebut. 

 Jika sudah lengkap klik butang "Next"
#2 - BranchesAnda boleh masukkan alamat kedai jika anda ada bukan branch (atau kedai) lain. Alamatnya kena berbeza dengan alamat yang didaftar sebentar tadi. Jika tiada, tinggal kan.

#3 - Business CodeAnda perlu masukkan jenis perniagaan yang anda jual. Anda ada jual pakaian, makanan, alat elektrik, buat servis advertorial, ambil upah design, ambil upah menjahit, hantar makanan dan sebagainya la. Tulis pada ruangan Description.
Jika sudah klik pada butang "Add Business Code" untuk masukkan kod perniagaan yang anda buat. Masukkan mengikut kategori perniagaan anda. 
cth : Saya ada jual barang melalui internet (47912), ada buat pengiklanan (73100) dan ada terbitkan gambar, tulisan, poster etc (58190). Anda boleh menjalankan perniagaan hanya pada jenis kod yang anda daftar je tau.

#4 - OwnersPada bahagian Owner Information, anda klik pada ikon di "Action" untuk menyemak atau mengemaskini maklumat pemilik yang dimasukkan sebelum ini. Jika betul, klik butang "Next"

#5 - Fees & DeclarationAkhir sekali adalah pembayaran. Disini akan terpapar jumlah bayaran yang anda perlu bayar berdasarkan  Nama Perniagaan, ada Branches atau tidak dan juga dapatkan Business Info tadi. Untuk saya, saya gunakan nama pernigaan dan mahu dapatkan Business Info yang total adalah sebanyak RM70.
Anda tik pada kotak kecil dan klik "Preview"

Akan dipaparkan SEMUA informasi yang anda daftar sebelum ini. Pastikan ianya tepat sebelum anda buat pembayaran. Jika sudah pasti, klik pada "Submit Payment"


Anda boleh buat bayaran terus secara online dengan klik "Pay Online" atau bayar secara tunai di kaunter SSM.



Selesai!
Tempoh Proses Kelulusan Daftar PerniagaanProses mengambil masa 7 hari bekerja, tetapi pengalaman saya ianya mengambil masa 1 hari sahaja. Saya daftar dan buat bayaran pada petang hari kemudian pihak SSM telah meluluskan permohonan pada pagi keesokan hari. Sekejab sahaja!
BACA : Cara Mendaftar Dan Berniaga Di Shopee Terkini
SSM akan hantar emel yang memberitahu permohonan pendaftaran pernigaan telah berjaya!

status Aiman Creative Media : approved
Download Sijil Perniagaan Dan Business InfoIni penting, anda perlu muat-turun atau download sijil perniagaan dan info perniagaan dalam masa 14 hari
Pergi ke My Business Services > List New Business > Approved/Reject > Action dan klik pada butang "Download Certificate" dan "Download Business Info"
Selesai semuanya!
Selamat berjaya dan selamat berniaga!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2020/11/cara-daftar-pernigaan-ssm-secara-online.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Cara Buat Duit Guna Blog Bagi Tahun 2024

7 Cara Buat Duit Guna Blog Bagi Tahun 2024

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 199 hits
Sudah masuk tahun 2024 adakah blog masih releven untuk jana pendapatan Kalau tanya aku ianya masih releven kerana aku sendiri berjaya berjaya buat duit guna blog sepanjang tahun 2024 ini Sekarang kita biasa dengar nak buat duit mudah buka a...
Best Online Internet Casinos Canada 2024 Best Sites For Canadian Player

Best Online Internet Casinos Canada 2024 Best Sites For Canadian Player

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 210 hits
Best Online Internet Casinos Canada 2024 Best Sites For Canadian Players Best Canada Online On Line Casino Sites Compare Best 10 Casinos 2024 Content Yes an individual can play Progression live casino games on any device and our titles usua...
Cara Check Scammer Online

Cara Check Scammer Online

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 182 hits
Scammer sekarang bagai cendawan tumbuh selepas hujan lagi lagi melalui platform online ini Jadi kita sebagai pengguna berhati hatilah sentiasa Semak atau check terlebih dahulu dengan siapa anda berurusan sama ada menggunakan nombor telefon ...
Tutorial Cara Memohon Upu Online Lengkap

Tutorial Cara Memohon Upu Online Lengkap

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 144 hits
Tutorial Cara Memohon UPU Online Lengkap Ketahui cara memohon UPU online lengkap step by step Proses permohonan UPU secara online merupakan langkah penting bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi di Malay...
Apple Akan Tawar Ciri Id Pemanggil Untuk Perniagaan Pada Tahun Hadapan

Apple Akan Tawar Ciri Id Pemanggil Untuk Perniagaan Pada Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 91 hits
Apple bakal memperkenalkan satu ciri baharu yang menarik melalui program Apple Business Connect pada tahun hadapan iaitu perkhidmatan ID Pemanggil untuk perniagaan Dengan ciri ini pengguna boleh mengenali identiti sebenar pemanggil
Cara Mohon Lesen B Penuh Terbaru Jpj Umum Untuk Rakyat Malaysia

Cara Mohon Lesen B Penuh Terbaru Jpj Umum Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 280 hits
Bermula 1 Oktober 2024 Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia telah memperkenalkan cara mohon lesen B penuh terbaru bagi rakyat Malaysia untuk memohon Lesen B Penuh melalui program khas Program khas ini bertujuan untuk memudahkan pemegang Lese...
Hatyai Van Harga Cara Sewa Van Di Hatyai 2024

Hatyai Van Harga Cara Sewa Van Di Hatyai 2024

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 206 hits
Hatyai Van Harga Cara Tempah Van Untuk Bercuti di Hatyai Tips Berguna Anda merancang untuk bercuti bersama keluarga atau rakan rakan di Hatyai dan sedang mencari pengangkutan yang selesa dan fleksibel Menyewa van di Hatyai mungkin menjadi p...
3 Cara Tukar Nama Motor Online Jpj Dan Agensi

3 Cara Tukar Nama Motor Online Jpj Dan Agensi

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 285 hits
Iktui cara tukar nama motor online Dalam era digital ini pelbagai urusan termasuk tukar nama motor kini boleh dilakukan dengan mudah secara online Proses ini boleh dijalankan melalui beberapa platform utama termasuk Jabatan Pengangkutan Jal...
Cara Daftar Mybca Panduan Lengkap Buat Akun Pengguna Baru

Cara Daftar Mybca Panduan Lengkap Buat Akun Pengguna Baru

papar berkaitan - pada 13/10/2024 - jumlah : 173 hits
BloggerBorneo com Kemajuan teknologi telah mendorong perbankan untuk berinovasi dan
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran