Cara Cara Menghargai Jasa Guru



CARA-CARA MENGHARGAI JASA GURU
           
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Sekolah merupakan satu institusi yang nirmala untuk memupuk dan menghasilkan individu berilmu yang bakal menerajui negara Malaysia. Jelas dalam bait-bait sajak di atas betapa besarnya jasa seorang guru. Guru telah diibaratkan jurutera bagi pemimpin masa hadapan negara kita. Hal ini jelas menyatakan bahawa jasa guru amat besar sebagaimana jasa ibu bapa terhadap anak. Guru ialah insan mulia yang mengajar dan mendidik kita tanpa mengira masa, tenaga serta wang ringgit. Mereka ibarat lilin yang membakar diri demi memberikan didikan terbaik kepada pelajar. Tanpa usaha dan pengorbanan guru tidak mungkin pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang. Lantaran itu, sewajarnya kita  menghargai guru jasa dan pengorbanan para guru.
             Budi bahasa dan adab sopan amalan yang mulia. Pelajar yang menjaga tutur kata dan adab ketika berhadapan dengan guru merupakan antara cara kita menghargai jasa guru. Para pelajar perlulah sentiasa bermuka manis sambil mengucapkan selamat sejahtera atau memberi salam ketika berhadapan atau berselisih dengan guru tanpa mengira keadaan. Semasa di dalam kelas, pelajar yang menghormati guru tidak sesekali membuat bising sehingga mengganggu guru menjalankan tugasnya. Mereka sewajarnya memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya semasa pengajaran guru dan sentiasa mengambil peluang bertanya dan berbincang tentang pelajaran. Kata-kata hikmat harus sentiasa tertanam dalam bibir anak para pelajar, seperti “terima kasih cikgu”, “maafkan saya”, “bolehkah saya”, dan lain-lain lagi. Ketika mengadakan sesi perbincangan di kelas, pelajar perlu menjaga  tatasusila, tidak meninggikan suara dan memandang guru serta rakan dengan mesra. Bukankah guru merupakan lubuk akal lautan ilmu? Tegasnya, berbudi bahasa serta beradab sopan merupakan amalan terpuji bagi menghargai guru yang mengajar serta mendidik kita.
            Selain itu,  berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah juga  cara menghargai jasa guru. Antara ciri pelajar berdisiplin ialah mereka sentiasa datang awal ke sekolah, sentiasa menepati masa, tidak terlibat dalam gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng sekolah. Selain itu, pelajar berpakaian seragam dengan kemas  dengan rambut bersisir rapi. Amalan seumpama ini, memupuk disiplin pelajar untuk bersedia belajar seterusnya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Jika disiplin terkawal sudah tentu memudahkan tugas guru untuk mengajar seterusnya mendidik pelajar agar berjaya dengan cemerlang. Peribahasa “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”, membuktikan kerjasama erat antara guru dan pelajar dalam mematuhi  peraturan yang ditetapkan pasti menjadi pemangkin kecemerlangan akademik serta sahsiah pelajar. Jelaslah, mematuhi disiplin merupakan adab yang mencerminkan penghormatan pelajar kepada guru.
            Di samping itu, pelajar perlu prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru. Amalan mengingati dan menghargai jasa guru adalah amalan yang mulia. Para guru akan merasakan bahawa jasa  mereka dihargai walaupun mereka tidak berkhidmat sebagai seorang tenaga pengajar lagi. Kita boleh menghargai jasa guru dengan meraikan sambutan Hari Guru pada setiap tanggal 16 Mei. Pada  hari ini juga, kita boleh memberikan hadiah kepada guru yang mengajar kita sebagai tanda penghargaan  atas segala usaha dan titik peluh yang dicurahkan. Hadiah yang diberikan tidak semestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi mestilah disertakan dengan hati yang tulus lagi ikhlas. Barang yang murah akan menjadi tanda mata yang sangat berharga jika pemberian tersebut dengan hati penuh ikhlas. Jika tidak mampu memberi hadiah, ucapan selamat hari guru sudah cukup bermakna buat para guru.   
Menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan dan sakit juga cara kita menghargai jasa para guru. Sebagai manusia tentunya para guru menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan. Misalnya guru mungkin ditimpa kemalangan, bencana, menghidapi penyakit dan sebagainya. Sebagai murid, kita perlu menziarahi mereka jika mereka menghadapi situasi tersebut sebagai tanda melahirkan rasa simpati ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa sakitnya. Ketika menziarahi mereka sakit, kita perlulah membawa buah tangan sebagai tanda kita bersimpati terhadap mereka. Jika mereka mengalami kemalangan atau bencana alam, kita perlu mengutip derma bagi meringankan beban yang mereka tanggung. Jelaslah bahawa frasa ‘guru, jasamu dikenang, budimu disanjung’ bukanlah sekadar omongan kosong kerana pengorbanan guru sentiasa dikenang oleh para pelajar.
       Selain itu, kita juga boleh menghargai jasa guru dengan mendoakan kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik kita. Mendoakan kesejahteraan guru sama ada semasa hayatnya atau sesudah mereka kembali ke rahmatullah membuktikan kita sentiasa mengenang jasa mereka. Kita perlulah mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan daripada segala bahaya. Hal ini kerana jika guru sihat sudah tentu mereka akan dapat menjalankan tugas mendidik kita dengan sempurna. Bagi mereka yang telah meninggal dunia, kita perlulah mendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan agar mereka sejahtera di alam barzakh. Sesungguhnya harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan sudah tentu jasa serta pengorbanan guru akan terus dikenang sepanjang masa.
              Sudah terang lagi bersuluh, jasa dan  pengorbanan seseorang guru itu sukar untuk dibalas walau dengan segunung intan. Tanpa guru siapalah kita kerana gurulah yang mengajar kita mengenali erti kehidupan. Justeru, marilah kita bersama-sama menghargai jasa guru agar ilmu yang kita peroleh daripadanya mendapat keberkatan daripada Tuhan. Renungilah bait puisi di bawah.
            Guru,
            kau ibarat dian yang membakar diri
            melahirkan insan yang lestari
            tanpa mengira waktu dan hari
            segala ilmu dicurah dan diberi
            kerana kau sedar tanggungjawab yang diberi
            tanpamu negara tak mungkin teguh berdiri.
Terima kasih, cikgu!                 



Catatan
Boleh ubah suai jika soalan adab-adab kepada guru

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2019/11/cara-cara-menghargai-jasa-guru-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Menghilangkan Stress Dengan Urutan Di Brace Men Spa

Cara Mudah Menghilangkan Stress Dengan Urutan Di Brace Men Spa

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 529 hits
Hidup ini adakalanya memang menyesakkan Bagi sesetangah orang banyak masa dalam kehidupan ini mereka terpaksa berhadapan dengan tekanan Tekanan pula boleh datang dari banyak sebab seperti masalah kewangan beban ditempat kerja masalah kesiha...
Cara Buat Duit Tanpa Perlu Keluar Modal Sesen Pun

Cara Buat Duit Tanpa Perlu Keluar Modal Sesen Pun

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 952 hits
Sudah ramai orang yang berjaya buat duit dari aplikasi ni dan ada juga yang berjaya dapat lebih dari RM100 sehari hanya guna aplikasi handphone yang sedang viral ni Ya memang guna aplikasi ni boleh dapat duit walaupun tidak memerlukan modal...
8 Langkah Lengkap Cara Daftar Maybank2u 2019 Secara Online

8 Langkah Lengkap Cara Daftar Maybank2u 2019 Secara Online

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 907 hits
Cara buat Akaun Maybank2u Secara Dalam TalianLangkah 1Untuk mengaktifkan atau membuat akaun maybank2u onlinanda perlu ke website terlebih dahulu Sila klikuntuk ke website maybank2u online Sila rujuk gambar dibawah untuk penerangan atau papa...
Cara Membuat Kimbap Nasi Gulung Rumput Laut Ala Korea

Cara Membuat Kimbap Nasi Gulung Rumput Laut Ala Korea

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 550 hits
Cara membuat kimbap atau gimbap nasi gulung rumput laut ala Korea
Nak Kenal Orang Tu Cuba Tengok Cara Dia Duduk

Nak Kenal Orang Tu Cuba Tengok Cara Dia Duduk

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 713 hits
Nak Kenal Orang Tu Cuba Tengok Cara Dia Duduk Sebenarnya Allah jadikan manusia ni unik Walaupun sama fizikal tapi tabiat dan peel berbeza Kalau ikut kajian psikologi banyak cara nak kenal seseorang tanpa soal itu ini Melalui body language a...
Cara Semak Kelayakkan Program Subsidi Petrol

Cara Semak Kelayakkan Program Subsidi Petrol

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 392 hits
Cara Semak kelayakkan Program Subsidi Petrol 2020 Korang dah semak ke samada korang layak atau tidak untuk mendapatkan subsidi Petrol untuk tahun 2020 tu ni Program Subsidi Petrol ni The post appeared first on
Bubur Nasi Daging Cara Orang Utara

Bubur Nasi Daging Cara Orang Utara

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 611 hits
Tak payah tunggu demam baru boleh makan bubur nasi Menu ini memang tidak membosankan sangat mudah menyediakan Orang Kedah panggei moi sup daging Tambah sedap bila dicampur dengan cabai ikan bilis goreng Pergh orang lalu sebelah pun tak pand...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation