Cara Daftar Lalamove Online Driver Motor Dan Kereta
Cara Daftar Lalamove Online Driver Motor dan Kereta 5
Cara daftar Lalamove kini sangat mudah didapati dimana-mana perkongsian di internet termasuklah kami. Lalamove merupakan penyedia servis penghantaran barangan pada hari yang sama dengan hanya beberapa langkah mudah.
Kini, seseiapa sahaja boleh menggunakan pekhidmatan Lalamove sama ada pengguna atau penghantar. Oleh itu, kami menyediakan panduan serta cara daftar Lalamove online.
Berkenaan Lalamove dan Cara Daftar Lalamove
Cara Daftar Lalamove Online Driver Motor dan Kereta 6
Apa itu Lalamove?
Lalamove ialah perkhidmatan penghantaran barangan pada hari yang sama dengan memasukkan lokasi pengambilan dan penghantaran, memilih kenderaan yang sesuai dan mendapatkan khidmat rakan penghantar yang paling hampir dengan lokasi pengguna.
Antara contoh barangan yang boleh dihantar melalui Lalamove :
Barang-barang kecil
Barang-barang besar
Barang-barang berharga & mudah pecah
Makanan & barang runcit
Cara Daftar Lalamove Sebagai Pengguna dan Menempah Penghantaran
Cara Daftar Lalamove Online Driver Motor dan Kereta 7
MUAT TURUN APLIKASI LALAMOVE
https://web.lalamove.com/
TETAPKAN LOKASI PENGHANTARAN
Masukkan alamat pengambilan dan destinasi penghantaran anda. Anda boleh tetapkan sebanyak 20 destinasi dalam satu penghantaran. Buat penghantaran segera atau aturkan penghantaran seawal 30 hari.
PILIH JENIS KENDERAAN
Pilih kenderaan penghantaran mengikut keperluan anda, sama ada motosikal, kereta, 4 x 4, van atau lori
SAHKAN PENGHANTARAN ANDA
Masukkan catatan untuk rakan penghantar anda. Kemudian pilih kaedah pembayaran dan gunakan kupon, jika ada. Seterusnya sahkan pesanan anda
JEJAKI PESANAN DI MASA NYATA
Tiada kerisauan dengan penjejakan GPS untuk penghantaran anda
Berapa Caj Perkhidmatan Lalamove?
Setiap pesanan dikira berdasarkan keperluan anda untuk pesanan tersebut, seperti jenis kenderaan, perkhidmatan tambahan, dan jarak dari lokasi pengambilan ke lokasi penghantaran.
Berapa Gaji Lalamove?
Jumlah pendapatan bagi driver Lalamove adalah bergantung kepada berat barang dan jarak antara dari lokasi pengambilan ke lokasi penghantaran
Jika anda membuat perkhidmatan driver jumlah pendapatan boleh mencapai sehingga RM250 sehari (jumlah kasar). Namun ianya bergantung juga kepada jumlah tempahan yang diterima.
Syarat Daftar Lalamove
Lalamove sangat teliti dalam menapis permohonan sebagai rider/driver mereka bagi memastikan kualiti servisnya kepada para pelanggannya.
Sekiranya anda berminat untuk daftar Lalamove sebagai rider atau driver, pastikan anda memenuhi syarat-syarat asas yang berikut:
Memiliki kenderaan – Memiliki motosikal/kereta/van/4 x 4/lori 1-tan/lori 3-tan
Umur dan lesen – Berumur 18 tahun ke atas dengan lesen memandu yang sah. Penghantar van dan lori perlu mempunyai lesen GDL
Memiliki telefon pintar – Dengan iOS 11 dan ke atas, Android 6.0 dan ke atas
Cara Daftar Lalamove Sebagai Driver Motor dan Kereta
Cara Daftar Lalamove Online Driver Motor dan Kereta 8
Cara Daftar Lalamove Driver Motor dan Kereta
Bagi yang sedang mencari kerja full time atau part time untuk tambah pendapatan, anda boleh cuba cara daftar Lalamove rider/driver mengikut kenderaan yang anda miliki. Berikut adalah cara daftar Lalamove rider/driver:
Layari laman rasmi Lalamove di alamat https://www.lalamove.com/ms-my/driver
Tekan pada DAFTAR
Masukkan NOMBOR TELEFON anda (pastikan yang aktif), tekan Seterusnya
Masukkan NOMBOR PIN yang anda terima di telefon anda
Seterusnya isikan MAKLUMAT pada Borang Pendaftaran
Nama Penuh
Nombor Telefon
Email (pastikan email yan aktif)
Jenis kenderaan (pilih kenderaanyang anda ingin gunakan)
Jenama kenderaan anda.
Model kenderaan anda
Jawab SOALAN yang tertera:
Do you have a full-fledged driving license?, pilih Yes.
Are you 18 years old and above?, pilih Yes.
What is your postcode?, poskod tempat tinggal anda.
Training Location, pilih lokasi latihan anda.
Date, pilih tarikh untuk anda menjalani latihan.
Time, pilih waktu untuk anda jalani latihan pada tarikh tersebut.
Address, tertera lokasi pejabat Lalamove untuk anda hadir bagi menjalani latihan, .
Kemudian tekan butang Thank You.
Pendaftaran anda selesai
NOTA: Untuk mengaktifkan akaun anda, anda perlu lulus Latihan Maya Lalamove. Markah minimum untuk latihan tersebut ialah 28 dan anda mempunyai 3 kali percubaan
Soalan FAQs Berkenaan Cara Daftar Lalamove
Dimana daftar Lalamove?
Anda boleh mendaftar Lalamove dengan melayari laman rasmi Lalamove di alamat https://www.lalamove.com/ms-my/driver
Berapa caj guna Lalamove?
Harga dikira berdasarkan jarak dari lokasi pengambilan ke penghantaran dan juga jenis kenderaan.
Bagaimana cancel Lalamove?
Jika anda ingin membatalkan pesanan, anda mesti menghubungi pihak perkhidmatan pelanggan Lalamove melalui sembang langsung dan menghantar bukti foto kepada pasukan Lalamove melalui sembang langsung.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/03/cara-daftar-lalamove.html