Cara Buat Telur Masin Dan Tips Penting Yang Anda Perlu Tahu


Telur masin atau telur asin merupakan pelengkap hidangan yang cukup popular di Malaysia.
Telur yang direndam dalam air garam ini mempunyai tekstur yang lebih padat berbanding telur rebus.
Rasa masinnya pula lebih bertumpu pada bahagian putih telur. Sementara itu, kuning telurnya mempunyai rasa yang berlemak dan kurang masin.
Kini, telur asin tidak hanya dijadikan sebagai pendamping makanan utama seperti nasi campur atau bubur, malah ia turut popular sebagai ‘perisa’ sejak kebelakangan ini.
Sebagai contoh, sekarang terdapat pelbagai menu menarik seperti udang telur masin dan aneka snek seperti kerepek ubi, cornflakes dan popcorn berperisa ‘salted egg’.
Sumber : Signature Market Pada masa yang sama, terdapat juga sesetengah majlis perkahwinan yang turut menawarkan kelainan dengan menggunakan telur asin sebagai bunga telur.
Berbalik kepada kisah telur masin, ia biasanya dihasilkan daripada telur itik atau angsa kerana komposisi kuning telurnya yang lebih tinggi berbanding telur lain.
Pada masa yang sama, kuning telur angsa atau itik juga dikatakan mempunyai rasa yang lebih berlemak berbanding telur ayam atau puyuh.
Maka, tak hairanlah mengapa ramai yang menggemarkan bahagian kuning telurnya!
Untuk menghasilkan telur asin, ia perlu melalui proses penggaraman yang sama seperti makanan lain seperti udang kering, ikan bilis dan sebagainya.
Sesetengah orang mungkin tertanya-tanya mengapa telur ini dibaluti dengan ‘pasir’ berwarna hitam jika dibeli di pasar raya atau kedai.
Sebenarnya, telur ini telah disalut dengan tanah liat yang tinggi kandungan garam.
Garam ini akan meresap masuk ke dalam liang kulit telur dan meningkatkan kandungan garam dalam telur.
 Ia juga akan disalut dengan sekam padi bakar berwarna hitam bagi memastikan telur masin kekal kering dan terpelihara.
Disebabkan penggaraman ini jugalah warna kuning telur akan berubah menjadi lebih gelap berbanding sebelumnya.
Cara Buat Telur Masin dan Tips Penting Telur masin yang sempurna mempunyai bahagian putih yang padat, kuning telur yang sedikit berminyak dan jingga keemasan serta rasa yang tidak terlalu masin.
Selain membelinya di pasar raya, anda sebenarnya boleh hasilkannya sendiri di rumah. Caranya juga sangat mudah dan dijamin lebih enak, berlemak dan segar!
Jom kita ikuti cara yang dikongsikan oleh Azie Kitchen.
Bahan-bahan :
5 biji telur itik (bersihkan) 5 sudu besar garam kasar (sukatan adalah 1 sudu bagi setiap biji telur) 1 liter air atau secukupnya Cara-cara :
Masakkan air dengan garam sehingga garam larut. Ketepikan dan biar air garam sejuk. Tuang air garam ke dalam bekas yang telah dimasukkan telur sehingga telur tenggelam. Tutupkan bekas dan biarkan selama 10 hari. Telur masin sedia untuk digunakan. Sumber : Facebook Mama’s Guide Recipes Tips Penting Jemur dahulu telur dalam satu hingga dua hari agar telur masin lebih sedap dan gebu. Pastikan anda berhati-hati ketika proses penyediaan kerana telur mudah pecah. Jika retak sedikit, ia boleh menjejaskan kualiti telur masin. Air garam perlulah dimasak terlebih dahulu. Jangan sesekali guna air paip. Setelah telur selesai melalui proses penggaraman, keluarkannya daripada air garam bagi mengelakkannya daripada menjadi terlalu masin. Anda boleh simpan telur ini di dalam bekas yang bertutup. Sekiranya disimpan di dalam peti sejuk, ia boleh bertahan selama satu atau dua bulan. Sekarang anda sudah tahu sedikit sebanyak tentang telur masin serta cara membuatnya dengan mudah di rumah.
Kini giliran anda untuk mencubanya sendiri dan nikmatinya bersama seisi keluarga!
Sumber : Facebook Ini Sains Beb, thewoksoflife.com, Azie Kitchen


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/telur-masin/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=telur-masin

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nusa Penida Tempat Menarik Aktiviti Tips Penting

Nusa Penida Tempat Menarik Aktiviti Tips Penting

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 140 hits
Terletak agak jauh daripada kesibukan Bali Nusa Penida menawarkan pengunjungnya suasana yang sangat tenang dengan keindahan alam yang masih terjaga Untuk pengetahuan anda Nusa Penida adalah sebuah pulau yang terletak di tenggara Bali Pulau ...
Tips Dan 7 Cara Menjaga Kebersihan Diri Untuk Kekal Hidup Sihat

Tips Dan 7 Cara Menjaga Kebersihan Diri Untuk Kekal Hidup Sihat

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 246 hits
Tips dan Cara Menjaga Kebersihan Diri untuk Kekal Hidup Sihat Ketahui cara menjaga kebersihan diri Kebersihan diri adalah elemen asas yang penting untuk memastikan kesihatan tubuh badan terpelihara dan mencegah penyakit Menjaga kebersihan d...
Tips Dan 7 Cara Simpan Susu Badan Yang Betul

Tips Dan 7 Cara Simpan Susu Badan Yang Betul

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 167 hits
Jom ketahui cara simpan susu badan yang betul Susu badan adalah anugerah yang luar biasa untuk bayi anda kerana ia mengandungi segala nutrisi yang diperlukan untuk perkembangan yang sihat Namun bagi ibu yang bekerja atau perlu berada di lua...
Aplikasi Fotoyu Cara Mudah Konversi Hobi Foto Anda Menjadi Penghasilan

Aplikasi Fotoyu Cara Mudah Konversi Hobi Foto Anda Menjadi Penghasilan

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 146 hits
BloggerBorneo com Di era digital saat ini mencari penghasilan tambahan bukan lagi hal yang sulit Banyak aplikasi yang menawarkan peluang untuk menghasilkan uang dengan mudah salah satunya adalah Fotoyu Aplikasi Fotoyu memberikan kesempatan ...
2 Jenis Cara Gugur Kandungan Daripada Doktor Serta 3 Jenis Ubat Gugur Kandungan

2 Jenis Cara Gugur Kandungan Daripada Doktor Serta 3 Jenis Ubat Gugur Kandungan

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 99 hits
2 Jenis Cara Gugur Kandungan Daripada Doktor Serta 3 Jenis Ubat Gugur Kandungan Info mengenai cara gugur kandungan menurut kesihatan Pengguguran kandungan adalah satu prosedur yang dijalankan bagi menghentikan kehamilan Ia boleh dilakukan a...
Petua 6 Cara Menaikkan Hb Dengan Cepat Bagi Ibu Mengandung

Petua 6 Cara Menaikkan Hb Dengan Cepat Bagi Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 231 hits
Ikuti petua menarik mengenai 6 cara menaikkan HB dengan cepat bagi ibu mengandung Hemoglobin adalah komponen penting dalam darah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh Kekurangan hemoglobin boleh menyebabkan pelbagai masalah kesiha...
Cara Melukis Anime Lelaki Step By Step Dengan Mudah

Cara Melukis Anime Lelaki Step By Step Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 171 hits
Cara Melukis Anime Lelaki Jom belajar cara melukis anime lelaki Melukis anime terutamanya karakter lelaki adalah satu seni yang menyeronokkan dan memerlukan latihan berterusan Ramai yang teruja untuk mencuba namun sering kali merasa sukar k...
9 Cara Bagaimana Hendak Meletakkan Keywords Blog Dengan Betul

9 Cara Bagaimana Hendak Meletakkan Keywords Blog Dengan Betul

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 170 hits
MY ni walaupun dah berbelas tahun menulis blog Masih belum mahir bermain dengan SEO dan teknikal blog Main tulis saja Template pun upah orang sebab MY memang nak menulis je Bukan nak jadi pereka grafik ke IT ke network punya orang ke Memang...
Tutorial Cara Memohon Upu Online Lengkap

Tutorial Cara Memohon Upu Online Lengkap

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 180 hits
Tutorial Cara Memohon UPU Online Lengkap Ketahui cara memohon UPU online lengkap step by step Proses permohonan UPU secara online merupakan langkah penting bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi di Malay...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti