Cara Buat Jelly Ball Viral Dan Cara Buat Jelly Ball Buah
Ramai yang cari cara buat Jelly Ball? Sejak kebelakangan ini, makanan viral yang paling diminati di media sosial adalah jelly ball. Trend ini menjadi fenomena di kalangan anak kecil yang teruja dengan bentuk bulat dan berwarna-warni serta kandungan buah-buahan dalam jelly ball tersebut.
Jom ikuti kami kenali apa itu Jelly Ball, cara buat Jelly Ball dan resepi Jelly Ball yang viral dan terbaru.
Berkenaan Cara Buat Jelly Ball
Apa itu Jelly Ball?
Jelly Ball adalah sejenis agar-agar mini yang diisi dengan cebisan buah-buahan seperti anggur, mangga, laici, nanas, dan pelbagai lagi buah-buahan lain. Ia dibentuk menjadi acuan bentuk bulat dan kelihatan seperti ‘bola’ yang berkilat.
Ia mula dipopularkan oleh rakyat Malaysia kerana baru sahaja viral dan mendapat perhatian ramai dengan bentuk bulat dan rasanya yang sedap.
Rasa dan Bentuk Jelly Ball
Keistimewaan Jelly Ball terletak pada kombinasi rasa manis dari agar-agar dan gula serta kesegaran buah-buahan yang terperangkap di dalamnya. Bentuknya yang menarik dan warna-warninya membuatnya menjadi tontonan dan santapan yang menyenangkan.
Selain itu, ia adalah satu makanan hidangan manisan yang sesuai dimakan bagi semua peringkat umur. Dengan diperkenalkan pelbagai rasa dan buah yang diisi dalam menjadikan Jelly Ball ia memberi rasa kelainan berbanding memakan jelly yang biasa seperti kita ketahui.
Himpunan Resepi Jelly Ball Viral dan Jelly Ball Buah
Disebabkan kuasa viral yang kini menaikkan hidangan Jelly Ball, kami terpanggil untuk membuat perkongsian berkenaan cara buat Jelly Ball yang sangat mudah dan senang berdasarkan jenis resepi. Berikut adalah resepi cara buat Jelly Ball viral dan mudah:
Cara Buat Jelly Ball Viral
Berikut adalah resepi standard untuk membuat Jelly Ball yang viral:
Bahan-bahan:
1 pek serbuk jelly
1 pek serbuk agar-agar
Buah-buahan (mangga/naga/strawberi/kiwi)
6 sudu gula (boleh diubahsuai mengikut kemanisan)
Cara penyediaan:
Campur serbuk agar-agar, serbuk jelly, dan gula dalam satu mangkuk.
Panaskan 1500ml air, masukkan campuran serbuk tadi, dan kacau hingga larut.
Biarkan adunan mendidih dan tutup api.
Potong buah-buahan menjadi kecil.
Susun buah-buahan dalam acuan Jelly Ball.
Tuangkan adunan ke dalam acuan dan biarkan sejuk selama 2 jam dalam peti sejuk.
Keluarkan Jelly Ball dari acuan dan cucuk menggunakan lidi.
Sedia untuk dihidangkan.
Cara Buat Jelly Ball Buah
Selain daripada resepi standard, terdapat juga variasi Jelly Ball menggunakan buah-buahan tertentu. Berikut adalah dua resepi yang popular:
Resepi Green Jelly Ball (Base Longan)
Bahan-bahan:
1 pek serbuk jelly
1 pek serbuk agar-agar
1 tin buah longan
Pewarna hijau
6 sudu gula (boleh diubahsuai mengikut kemanisan)
Cara penyediaan:
Ikuti langkah 1-3 seperti dalam resepi standard.
Masukkan pewarna hijau dan kacau sehingga sebati. Tutup api bila adunan mendidih.
Potong buah longan menjadi kecil.
Susun buah longan dalam acuan Jelly Ball.
Tuangkan adunan ke dalam acuan dan biarkan sejuk selama 2 jam dalam peti sejuk.
Keluarkan Jelly Ball dari acuan dan cucuk menggunakan lidi.
Sedia untuk dihidangkan.
Resepi Blue Jelly Ball (Base Laici)
Bahan-bahan:
1 pek serbuk jelly
1 pek serbuk agar-agar
1 tin buah laici
Pewarna biru
6 sudu gula (boleh diubahsuai mengikut kemanisan)
@marissabrand Replying to @@FyraIlham Resepi lengkap Blue Jelly Ball #jellymarissa #jellyfruit #jellyball #makanlokal #longervideos ♬ Happy & Pop songs – PeriTune
Cara penyediaan:
Ikuti langkah 1-3 seperti dalam resepi standard.
Masukkan pewarna biru dan kacau sehingga sebati. Tutup api bila adunan mendidih.
Potong buah laici menjadi kecil.
Susun buah laici dalam acuan Jelly Ball.
Tuangkan adunan ke dalam acuan dan biarkan sejuk selama 2 jam dalam peti sejuk.
Keluarkan Jelly Ball dari acuan dan cucuk menggunakan lidi.
Sedia untuk dihidangkan.
Dengan resepi-resepi ini, anda dapat mencuba membuat Jelly Ball sendiri di rumah dengan mudah dan menjimatkan. Selamat mencuba!
Soalan FAQs Berkenaan Cara Buat Jelly Ball
Adakah jelly ball selamat untuk kanak-kanak?
Ya, jelly ball sememangnya selamat untuk kanak-kanak. Namun ibu bapa perlu memastikan saiz yang sesuai untuk anak.
Adakah ia dijual di kedai?
Memandangkan namanya kini sedang trending, terdapat banyak kedai yang menawarkan jelly ball serta penjaja ditepi jalan.
Bagaimana buat jelly ball?
Hanya memerlukan beberapa bahan utama seperti serbuk jelly dan agar-agar ia boleh dibuat dengan panduan resepi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/04/cara-buat-jelly-ball.html