Cara Daftar Civac Cidb Register Contruction Industry Vaccination Program
CARA DAFTAR CIVac CIDB:REGISTER CONTRUCTION INDUSTRY VACCINATION PROGRAM (vaccine.cidblink.com)
Lembaga Pembangunan Industri pembinaan (CIDB) sedang giat melaksanakan proses imunisasi pekerja sektor pembinaan melalui Program Vaksinasi Industri Pembinaan (CIVac).
Jika anda adalah pekerja atau majikan disektor berkenaan, maklumat ini adalah bertujuan memudahkan anda membuat rujukan How to / Cara daftar CIVAac vaccination program.
APA ITU CIVAac CIDB?
Program CIVac adalah susulan daripada National COVID-19 Immunisation Program (PICK) untuk mempercepatkan vaksinasi kepada sektor pembinaan yang ditadbir urus oleh Jawatankuasa Khas Vaksin Negara (JKJAV) yang dipengerusi oleh Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
Program CIVac akan dilaksanakan melalui kumpulan CIDB Sdn.Bhd yang dimiliki oleh CIDB Malaysia. CIDB adalah satu entiti yang mengawal selia sektor pembinaan di Malaysia.
CARA DAFTAR CIVac CIDB (Register https://vaccine.cidblink.com)
Kepada syarikat di bawah sektor pembinaan, berikut adalah cara register CIVac untuk rujukan :
Layari portal pendaftaran https://vaccine.cidblink.com. Pada paparan utama, akan terpampang butang REGISTER yang berwarna hijau. Sila klik pada butang tersebut.
Jika anda memerlukan maklumat lanjut anda boleh memuat turun USER GUIDE dan FAQ pada halaman bawah paparan.
Setelah menekan butang REGISTER, anda akan dibawa ke paparan pendaftaran syarikat. Sila isikan maklumat seperti yang diminta.
Isikan pula pada bahagian PERSON IN CHARGES DETAIL bagi tujuan rujukan untuk pihak CIDB. Setelah selesai, tekan pada butang NEXT.
Pada paparan berikutnya, anda dikehendaki menekan butang (+) bagi menambah pekerja pada paparan ADD STAFF DETAILS (maklumat pekerja bagi proses vaksinasi)
Masukkan maklumat pekerja seperti yang diminta :
Nama penuh
MyKad/ No. Passport
Tarikh Lahir
Kewarganegaraan
Nombor Telefon
Emel
ID MySejahtera
Selesai memasukkan maklumat, tekan pada butang Proceed To Payment. Pada paparan berikutnya anda boleh menekan pada simbol (+) untuk menambah lagi maklumat pekerja dan simbol jika terdapat perubahan maklumat pekerja.
Setelah selesai, tekan butang Proceed To Payment.
Pada paparan seterusnya, sila tekan tekan butang Download Proforma Invoice. Sila kemukakan Invoice tersebut semasa bayaran. (bayaran dibuat secara manual sahaja)
Buat pengesahan butiran pada invoice tersebut. Pembayaran kepada CIDB Holding Sdn Bhd melalui akaun Maybank (564294323318)
Simpan resit/penyata bayaran untuk bukti pengesahan bayaran.
Muat naik resit bayaran bila anda klik butang Upload Payment Recipt.
Setelah selesai, tekan butang Complete Booking dan pendaftaran anda selesai.
PROSES PELAKSANAAN CIVac CIDB
Vaksinasi melalui CIVac akan dilaksanakan di lokasi terpilih di seluruh Malaysia secara berperingkat. Lokasi-lokasi ini akan ditentukan oleh CIDB dan diluluskan oleh Covid-19 Immunization Task Force (CITF).
Terdapat dua fasa yang disasarkan iaitu :
Fasa 1 : a. CIDB Convention Centre (CCC), Jalan Chan Sow Lin
Selangor; Shah Alam
Fasa 2 : a. Seberang Prai, Penang
Johor Baharu, Johor
Kuantan, Pahang
Makluman : Lokasi dan masa adalah tertakluk kepada perubahan penganjur
Pernah dengar tentang PIKAS MITI?
SOALAN LAZIM
Bagaimanakah untuk menyemak Booking Status CIVac CIDB?
Untuk menyemak status booking anda, sila layari portal https://vaccine.cidblink.com, klik pada bahagian CHECK pada paparan. Masukkan Nombor telefon Individu yang didaftarkan dan emel. Tekan butang Submit.
Adakah bayaran vaksinani percuma bagi program CIVac CIDB? Kenapa dikenakan bayaran?
Vaksin adalah percuma dan ditanggung oleh Kementerian Kesihatan. Syarikat hanya perlu membayar yuran pengurusan bagi tujuan pengurusan tempat, kos pentadbiran, dan keperluan pasukan perubatan. Bayaran CIVac adalah RM90.00 setiap orang (termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)) untuk kedua-dua dos vaksin. Bilakah boleh register CIVac CIDB? Pendaftaran akan bermula pada 21 Jun 2021 (Isnin) jam 3.00 petang. Setiap pendaftaran dihadkan kepada 100 orang pekerja sahaja. Jika lebih, sila buat pendaftaran baharu untuk pendaftaran seterusnya.
MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT
Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang cara daftar CIVas CIDB, sila hubungi urusetia CIVac melalui portal https://vaccine.cidblink.com, melalui Emel
[email protected] atau melalui talian 03-4042 8880. Waktu operasi Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi ke 4.30 petang.
The post CARA DAFTAR CIVac CIDB:REGISTER CONTRUCTION INDUSTRY VACCINATION PROGRAM (vaccine.cidblink.com) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/cara-daftar-civac-cidb.html