Cara Buat Semakan Bantuan Musim Tengkujuh Risda Secara Online
CARA BUAT SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA SECARA ONLINE | Rasanya dah masuk musim tengkujuh, ada yang masih belum kemaskini Bantuan Musim Tengkujuh? Rata-rata kebanyakkan ada yang datang ke Ibu Pejabat RISDA untuk dapatkan borang permohonan Bantuan Musim Tengkujuh. Namun mereka juga boleh terus ke Pejabat RISDA yang berhampiran.
SYARAT PENERIMA BANTUAN MUSIM TENGKUJUH
Part ni, ramai yang masih keliru dengan syarat penerima. Sebelum nak buat permohonan atau kemaskini, mohon semak semula syarat utama, adakah kita layak ataupun sebaliknya. Berikut adalah dua syarat utama penerima Bantuan Musim Tengkujuh RISDA :-
Pekebun Kecil
Pemilik dan pengusaha tanah yang berdaftar dengan RISDA, dan mempunyai kebun tidak melebihi 2.5 hektar.
Penoreh Bukan Pemilik ( Penoreh yang Bukan Pemilik Tanah Yang Ditoreh)
Penoreh yang berdaftar dengan RISDA dan menoreh di kebun getah tidak melebihi 2.5 hektar
DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA UNTUK KEMASKINI BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA
Jika Borang permohonan telah diisi, Adakah semua dokumen diperlukan tersedia ada? Kebanyakkan mereka masih tidak buat senarai semak permohonan untuk memastikan semuanya mencukupi, dan akhirnya permohonan di TOLAK atas sebab dokumen tidak mencukupi untuk di kepil bersama.
Salinan Kad Pengenalan Baru
Salinan Kad SIC RISDA ( Jika Ada )
Salinan Geran Tanah Yang Sah
Salinan Buku Akaun Bank Yang Aktif
Salinan Kad Pat-G (Bagi Penoreh Yang Bukan Pemilik Sahaja)
SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH SECARA ONLINE
Namun yang demikian, ada yang telah mendaftar, tetapi masih tidak berpuas hati dengan permohonan tersebut, dan ada yang ragu-ragu berfikir adakah pernah menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun lepas. Boleh juga terus buat semakan secara online di atas talian.
Langkah Pertama
Terus ke www.webapp3.risda.gov.my ( Bagi yang telah berdaftar )
Langkah Kedua
Masukkan no Kad Pengenalan diruangan Carian (cth: 8603xxxxxxxx ) Klik Butang Semak
Sekiranya permohonan telah berjaya kemaskini dan diluluskan bermakna, kemaskini anda telah berjaya. Dan sekiranya tidak berjaya perlulah hadir ke Pejabat RISDA Berhampiran.
Untuk Keterangan Lanjut
03 – 42564022
( Ibu Pejabat RISDA, Kuala Lumpur )
Pejabat RISDA Negeri
The post CARA BUAT SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA SECARA ONLINE appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://puancikza.com/index.php/2019/11/30/cara-buat-semakan-bantuan-musim-tengkujuh-risda-secara-online/