Cara Buat Tomyam Bersantan Pedas Masam Berlemak Memang Sedap Tak Muak Dihirup
Resipi tomyam ayam dari Nurhayati Abd Malek menggunakan memasukkan santan. Walau pun begitu ia tidak muak walau dihirup banyak kerana rasa masam tomyam ini. Ada pula sayur dan isi ayam yang banyak, memang makan berulang-ulang.
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam sederhana (potong kecil)
4 sudu besar pes tomyam – beli online DI SINI
4 batang serai (dititik)
6 helai daun limau purut (buang urat tengah)
10- 15 batang cili api (diketuk) – beli online DI SINI
2 batang karot
½ biji kobis bunga
6- 7 keping asam gelugor – beli online DI SINI
1 biji bawang Holland – beli online DI SINI
½ inch halia
½ inch lengkuas
Gula dan garam secukupnya
1 kotak santan/ 1 biji santan kelapa – beli online DI SINI
CARA MEMASAK :
1. Mula-mula masukkan ayam dan air dalam periuk, agak-agak paras tenggelam ayam.
2. Kemudian masukkan serai, halia dan lengkuas tadi. Biarkan mendidih sekejap. Kalau tiada lengkus boleh halia.
3. Selepas mendidih bolehlah masukkan pes tomyam.
4. Gaul dan masuk cili. Nak pedas masukkan lebih. Ini kerana bila sudah dimasukkan santan rasa pedas akan kurang.
5. Masukkan daun limau purut.
6. Masukkan pula sayur sayuran.
7. Masukkan bawang Holland.
8. Bila sudah mendidih masukkan santan. Guna santan kotak pun boleh, kacau sekejap.
9. Kemudian masukkan asam gelugor dituruti cili padi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
11.Siap! Senang sangat kan masak tomyam ni. Rasa pun sungguh sedap
Kredit foto & resipi : FB Nurhahayati Abd Malek
Bihun Goreng Tom Yam Ikut Aje Langkah ini, 15 Minit Dah Siap
Resipi Ikan Siakap Goreng Tom Yam
Menu Popular! Cuba Rasa Tom Yam Goon, Sup Paling Mantap Dan Luar Biasa.
from RASA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2024/10/cara-buat-tomyam-bersantan-pedas-masam.html