Cara Daftar Online Untuk Harga Diskaun Warga Emas Sebanyak 50 Untuk Tiket Ktm Ets Intercity



Tahukah anda, sebenarnya untuk warga emas, pesara dan OKU mereka boleh dapatkan harga diskaun sehingga 50% bagi setiap pembelian tiket ETS dan KTM Intercity iaitu menerusi tiket konsesi yang disediakan oleh pihak KTMB.

Ini bermakna, golongan umur 60 tahun ke atas, layak untuk dapatkan diskaun separuh harga apabila mereka menggunakan perkhidmatan KTM. Dengan ini, mereka boleh dapatkan harga yang lebih jimat untuk suatu perjalanan jauh.
Tiga golongan konsisi utama ini (Warga emas, Pesara Kerajaan & OKU) mereka boleh sahaja dapatkan tiket diskaun tersebut di kaunter tiket jualan. Tetapi sebenarnya mereka boleh daftar sahaja secara online dan kemudian boleh beli tiket menggunakan website atau aplikasi sahaja.
Mungkin jika anda beli tiket saat akhir di kaunter, tiket dah habis. Jadi untuk lebih selamat selepas ini, anda daftar dahulu tiket konsesi secara online dan kemudian boleh la beli tiket ETS atau KTM Intercity pada bila-bila masa dengan nikmati potongan 50% diskaun.

Dan inilah yang aku lakukan untuk kedua ibu bapa aku apabila aku daftar terlebih dahulu nama mereka di website KTM sebelum beli tiket kereta api. Dah daftar akaun, kemudian daftar konsesi warga emas dan pesara dan barulah beli tiket. Dapat diskaun separuh harga lepas tu.
Jadi mungkin ada antara anda anak-anak yang ingin daftar nama ibu bapa untuk konsesi warga emas, anda boleh buat online seperti yang ditunjukkan dibawah. Cara ini juga boleh digunakan untuk daftar konsesi pesara kerajaan, OKU dan lain-lain.
Anda perlu tahu, setiap pengguna mestilah mempunyai satu akaun KITS (KTM Integrated Ticket System). Jika anda dah ada akaun KITS, anda tak boleh daftar nama ibu bapa anda sebagai konsesi warga emas. Sebaliknya ibu dan ayah anda perlu ada akaun KITS tersendiri dan barulah boleh mohon tiket konsesi.
Daftar Akaun Pembelian Tiket KTM Di KITSLangkah pertama untuk daftar konsesi, perlulah daftar akaun KITS terlebih dahulu. Jadi anda boleh daftar sama ada menggunakan website di online.ktmb.com.my atau menggunakan aplikasi KTM Mobile.

Buka website atau aplikasi KTM MobileKemudian klik pada butang 'Sign Up' dibahagian kanan atas dan klik 'Sign Up Now'Disini anda perlu masukan butiran peribadi seperti emel, nama penuh, nombor MyKad, nombor telefon dan lain-lain. Sekiranya sudah selesai, tekan butang 'Sign Up'Akhir sekai anda perlu aktifkan akaun anda tersebut dengan klik pada link yang dihantar di emel tersebut.Selesai


Daftar Akaun Konsesi Warga Emas, Pesara Kerajaan Dan OKUJadi jika anda sudah selesai daftar akaun KITS, kini anda boleh mohon untuk akaun konsesi sama ada untuk warga emas, pesara kerajaan, oku dan lain-lain.
1.  Sign In Akaun KITS
Terlabih dahulu anda perlu sign-in akaun KITS anda menggunakan emel dan password seperti yang telah ditetapkan.
2.  Pilih Jenis Akaun Konsesi (Concession)
Jika anda sudah masuk pada bahagian utama akaun KITS anda tersebut, anda pergi ke bahagian Concession (Concession Registration). Disini akan dipaparkan nama, no. mykad, jantina dan no. telefon.
Kemudian anda perlu pilih jenis akaun Konsesi. Selain daripada Warga Emas, Pesara Kerajaan dan OKU, terdapat beberapa lagi seperti :

PelajarATMAhli BombaBekas TenteraPolisPesanan Tiket Istimewa dan sebagainya
Pilih Warga Emas/Senior Citizen dan kemudian lengkap butiran lain seperti alaman rumah dan tarikh lahir. Pastikan sama dengan MyKad anda

3.  Upload Dokumen (MyKad/Kad Pesara/OKU)
Akhir sekali, anda perlu muat-naik atau upload dokumen berkaitan. Jika anda mohon untuk Warga Emas, upload gambar MyKad. Jika mohon untuk Pesara Kerajaan, upload Kad Pesara dan sama untuk golongan OKU.
Jika sudah, klik 'Submit'

4.  Selesai
Kemudian anda hanya perlu tunggu 3-5 hari sebelum permohonan tiket konsesi anda diluluskan. Kelulusan akan diberitahu menerusi emel.
Untuk pengalaman sendiri, hanya ambil masa 3 hari sahaja dan sudah diluluskan. Kemudian boleh beli terus tiket untuk parents aku dengan harga diskaun 50% untuk warga emas. Tiket platinum RM100 ke Perlis, dapat RM50 sahaja.
*Untuk info tambahan, gunakan PRIHATINEMAS bagi tiket Warga Emas untuk dapatkan diskaun tambahan RM5 dari 1 Julai - 31 Disember 2023


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2023/09/daftar-akaun-warga-emas-tiket-diskaun-ktm-ets.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Beli Tiket Kapal Terbang Firefly Secara Online

Cara Beli Tiket Kapal Terbang Firefly Secara Online

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 363 hits
Jika ada antara anda yang pertama kali nak travel jauh dan perlukan pengangkutan kapal terbang tapi takda pengalaman beli tiket flight anda boleh tengok disini cara beli tiket kapal terbang Firefly secara online sahaja Selain daripada Air A...
Cara Cek Kk Online Lewat Website Dan Email

Cara Cek Kk Online Lewat Website Dan Email

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 305 hits
Butuh validasi data Kartu Keluarga tapi malas ke kantor Disdukcapil Pakai cara ini aja
Analisis Emas Untuk 04 September 2023 Pembeli Mendominasi Pasaran Dan Terdapat Potensi Kesinambungan Kenaikan Harga

Analisis Emas Untuk 04 September 2023 Pembeli Mendominasi Pasaran Dan Terdapat Potensi Kesinambungan Kenaikan Harga

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 348 hits
Analisis teknikal Emas telah diniagakan secara mendatar pada tahap 1 943 tetapi saya melihat potensi untuk rali selanjutnya disebabkan terdapatnya penolakan harga pada zon sokongan di latar belakang Disebabkan terdapat penolakan sokongan di...
Cara Cek Nisn Siswa Secara Online Tanpa Kartu Kesiswaan

Cara Cek Nisn Siswa Secara Online Tanpa Kartu Kesiswaan

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 223 hits
Ternyata gampang banget ngeceknya nggak perlu tanya ke sekolah dan kartu apa pun
Layak Ditiru Cara Soeharto Bikin Harga Beras Murah Agar Tak Sengsarakan Rakyat

Layak Ditiru Cara Soeharto Bikin Harga Beras Murah Agar Tak Sengsarakan Rakyat

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 248 hits
Presiden ke Dua Indonesia Soeharto memanggil Kepala Bulog saat itu Bustanil Arifin ke Bina Graha bahas stok beras
Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

Kisah Sedih Bukit Kepong Dalam Ingatan Saksi Terakhir Meninggal Dunia

Letak Jawatan Sebagai Ajk Pibg Sekolah

Maksud Karamah Insaniah

Sebelum Pukul8 Dah Sampai

Pg Slot Web 2025 Casino Online Pg Slot Top 84 By Kandice Pg Slot Amb888 Cc 15 68

10 Ide Kado Untuk Bayi Laki Laki Yang Berguna Dan Berkesan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perlukah Ambil Ubat Statin

Memendam Dan Bertahan

Dua Kolaborasi Clot X Mcdonald S District Vision X New Balance Pemikat Sneaker Anda

Amira Othman Buka Mulut Isu Mesra Dengan Fattah Amin Akui Ada Pihak Meluat

Remaja Lelaki Hampir Diculik Dua Individu Ketika Berjoging

Saiful Apek Ditahan Azlee Tidak Tahu