Cara Daftar Penamaan Waris Simpanan Tabung Haji


Adakah anda telah melakukan penamaan simpanan Tabung Haji anda?
Jika belum, kenalpasti penama akaun simpanan anda menerusi Carta Waris Penamaan Simpanan TH dan daftar penama anda sekarang.
Penama hendaklah waris yang berhak mengikut hukum syarak.
Berikut dikongsikan cara untuk mendaftar penama akaun simpanan TH anda sekarang untuk urus harta yang baik kelak.
Urus harta, bukan rebut harta.
Penamaan Waris Tabung Haji Pendeposit yang berumur 18 tahun atau lebih hendaklah menamakan seorang atau 2 orang sebagai penerima namaan bagi maksud pembayaran apa-apa amaun yang dikreditkan atas namanya kepada TH selepas dia meninggal dunia.
Tujuan Penamaan Tabung Haji (TH) Penamaan dibuat untuk memudahkan waris membuat pengeluaran wang simpanan si mati tanpa perlu mengemukakan Surat Kuasa atau Perintah daripada pihak berkaitan (Bicara Kecil Pejabat Tanah, Mahkamah Syariah, Mahkamah Sivil, Amanah Raya Berhad).
Penamaan mestilah dibuat oleh pendeposit semasa hayatnya dengan melengkapkan Borang Penamaan yang disediakan oleh TH dan dihantar ke mana-mana pejabat TH yang berhampiran untuk didaftarkan ke dalam sistem TH. Tarikh kuat kuasa penamaan adalah pada tarikh borang penamaan diterima dan didaftarkan.
Sesuatu penamaan akan terbatal dalam keadaan-keadaan yang berikut (merujuk kepada Akta Lembaga Tabung Haji 1995, Peraturan-Peraturan Lembaga Tabung Haji (Deposit dan Pengeluaran) 2002, Pindaan 2003, Pindaan 2013 dan Pindaan 2017) :
Dengan kematian penama, atau jika terdapat lebih daripada seorang penama, dengan kematian semua penama itu semasa hayat pendeposit; (maksud: semua orang yang dinamakan meninggal dunia semasa hayat pendeposit).Berhubung dengan kepentingan di bawah penamaan bagi mana-mana penama, dengan kematian penama itu semasa hayat pendeposit, melainkan jika kepentingan penama dilupuskan oleh penamaan itu; (maksud: pendeposit semasa hayatnya membuat penamaan baru dengan melengkapkan Borang yang ditetapkan oleh TH).Dengan notis pembatalan bertulis yang diberikan oleh pendeposit dan diterima oleh TH semasa hayat pendeposit; atau (maksud: pendeposit semasa hayatnya membuat pembatalan penamaan yang telah dibuat dengan melengkapkan Borang yang ditetapkan oleh TH).Dengan suatu penamaan kemudian yang dibuat mengikut subperaturan (3) oleh pendeposit yang melupuskan penamaan yang terdahulu. (maksud: pendeposit semasa hayatnya membuat pertukaran penamaan yang telah dibuat dengan melengkapkan Borang yang ditetapkan oleh TH). Siapakah Yang Boleh Dinamakan Sebagai Waris? Pendeposit dikehendaki menamakan waris Penerima Namaan yang berhak mengikut Hukum Syarak.
Waris-waris yang berhak adalah seperti berikut:-
Waris Lelaki Anak lelaki.Cucu lelaki daripada anak lelaki dan ke bawah.Bapa.Datuk sebelah bapa dan ke atas.Adik-beradik lelaki kandung.Adik-beradik lelaki sebapa.Adik-beradik lelaki seibu.Anak lelaki daripada adik-beradik lelaki kandung.Anak lelaki daripada adik-beradik lelaki sebapa dan ke bawah.Bapa saudara sekandung dengan bapa.Bapa saudara sebapa dengan bapa.Anak lelaki daripada bapa saudara sekandung dengan bapa.Anak lelaki daripada bapa saudara sebapa dengan bapa.Suami. Waris Perempuan Anak perempuan.Cucu perempuan daripada anak lelaki.Ibu.Nenek sebelah ibu.Nenek sebelah bapa.Adik-beradik perempuan kandung.Adik-beradik perempuan sebapa.Adik-beradik perempuan seibu.Isteri Cara Daftar Penamaan / Waris Simpanan Tabung Haji Untuk makluman, urusan kemaskini maklumat penama hanya boleh dilakukan di mana-mana cawangan Tabung Haji sahaja dengan melengkapkan Borang Penamaan & Borang Pengesahan Perhubungan Waris.
Anda boleh muat turun borang di pautan berikut: https://www.tabunghaji.gov.my/ms/muat-turun-borang.
Sekadar makluman, pendeposit perlu melengkapkan kemudahan janji temu sebelum hadir ke cawangan Tabung Haji.
Kemudahan Janji Temu boleh digunakan oleh pendeposit bermula 9 Mei 2022.
Urusan yang disediakan melalui Janji Temu adalah seperti di bawah:
– Urusan Tuntutan Pusaka
– Urusan Permohonan Hibah Amanah
– Urusan Kemaskini Maklumat Peribadi
Pendeposit hanya perlu melayari laman web TH di www.tabunghaji.gov.my dan klik di menu pilihan urusan Janji temu untuk membuat permohonan mengikut tarikh dan slot yang kosong.
Tempoh Tuntutan Untuk makluman, tempoh proses permohonan tuntutan pusaka akan mengambil masa 14 hari bekerja dari borang permohonan diterima oleh mana-mana cawangan Tabung Haji, Tabung Haji Negeri dan Ibu pejabat Tabung Haji.
Sehubungan itu, sekiranya tempoh permohonan telah melebihi 14 hari bekerja, anda disarankan hubungi Tabung Haji Contact Centre di talian 03-62071919 bagi semakan status tuntutan pusaka tersebut.
Hibah TH Hibah Amanah TH merupakan pemberian harta Hibah Amanah daripada akaun simpanan TH oleh Pemberi Hibah Amanah (pendeposit TH) semasa hidupnya kepada Penerima Hibah Amanah atas dasar kasih sayang, secara sukarela tanpa paksaan dan, tanpa mengenakan sebarang balasan serta berlakunya ijab qabul antara Pemberi Hibah Amanah dan Penerima Hibah Amanah.
Harta Hibah Amanah ini akan dipegang oleh Pemberi Hibah Amanah yang bertindak sebagai Pemegang Amanah dan akan diserah milik kepada Penerima Hibah Amanah selepas kematian Pemberi Hibah Amanah dan / atau kepada waris Penerima Hibah Amanah sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu.
Kelebihan Hibah Amanah TH
Pemberi Hibah Amanah bebas menghibahkan harta hibah yang dimiliki kepada sesiapa sahaja penerima yang dihajati termasuk individu bukan beragama Islam.Pemberian Hibah Amanah tidak tertakluk kepada hukum faraid. Oleh yang demikian, sesiapa sahaja layak menerima harta hibah.Harta yang telah dihibahkan dengan cara yang sempurna tidak boleh dituntut oleh waris-waris lain mengikut hukum faraid.Sebagai suatu alternatif atau penyelesaian bagi pembahagian harta kepada saudara baru / mualaf yang tidak mempunyai waris beragama Islam atau kepada anak angkat.Pemberi Hibah Amanah masih boleh menikmati faedah atau manfaat harta yang telah dihibahkan selagi Pemberi dan Penerima Hibah Amanah masih hidup. Pendaftaran hibah amanah, pendeposit perlu membayar caj pendaftaran sebanyak RM190.
Bagi semakan lanjut maklumat berkaitan hibah amanah, puan juga boleh ke pautan https://www.tabunghaji.gov.my/…/perkhid…/hibah-amanah-th
Maklumat Lanjut Untuk makluman lanjut:
Telefon : +603 6207 1919Aplikasi Mudah Alih : Muat turun aplikasi THiJARIE-mel : [email protected] web : https://www.tabunghaji.gov.my Sekiranya berminat untuk mendapat maklumat lanjut, sila isikan maklumat anda di sini :
Kemudahan Call-Back Hibah Amanah THKemudahan Call-Back Pusaka TH Baca juga:
Cara Tukar Status Akaun Tabung Haji Kanak-kanak Ke Akaun Dewasa THCara Buka Akaun Tabung Haji Secara Online (VAO)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/daftar-penamaan-tabung-haji/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=daftar-penamaan-tabung-haji

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Daftar Raiz Invest Malaysia

Cara Daftar Raiz Invest Malaysia

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 237 hits
Cara Daftar Raiz Invest Malaysia Tahukah anda apa itu Raiz Invest Raiz invest sebenarnya adalah salah satu daripada platform pelaburan atas talian yang membolehkan anda melabur duit anda dengan hanya menggunakan telefon pintar Tonton video ...
Pasti Online Silibus Syarat Kemasukan Cara Daftar Taska

Pasti Online Silibus Syarat Kemasukan Cara Daftar Taska

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 284 hits
PASTI Online Silibus Syarat Kemasukan Cara Daftar Taska PASTI atau Pusat Asuhan Tunas Islam merupakan pusat Taska yang dimiliki oleh Parti Islam Se Malaysia Menawarkan kurikulum yang selaras dengan matlamat Pendidikan Islam setiap murid aka...
Cara Daftar Kad Mesra Petronas Dan Tebus Mata Ganjaran

Cara Daftar Kad Mesra Petronas Dan Tebus Mata Ganjaran

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 239 hits
Bagi pengguna minyak Petronas anda sangat rugi sekiranya tidak mempunyai kad Mesra Petronas kerana dengannya anda boleh menebus pelbagai hadiah menarik Kad Mesra merupakan satu program kesetiaan pengguna yang dilancarkan untuk menghargai pe...
Webmaster Tools Pengertian Fungsi Dan Cara Menggunakannya

Webmaster Tools Pengertian Fungsi Dan Cara Menggunakannya

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 171 hits
Bagi blogger maupun web developer pastinya sudah tidak asing lagi dengan istilah webmaster tools Platform besutan Google yang bisa dimanfaatkan untuk mengoptimalkan situs web tersebut merupakan salah satu senjata rahasia para praktisi SEO j...
Cara Tukar Alamat Tempat Mengundi Spr Online

Cara Tukar Alamat Tempat Mengundi Spr Online

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 516 hits
CARA TUKAR ALAMAT TEMPAT MENGUNDI SPR ONLINE MANUAL MELALUI PORTAL MYSPR PRU 15 bakal diadakan tidak lama lagi Sudahkan anda membuat semakan tempat mengundi Atau adakah anda ingin tukar tempat mengundi Menurut laman web Suruhanjaya Pilihan ...
Cara Pesan Dan Harga Video Ucapan Selamat Dari Pemuda Afrika Yang Viral

Cara Pesan Dan Harga Video Ucapan Selamat Dari Pemuda Afrika Yang Viral

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 154 hits
Belakangan ini di media sosial viral video ucapan ulang tahun dari sejumlah pemuda yang diduga asal Afrika Aksi kocaknya itu membuat warganet dibuat terhibur Pasalnya para pemuda itu dengan fasih mengucapkan ulang tahun dengan gaya yang uni...
9 Cara Mudah Simpan Duit Confirm Menjadi Bagi Yang Susah Nak Menyimpan

9 Cara Mudah Simpan Duit Confirm Menjadi Bagi Yang Susah Nak Menyimpan

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 338 hits
9 Cara Mudah Simpan Duit Confirm menjadi bagi yang susah nak menyimpan Selepas pandemik Covid 19 situasi kehidupan kita sedikit berubah Kos sara hidup mula meningkat Segenap lapisan masyarakat dan semua golongan terkesan dengan situasi kewa...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner