Cara Buat Kuih Mochi Yang Super Senang
Korang pernah makan kuih Mochi, kuih berasal dari Jepun yang berwarana warni dan berinti manis ini mula digemari oleh masyrakat Malaysia. Namun tahu tak korang yang kuih ini sangat senang disediakan kerana ia diperbuat dari tepung pulutn yang memberikan tekstur kulit Mochi berasa kenyal dan intinya boleh dipelbagaikan ikut cita rasa korang semua. Bagi memudahkan ini RASA kongsi resipi dan cara membuat kuih Mochi Inti Kacang Tanah yang sangat sedap.
KUIH MOCHI INTI KACANG TANAH
BAHAN-BAHAN:
Kulit Mochi:
400gm tepung beras pulut | sangai sekejap40gm tepung beras | sangai sekejap70gm tepung jagung | sangai sekejap200gm gula pasir3500ml air150ml susu penuh krim4 sudu makan mentega1 sudu teh garam halusPewarna kuning dan merah
BAHAN INTI:
160gm kacang tanah60gm gula pasir6 sudu makan air masaskCARA MEMASAK:
Untuk Menyediakan Kulit Mochi:
masukkan tepung pulut di dalam mangkuk adunan bersama tepung beras dan mentega.Adun rata.Campurkan gula garam, susu dan air, larutkan bersama.Kemudian tuangkan dalam mangukuk berisi campuran tepung tadi.Gaul rata hingga menjadi doh lembut (tidak terlalu cair atau keras).Kemudian bahagikan adunan kepada tiga bahagian.Setiap satu bahagian warna dengan warna hijau, kuning dan merah.Gaul rata supaya adunan sebati.Kemudian kukus antara 25-30 minit dalam pengukus yang sudah sedia dipanaskan.Setelah masak biarkan sejuk sedikit.
Untuk Menyediakan Inti:
Goreng sangai kacang tanah yang telah dibuang kulit.Kemudian tumbuk atau kisar kasar.Larutkan gula bersama air suam. Kemudian tuang air gula dalam mangkuk kacang tadi.Gaul rata hingga sebati. Ketepikan.
Cara Masukkan Inti:
Ambil tiga sudu makaan adunan kulit Mochi lalu leperkan di atas tangan dengan yang telah disapukan dengan tepung jagung tadi.Kemudian letakkan 1 sudu makan inti kacang ditengahnya.Kemudiaan balut inti hingga menjadi bentuk bulat.Kemudiaan golekkannya di atas tepung jagung yang telah disangai.Kuih Mochi sedia dihidangkan.
Senangkan? Harap percubaan korang menjadi dengan jayanya ye…
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/10/cara-buatkuih-mochi-yang-super-senang.html