Cara Cara Membuka Akaun Sspn I Di Cawangan Bank Terpilih


Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah satu skim di bawab PTPTN dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Kerajaan mensyaratkan individu yang mahu membuat pinjaman PTPTN mestilah telah membuka akaun SSPN-i bagi memudahkan urusan kelulusan pinjaman pendidikan yang tersebut.

Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pembiayaan pendidikan PTPTN bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN untuk mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan minimum sebanyak RM20.00
SSPN-i adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

Selain menjanjikan pulangan dividen tahunan, SSPN-i turut menyediakan insentif kewangan khas dalam bentuk Geran Sepadan atau Matching Grant khusus kepada pendeposit yang berpendapatan rendah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Di samping itu, manfaat perlindungan takaful dan bayaran khairat kematian disediakan secara percuma kepada semua pendeposit yang layak tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.




Ciri-ciri Istimewa SSPN-i
a) Layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN;
b) Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000.00 setahun;
c) Perlindungan Takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas*;
d) Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak**;
e) Simpanan serendah RM20.00 pada bila-bila masa dan dijamin oleh Kerajaan;dan;
f) Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;

Catatan:

* Perlindungan insurans berupa manfaat dan/atau khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun hanya layak mendapat khairat kematian jika berlaku kematian keatasnya. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

** Keluarga yang berpendapatan bulanan (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000 sebulan layak dipertimbangkan pemberian Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan

Cara-Cara Membuka Akaun SSPN-i
Sila ikuti panduan pengisian Borang Permohonan Pembukaan Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) melalui laman web PTPTN seperti berikut:

1) Borang Permohonan Pembukaan Akaun ini hendaklah dicetak menggunakan Kertas A4 yang beratnya sekurang-kurangnya 80 gram ke atas dan berwarna putih.
2) Pemohon hendaklah mencetak Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN-i ini melalui laman web PTPTN.

Muat turun Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN-i (format Adobe Acrobat *.pdf) di sini.
3) Borang Permohonan Pembukaan Akaun yang lengkap diisi hendaklah,
i) dibuat dua (2) salinan,
ii) dihantar bersama-sama salinan asal,
iii) Slip Deposit,
iv) dokumen-dokumen sokongan, dan
v) wang deposit (seminima RM20.00) di mana-mana kaunter Bank yang dilantik menjadi Ejen PTPTN di seluruh Malaysia.

Bank yang dilantik sebagai Ejen PTPTN adalah seperti berikut:-

1) Bank Simpanan Nasional (BSN);
2) CIMB Bank Berhad;
3) Agro Bank;
4) Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (BKRM);
5) Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB); dan
6) Maybank.
Salinan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan bagi pembukaan akaun SSPN-i adalah seperti berikut:-

1) Salinan MyKad/ Kad Tentera/ Kad Polis Pemohon;
2) Salinan Sijil Kelahiran/MyKid/MyKad Anak; dan
3) Surat perakuan/ sijil anak angkat (bagi ibubapa yang ingin membuka akaun bagi anak angkat di bawah jagaan sah mereka)

Tiga(3) salinan Borang Permohonan Pembukaan Akaun dan Slip Deposit yang diterima oleh pihak Bank yang siap diproses akan diagihkan oleh ejen PTPTN (Bank) bagi keperluan seperti berikut:-

~ Salinan asal (Cetakan) – untuk PTPTN
~ Salinan kedua – untuk ejen PTPTN
~ Salinan ketiga – untuk Pendeposit

Borang Permohonan Pembukaan Akaun yang telah siap diproses akan dihantar bersama-sama dokumen sokongan dan salinan Slip Deposit kepada PTPTN. Sila pastikan pendeposit menyimpan satu salinan borang yang telah diproses sebagai rujukan

Terdapat 3 kategori had umur pembukaan SSPN-i iaitu:


Kategori 1: 
Akaun dibuka oleh ibubapa/penjaga atau warganegara Malaysia yang lain untuk mana-mana warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke bawah dan boleh mengekalkannya sehingga umur genap 28 tahun.

Kategori 2:
Warganegara yang berumur 18 tahun ke atas mempunyai pilihan samada untuk membuka akaun sendiri atau dibuka oleh ibu bapa/penjaga.

Kategori 3:
Warganegara yang berumur 29 tahun ke atas, perlu membuka akaun sendiri.


Peringatan Penting :

Jangan percayakan Bank atau ejen lain yang bukan tersenarai di atas. PTPTN hanya melantik ejen-ejen atau Bank seperti yang disenaraikan di atas. Kebenaran mencetak dokumen SSPN-i melalui laman web PTPTN ini adalah sebagai alternatif kepada orang ramai bagi memudahkan urusan berkaitan SSPN-i.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Hotline PTPTN di talian 03-2080 4455 atau ajukan kepada Bantuan Online.Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2013/03/cara-cara-membuka-akaun-sspn-i-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bank Negara Kenakan Wang Advance Rm200 Kepada Akaun Pengguna Debit Kad

Bank Negara Kenakan Wang Advance Rm200 Kepada Akaun Pengguna Debit Kad

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 347 hits
Hal ini diketahui setelah seorang pengguna terkejut lalu membuat laporan kepada Bank berkenaan apabila mendapati wang simpanannya kurang daripada sepatutnya Hal ini bertambah pelik apabila wang advance yang dikenakan itu tidak dimaklumkan d...
Dapatkan Kembali Hak Anda Ini Cara Untuk Semak Wang Tidak Dituntut Yang Dipegang Kerajaan

Dapatkan Kembali Hak Anda Ini Cara Untuk Semak Wang Tidak Dituntut Yang Dipegang Kerajaan

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 255 hits
Tahukah anda sepanjang tahun 2019 lebih dari RM9 billion jumlah wang tidak dituntut yang dipegang oleh kerajaan Wang tidak dituntut atau WTD adalah merupakan wang yang sepatutnya dibayar kepada seseorang namun gagal dibayar dalam tempoh set...
Cara Bermain Game Online Di Facebook Terlaris Terpopuler Terbaru

Cara Bermain Game Online Di Facebook Terlaris Terpopuler Terbaru

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 582 hits
Selamat pagi semoga selalu sehat tips kali ini adalah tentang permainan facebook Saya yakin setiap orang punya citarasa yang berbeda beda demikian juga dengan game tentu setiap orang punya ketertarikan yang berbeda misalnya ada orang yang s...
3 Cara Untuk Semak Bagaimana Seseorang Boleh Cari Anda Di Facebook

3 Cara Untuk Semak Bagaimana Seseorang Boleh Cari Anda Di Facebook

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 287 hits
Adakalanya anda mungkin memerlukan privasi di media sosial Ianya termasuk bagaimana seseorang boleh mencari anda di Facebook Bagi memastikan ianya bersesuaian dengan kehendak anda Facebook menyediakan tiga pilihan tetapan yang boleh anda la...
Tindakan Potong Elektrik Premis Judi Antara Cara Yang Digunakan Di Kluang

Tindakan Potong Elektrik Premis Judi Antara Cara Yang Digunakan Di Kluang

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 218 hits
Ohmedia rasa ini adalah antara tindakan bijak yang perlu diteruskan pihak TNB apabila mereka memotong bekalan elektrik premis perjudian Tindakan ini diambil di Kluang Johor apabila pihak polis Johor melakukan operasi Sebanyak tujuh buah pre...
Cara Mengetahui Id Widget Pada Blogger

Cara Mengetahui Id Widget Pada Blogger

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 254 hits
ID widget pada blogger merupakan kode unik yang berfungsi untuk memberikan sebuah identitas pada setiap widgetnya dimana identitas tersebut berupa sebuah kode unik HTML yang berbeda satu sama lainnya Sama halnya dengan manusia yang memiliki...
Resepi Vietnamese Spring Rolls Sos Pencicah Sedap Cara Mudah

Resepi Vietnamese Spring Rolls Sos Pencicah Sedap Cara Mudah

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 590 hits
Resepi Vietnamese Spring Rolls Sos Pencicah Sedap Cara Mudah Siapa yang pergi Vietnam mesti dah tahu yang kalau pergi sana dan tak makan Vietnamese Spring Rolls ni memang tak sah Sejak bila Vietnam Roll boleh mula popular dekat Malaysia yan...
Cara Mengaktifkan Dns Over Https Pada Windows 10

Cara Mengaktifkan Dns Over Https Pada Windows 10

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 312 hits
Bisa dikatakan fitur DNS Over HTTPS merupakan hal yang wajib digunakan pada penggunaan handphone dan komputer sehari hari Sederhananya untuk mengenkripsi komunikasi DNS sehingga pihak ISP operator tidak bisa mengetahui situs apa yang sedang...
Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Will Artificial Intelligence Disappoint


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Managing Motivating Remote Teams

Mengada Pergi Laser

Barbarik Peluru Cokelat Chord

Arjuna 89 Takdir Memisahkan Chord

Resipi Ayam Masak Thai Yang Simple Tapi Sedap

Pickleball Sukan Viral Cara Bermain Dan Sistem Pemarkahan