Apa Yang Ada Di Walking Street Koh Lipe Thailand



"Walking Street Koh Lipe Island"

Koh lipe adalah salah satu pulau yang popular untuk dikunjungi pelancong.
Digelar sebagai 'the little Maldives', itu merupakan gelaran bukan kaleng-kaleng. Maldives kot!


Apa yang Menarik Di Walking Street Koh LipePulau Lipe atau Koh Lipe bukanlah besar mana, namun, boleh dikatakan setiap hari tidak akan terhenti feri yang membawa pelancong datang ke sini.


Cari Barangan Keperluan Di Koh Lipe

Oleh kerana ia adalah pulau yang agak kecil (Pulau Lipe itu sahaja). Mungkin mereka yang kali pertama ingin menjejakkan kaki di Koh Lipe tercari-cari tempat untuk mendapatkan barang keperluan.

Maklum sahajalah, berada di negara orang apalagi faktor bahasa yang mungkin agak meletihkan untuk berkomunikasi.

Lorong Ala-Ala Uptown Malaysia Di Thailand

Bagi yang pernah ke Jonker Walk Melaka, pasti mudah untuk bayangkan satu tempat yang ingin penulis ceritakan ini.


Ala Ala Uptown Koh LipeAgak sama konsepnya dan ini versi Thailand.

Boleh dikatakan tempat yang dinamakan Walking Street ini adalah nadi dan denyutan jantung kepada Pulau Lipe atau Koh Lipe ini.

Melalui pengalaman penulis berkali-kali 'tawaf' Walking Street, semua yang pelancong dan pengembara (traveler) mahukan ada.

Dari segi keperluan bukan kehendak. 

Jarak Sepanjang Walking Street Koh Lipe

Jarak Walking Street Koh Lipe dari hujung ke hujung adalah hanya 500 meter, jika patah balik, baharu 1 kilometer berjalan.

Jika berjalan, sambil cuci cuci mata, anda hanya akan menghabiskan dalam 10-15 minit sahaja, itu jika anda sedang 'window shopping', jika berjalan biasa mungkin 6 minit sudah menghabiskan satu perjalanan walking street.

Apa yang Ada Di Walking Street ?

1. Kedai cenderamata / Ole Ole

Pastinya sebelum pulang dapatkan fridge magnet, keychain atau baju serta barangan yang elok dibawa pulang sebagai kenangan.


Kedai Cenderamata dan Ole Ole Koh LipeDesign dan corak tidak mengecewakan ada yang design ala-ala quiksilver tetapi masih ada perkataan 'Koh Lipe'.

2. Agensi perlancongan (Pakej Feri, Pakej Aktiviti di Koh Lipe) 


Travel Agent Di Koh Lipe ThailandTambang feri untuk mereka yang datang bukan melalui pakej,  Survey pakej aktiviti di Koh Lipe sekitar pulau Taratou Park seperti snorkeling, Island Hopping dan sebagainya.

3. Automated Teller Machine (ATM)

Bank KrungSri, kurang pasti berapa caj untuk kad MEPS Malaysia. Tapi secara hakikat dan makrifatnya, penggunaan atm amat jarang.


Kebiasaan untuk tinggal tidak melebihi dua minggu traveler sudah menukar matawang dengan bajet serta perancangan untuk jangka masa tersebut.

4. Klinik


Medical Clinic Koh Lipekalau ada sesuatu yang tak diingini seperti dicium obor-obor atau terpijak karangan. Terdapat banyak sebenarnya, lebih 3 buah untuk 500 meter klinik yang ada.


Siam International Clinic Koh Lipe Siap dengan ambulan, pastikan nombor kecemasan ada disalin oleh anda.

5. Restoran / Kedai Makan / Bar atau Pub


Restaurant In Koh Lipe IslandPremis sebegini adalah paling banyak. Dalam kesibukan dan dikerumuni pelbagai makanan yang tidak halal, terdapat juga kedai makan untuk yang muslim, halal.

Pastikan yang memiliki logo bulan dan bintang.


Halal Restaurant Walking Street Koh LipeBar dan pub, adalah biasa bagi tempat sebegini.Itu penulis tidak akan jelaskan.

6. Kedai Aktiviti Air (Peralatan Snorkeling, Scuba , Island Hopping....)

Jika anda terlupa atau memang buat-buat lupa untuk bawa pakaian sesuai untuk mandi laut, snorkeling,pergi Island hopping senang cerita aktiviti air, disini banyak juga kedainya.


Kedai Kelengkapan Aktiviti Air Koh LipeBeg kalis air macam hypergear, baju renang, baju mandi atau pelampung ada dijual. Sediakan wang sahaja, dalam baht semestinya.

Sebaiknya dapatkan barangan sebegini dahulu supaya bajet percutian anda tenang, klik pautan ini :

7. 7 Eleven (Kedai Serbaneka)

Bagi seorang pelancong atau 'traveler', penulis tahu, benda pertama yang anda 'google search' adalah '7E di Koh Lipe'.


Jalan Jalan Sebelah Tepi 7 Eleven Koh LipeMemang terdapat 7E disini, jangan risau. Malah, anda 'dibekalkan' dengan dua buah 7E. Satunya di tengah Walking Street dan lainnya di bahagian hujung walking street (bukan di pantai).

Makanan halal ada di 7 Eleven Koh Lipe, jangan risau. Khidmat dapatkan air panas untuk buat susu anak atau mi segera jika chalet anda tiada cerek pun boleh di 7E.

8. Kedai Komunikasi (Phone Store)


Sim Card dan Phone Store Koh LipeIni agak penting sebenarnya, jika boleh dapatkan dahulu sim kad Thailand. Untuk pelancong terdapat pakej terhad hari, contohnya XXGB untuk 5 hari atau sebagainya. Komunikasi cukup penting.

Ada kedainya.

9. Pusat Urut (Massage)

Sekali dengar sudah tersenyum mereka yang 'jauh' pemikirannya. Ini bukan pusat urut yang sinonim dengan Thailand.


Pusat Urut (Massage) Di Koh LipePusat urut untuk mereka yang sudah penat berjalan, apalagi yang baharu saja pulang dari island hopping dan snorkeling, tidak lupa juga yang pergi scuba.

Penat woi ! (selain kulit makin tan), bolehlah menggunakan beberapa pakej urutan. 

Ibu ibu makcik makcik akak akak jangan risau jika pasangan lelaki anda agak 'miang', pengurut lelaki untuk lelaki dan seterusnya.

10. Farmasi

Bagi yang mengalami kecederaan ringan atau mencari apa yang boleh membantu. Farmasi ada disini.


Farmasi Depan 7 Eleven Koh LipeBoleh tahan juga bilangannya, kiri kanan depan belakang terdapat dua tiga buah juga farmasi.


Memang tidak risau jika terdapat sakit pening yang biasa-biasa atau baharu sahaja mabuk laut.

Banyak Keperluan Harian Di Walking Street Koh Lipe Thailand

Ya! itu antara senarai apa yang boleh dilakukan oleh pelancong jika singgah di Walking Street Koh Lipe selain dari berjalan-jalan dan cuci mata.


Pekan Koh Lipe Thailand Dari pengalaman penulis, apa yang penulis senaraikan di atas rasanya keperluan yang terdapat di walking street Koh Lipe Thailand.

Supaya pelancong kali pertama yang akan ke Koh Lipe tidak rasa sesat dalam ramai mencari keperluan.

Atau mungkin untuk lebih faham akan suasana di Walking Street Koh Lipe boleh lihat video dibawah, 

Apa yang ada di Walking Street ? 
Jauhkah berjalan Walking Street ? Suasana siang dan malam di Walking Street ?

Boleh jadikan video ini sebagai panduan




Jangan lupa subscribe channel untuk lagi video travel dan event dari belangtarung.com

P/S: Oh, sebelum terlupa sepanjang Walking Street terdapat 'penunggu' dan 'penjaga' iaitu anjing bukan peliharaan.

Bagi yang fobia boleh berhati-hati. Pada hematnya mereka ini tidak mengganggu namun sekadar peringatan supaya tidak sukar untuk sertu nanti jika dijilat.
Tempat yang biasa ditemui adalah 7E.

Anda fikir anda tahu Apa yang Ada Di Walking Street Koh Lipe Thailand ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.belangtarung.com/2020/02/apa-yang-ada-di-walking-street-koh-lipe.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harimau Jinakkan Gajah Malaysia Kutip 3 Mata Benam Thailand Di Bukit Jalil

Harimau Jinakkan Gajah Malaysia Kutip 3 Mata Benam Thailand Di Bukit Jalil

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 340 hits
Corak permainan cantik dan juga kerjasama sepasukan telah membuatkan Malaysia berjaya menundukkan pasukan Thailand dalam kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan juga Piala Asia Ketinggalan di awal permainanHarimau Malaya yang pada awalnya tela...
33 Nelayan Aceh Ditahan Gara Gara Tangkap Ikan Di Perairan Thailand

33 Nelayan Aceh Ditahan Gara Gara Tangkap Ikan Di Perairan Thailand

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 215 hits
Pemerintah Thailand menahan 33 nelayan asal Kabupaten Aceh Timur untuk menjalani proses hukum Mereka ditangkap pihak Royal Thai Navy pada 21 Januari 2020 lalu karena menangkap ikan di Andaman perairan pemerintah tersebut
Merayau Jalan Jalan Di Pak Bara Thailand Sambil Makan Somtum

Merayau Jalan Jalan Di Pak Bara Thailand Sambil Makan Somtum

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 225 hits
Pak Bara ni bagi abang sesuai untuk sesiapa yang inginkan short getaway dengan budget yang tidaklah begitu tinggi Boleh juga lajak ke Koh Lipe kalau mahu Dah berdekatan dengan Pak Bara pakbara satun thailandFollow saya tau di Facebook DANJa...
Menghayati Keindahan Awan Karpet Di Gunung Silipat Thailand

Menghayati Keindahan Awan Karpet Di Gunung Silipat Thailand

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 1148 hits
Keindahan awan karpet di Gunung Silipat Thailand yang mempesona pastinya menarik minat pendaki pendaki yang mengejar view apabila tiba di puncak gunung Pada 25 Oktober lepas saya suami dan adik mengikuti rombongan bas ke Iyer Weng Betong Ya...
Buang Hong Thailand Drama

Buang Hong Thailand Drama

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 838 hits
I haven t reviewed the drama from Thailand for a long time where the last time was in October 2019 This time I want to review a drama titled Buang Hong which aired in March 2017 for 12 episodes of romance can be viewed Actor as ramet was my...
10 Makanan Ekstrem Thailand Yang Bisa Bikin Muntah Berani Coba

10 Makanan Ekstrem Thailand Yang Bisa Bikin Muntah Berani Coba

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 332 hits
Masyarakat Thailand memiliki banyak makanan tradisional yang berbahan dasar serangga Berbagai serangga bahkan sudah biasa menjadi camilan sehari hari bahkan dijual bebas sebagai makanan pinggir jalan Berikut makanan ekstrem di Thailand yang...
Bahlil Curhat Bkpm Dulu Seperti Kantor Pos Tertinggal Dari Vietnam Thailand

Bahlil Curhat Bkpm Dulu Seperti Kantor Pos Tertinggal Dari Vietnam Thailand

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 174 hits
Kepala BKPM Bahlil Lahadalia mengatakan fungsi BKPM kala itu tidak sekedar menjalankan Perizinan Berusaha Terintegrasi Secara Elektronik atau Online Single Submission Namun juga berperan sebagai memberi cap ataupun stampel bagi pengusaha ma...
Tips Bercuti Ke Hat Yai Thailand

Tips Bercuti Ke Hat Yai Thailand

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 287 hits
Tips Bercuti Ke Hat Yai Thailand Percutian Ke Hat Yai Thailand buat kali ke 2 memang seronok sebab kami memandu kereta sendiri ke Hat Yai yang mengambil masa 4 jam perjalanan Pengalaman kali pertama ke sana pada tahun 2018 memberikan kami p...
Aksi Tragis Bocah Ini Selamatkan 8 Orang Dari Serangan Thailand

Aksi Tragis Bocah Ini Selamatkan 8 Orang Dari Serangan Thailand

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 214 hits
Begini kronologi remaja 18 tahun selamatkan 8 orang dalam aksi penembakan masal di Thailand
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord