Cara Daftar I Suri Kwsp Untuk Isi Rumah Yang Berkelayakan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja { KWSP } mengumunkan pendaftaran Caruman Sukarela Insentif i - SURI boleh di buat bermula pada 15 Ogos 2018 . i - SURI dilaksanakan bagi memenuhi janji manifesto kerajaan Pakatan Harapan yang dinyatakan ketika dahulu . Perkara tersebut merupakan salah satu daripada 10 janji utama yang terkandung dalam manifesto kerajaan Pakatan Harapan yang ingin direalisasikan dalam tempoh 100 hari pentadbiran .
Mereka yang layak boleh mendaftar sebagai ahli KWSP untuk menyertai i - SURI dengan mengunjungi mana - mana 67 cawangan KWSP di seluruh negara .Individu - individu yang menepati kelayakan dan membuat pendaftaran i - SURI bakal menikmati manfaat sama seperti ahli KWSP lain seperti dividen tahunan ke atas simpanan persaraan ,pengeluaran umur 50 tahun ,55 tahun dan 60 tahun ,bantuan hilang upaya dan juga bantuan kematian .
i - SURI adalah satu insentif khas kerajaan untuk suri rumah yang berdaftar dengan pangkalan Data Kemiskinan Nasional iaitu eKASIH boleh menyertai i - SURI .Suri Rumah kepada Ketua Isi Rumah { KIR } dan Ketua Isi Rumah { Wanita } adalah golongan sasar yang akan mendapat manfaat di bawah program ini, jika menepati kriteria - kriteria yang telah ditetapkan .
Berikut sepertimana yang tertera di bawah cara daftar , syarat kelayakan , semakan eKASIH serta maklumat ringkas program .
Tarikh Mula Pendaftaran .
15 . Ogos 2018 .
Bagi mereka yang layak perlu hadir sendiri di mana - mana 67 cawangan KWSP di seluruh Malaysia untuk membuat pendaftaran i - SURI .
Syarat Kelayakan Pendaftaran i- SURI KWSP .
1 - Warganegara Malaysia .
2 - Belum mencapai umur 60 tahun .
3 - Mencarum sekurang - kurangnya RM 5 sebulan atau RM 60 setahun .
4 - Golongan suri rumah yang berdaftar dalam sistem eKasih setakat 30 Jun 2018 ,termasuk isteri { isteri kepada ketua isi rumah KIR }KIR wanita { Bercerai ,balu ,bujang } .
Semakan Daftar eKasih Online.
Semakan nama yang telah didaftarkan dalam sistem eKasih boleh disemak secara atas talian { online } sepertimana pautan link berikut :
SILA KLIK : Semakan pendaftaran eKASIH .
Bagi maklumat lanjut mengenai eKasih ,orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia { MGCC } di talian 03 - 8000 8000 . Manakala untuk penjelasan mengenai produk dan perkhidmatan KWSP boleh diperoleh daripada Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03 - 8922 6000 atau sila rujuk laman web KWSP melalui pautan di bawah atau mana - mana cawangan KWSP di seluruh negara Malaysia ,Portal Rasmi KWSP
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mdruzai.blogspot.com/2018/09/cara-daftar-i-suri-kwsp-untuk-isi-rumah.html