Cara Cara Buat Surat Beranak Yang Hilang
Semalam,Pagi pagi Mama Yan dan suami pergi UTC, Galleria Kota Raya, JB
Tujuan utamanya,Nak buat surat beranak baru
Surat beranak suami hilang tertinggal kat office lama agaknya
Office lama pula,Dah dikosongkan. Confirm dah kena humban
Pagi pagi lagi parking dah penuh..
So parking la kat tingkat atas sekali ni..
Lepas tu terus menuju ke Jabatan Pendaftatan Negara, JPN
Pergi kat kaunter,Suami cakap nak buat surat beranak baruSebab yang lama hilang
So, pegawai di kaunter bagi borang untuk diisi,Dan minta fotostat kad pengenalan
Suami pergi fotostat,So Mama Yan tolong isikan borangnya
Senang je nak isi borangnyaSebab ada contoh kat situ
Sampai kat ruangan no kad pengenalan bapa,Mama Yan jammed
Suami call mak dan abah untuk minta No KP,Lepas dah lengkapkan borang, Ambil no giliran di kaunter
Duduk tak sampai 2 minit,Dah panggil no untuk serahan borang
Lepas tu, kenala tunggu lagi untuk cetakan
Orang pun tak ramai mana pagi ni..
Menunggu pun tak lama mana.
Tak sampai 10 minit rasanya
Kaunter serahan dah panggil nama suami
Dah siap surat beranak baru
Tak payah angkat sumpah,Tak payah report polis pun
Semua maklumat lengkap seperti asal
Zaman dah moden
Semua ada dalam simpanan data JPN
So, siapa siapa yang surat beranak dia dah hilang, Dah rosak,Dah dimakan usia,Dah dimakan kekiak,Jom la kita buat yang baru
Tak lama pun rupanya...
Bawa salinan kad pengenalan pemilik, Salin siap siap no IC mak abah,Confirmkan tempat lahir.
Kalau surat beranak anak yang hilang,Mak bapak la yang tolong buatkan yang baru,Next week pun Mama Yan nak pergi lagi sekali Baru teringat surat beranak mok dah rosak,Tulisannya melekat pada plastik folder
Tapi sila ambil perhatian ye..
Waktu operasi JPN, UTCSampai pukul 7 malam aje sekarang
Ok...sampai sini dulu kisahnya..
Nanti Mama Yan sambung,Sebab lepas settle buat surat beranak suami,Kami pergi Menara Ansar pula,Untuk tukar jenis perniagaan pada SSM
Next entry pula tulis pasal SSMWassalam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2019/01/cara-cara-buat-surat-beranak-yang-hilang.html