Cara Buat Duit Dengan Intellifluence


Cara Buat Duit Dengan Intellifluence
Assalamualaikum, Hi korang. Apa khabar hari ini. Semoga korang semua sihat walafiat dan dalam lindungan Allah SWT walau di mana korang berada. Alhamdulillah KakYa sihat seperti biasa dan masih lagi di beri peluang dan juga ruang oleh Allah SWT untuk terus menulis. InsyaAllah. Harini KakYa nak kongsi berkenaan cara buat duit dengan menulis blog melalui platform Intellifluence. Mesti korang tak sabar nak tahu macam mana dengan menulis, kita boleh buat duit. 


Menulis Di AkifImtiyazDotCom Bermula Pada Tahun 2013

KakYa mula menulis blog sekitar 2013 menggunakan platform blogspot. Seingat KakYa kalau tak silap, KakYa buka blog ni pada 3 September 2013. Masa tu menulis sekadar suka suka sebab nak bercerita tentang anak anak KakYa. Macam online diary cerita tentang anak anak camtu la lebih kurang. KakYa mula dengan domain sendiri - www.akifimtiyaz.com pada bulan May 2015. Kalau ikut pada kiraan, usia blog Akif Imtiyaz sekarang ni 9 tahun 3 bulan. 
Sebelum zaman KakYa belum kawin dulu dah ada blog juga tapi blog tu dah berkubur seiring masa berlalu. Jadinya untuk mula kembali KakYa buat satu blog baru dengan nama anak bongsu KakYa, Akif Imtiyaz dan blog ini masih kekal hingga ke hari ini. Alhamdulillah. 

Apa Itu Intellifluence

Ok KakYa nak tanya kat korang. Korang pernah dengar mengenai Intellifluence. Apa itu Intellifluence? Intellifluence adalah sebuah platform pempengaruh atau influencer yang mempunyai blog atau media sosial untuk menjana pendapatan tambahan. Bagaimana caranya?  Intellifluence mengumpul semua influencer dari seluruh dunia untuk sama sama bekerjasama dengan pihak mereka dalam proses mempromosikan produk pelanggan mereka dengan cara menulis artikel di blog atau memuat naik bahan promosi ke akaun media sosial influencer terpilih. 

Pilihan Kolaborasi Bersama Intellifluence Cash Atau Produk Atau Kedua Dua Sekali

Melalui Intellifluence terdapat dua pilihan kolaborasi iaitu melalui cash atau produk atau korang boleh pilih kedua dua sekali. Untuk KakYa, KakYa pilih kedua dua sekali dan setakat ni KakYa belum dapat untuk produk. Cuma untuk cash sahaja yang KakYa dapat. Jadi KakYa takde pengalaman nak citer mengenai kolaborasi untuk produk. 

Rangkaian Media Sosial Yang Disokong Oleh Intellifluence

Sepertimana yang KakYa citer kat atas, pihak Intellifluence menyokong pelbagai rangkaian sosial untuk sama sama bekerjasama bersama mereka. Antara rangkaian sosial tersebut adalah;
- Facebook- Twitter - Instagram - Pinterest - Youtube - LinkedIn - Tiktok - Reddit 
Manakala untuk ulasan pasaran atau lebih meluas, Intellifluence membuka peluang kepada:
- Blog - iOS dan Google Play - Podcast - SoundCloud

Jana Pendapatan Dengan Menulis Melalui Platform Intellifluence

Ok KakYa mula mula join Intellifluence pada tahun 2021. Job pertama yang KakYa dapat ialah share link Intellifluence. KakYa dapat job ni pada bulan 6 tahun 2021. Untuk satu link dapat la usd0.25 . Hehehe ok la tu dapat la jugak dari takde langsung. Bolehlah .... 
Pastu dapat lagi satu job lain iaitu Review Intellifluence influencer app di Google Play dengan bayaran usd5.00 . Yang ni pon KakYa dapat pada tahun 2021. Kat sini kita perlu tulis review kita mengenai app Intellifluence. Mudah je kerjanya, tulis jer kat situ dah dapat usd5.00


Job review App Intellifluencedi Google Play. Siapa nak bagi tulis pendek camni dah dapat usd5. Bukan RM5 tau tapi usd5. Pandai pandailah korang kira duit Malaysia dapat berapa ikut pertukaran semasa. 
Lepas buat dua job ni tahun 2021, mood ke laut dalam masa tu jadi takde masa nak jenguk Intellifluence. Hinggalah pada bulan 8 tahun 2022 baru baru ni baru KakYa aktif semula bersama Intellifluence. Nak dekat setahun jugak KakYa tak aktif menggunakan platform Intellifluence. 
Bila dah mood rajin mula kembali. Terus baiki profil apa yang patut dan akhirnya berkat rajin dan sabar dapat satu job menulis dengan nilai bayaran usd100.00 ... Alhamdulillah syukur Ya Allah. Lepas satu, satu lagi job dan lagi dan lagi. Hingga sekarang ni KakYa dah dapat 7 job menulis dengan bayaran setiap satu bernilai usd100.00 daripada Intellifluence.  
Total untuk 7 job yang berjaya di selesaikan. Dah berjaya masuk ke Paypal untuk 5 job dengan jumlah usd506.00 .. Tinggal lagi usd200.00 yang belum masuk Paypal sebab job baru settle baru baru ni. 

Cara Untuk Daftar Intellifluence

Korang berminat untuk join Intellifluence? Ok kalau korang berminat untuk join Intellifluence, korang perlu daftar dulu kat sini. Cara nak daftar senang jer sebab takde syarat yang menyusahkan untuk korang. Korang daftar jer, isi semua detail, masukkan platform media sosial korang dan bila dah settle semua, korang dah boleh pilih job yang ditawarkan samaada sesuai atau tidak dengan korang. Mudah jer sebenarnya. 
Untuk daftar masuk kali pertama korang pergi ke website Intellifluence atau terus jer klik kat sini Intellifluence . Download app dan isi detail korang. Jangan lupa lengkapkan semua info yang diperlukan agar korang boleh dapat job yang sesuai dengan korang. 

Bagaimana Cara Untuk Dapat Job Melalui Intellifluence

Dah siap daftar Intellifluence, mesti korang tertanya tanya bagaimana cara untuk dapatkan job melalui platform ini. Ok cara nak dapat job melalui Intellifluence ni senang jer sebenarnya. 
Korang perlu login ke akaun Intellifluence korang pastu pergi ke menu Marketplace. Kat situ nanti akan ada beberapa pilihan kerja yang korang boleh pilih kerja yang bersesuaian dengan info yang korang tulis semasa daftar akaun. 
Kalau korang berminat dengan job yang ditawarkan, korang klik jer pada butang Apply to Campaign. Dekat sini korang kena rajin menaip sikitlah. Taip mesej kenapa korang berminat nak review produk tersebut. Mesej korang tu nanti taip dalam Bahasa Inggeris. Dah settle taip mesej klik butang Apply. Tunggu jer la pasni. Kalau korang layak untuk job tersebut, korang akan dapat satu email untuk korang mulakan review korang. 
Yeay berjaya mencapai Profile Srenght 100%

Buat masa sekarang ni KakYa dah berjaya mencapai Profile Strenght 100% dan berjaya kumpul 6 badges Intellifluence iaitu
Intellifluence Trusted Blogger, Intellifluence Trusted Influencer Twitter, Intellifluence Trusted Influencer Facebook, Influencer Intellifluence, Medium Audience Intellifluence dan juga High Closer Intellifluence. Banyak lagi badges yang perlu KakYa kejar untuk jadi yang terbaik. Hehehe kita slow slow kayuh. InsyaAllah satu hari nanti KakYa dapat kumpul mana yang KakYa mampu. Korang doakan KakYa okey

6 badges Intellifluence iaituIntellifluence Trusted Blogger, IntellifluenceTrusted Influencer Twitter, IntellifluenceTrusted Influencer Facebook, Influencer Intellifluence, Medium Audience Intellifluence dan juga High Closer Intellifluence

Cara Pembayaran Yang Di Gunakan Oleh Intellifluence
Oleh kerana Intellifluence ni melibatkan bukan sahaja negara kita Malaysia tapi global, makanya cara pembayaran untuk setiap kerja yang  berjaya disiapkan adalah melalui akaun Paypal dan jumlah minimum yang perlu ada dalam akaun Intellifluence untuk cash out adalah sebanyak usd25.00 . Cukup usd25.00 korang dah boleh cash out masuk ke akaun Paypal

5 job yang telah di bayar oleh Intellifluence berjumlah usd506.00
Alhamdulillah berjaya transfer semua duit job dari  Intellifluence ke Maybank 

Yes! Intellifluence akan bayar korang menggunakan akaun Paypal dan bayaran adalah dalam nilai usd. Jadi sebelum korang daftar melalui Intellifluence, pastikan korang mempunyai akaun Paypal untuk pembayaran di kemudian hari. 
Nak buat akaun Paypal senang jer tak kena bayar pon. Korang boleh google cara buat akaun Paypal kat internet sebab KakYa takde buat entri untuk create akaun Paypal. 
Ok ini sahaja untuk kalini. Semoga perkongsian KakYa berkenaan cara buat duit dengan menulis melalui platform Intellifluence ini, sedikit sebanyak memberi manfaat buat korang semua. Terima kasih sudi baca coretan KakYa. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2022/12/cara-buat-duit-dengan-intellifluence.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Melabur Tanpa Guna Duit Sendiri

Cara Melabur Tanpa Guna Duit Sendiri

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 156 hits
Cara Melabur Tanpa Guna Duit Sendiri Pernah tak anda terfikir untuk melabur tanpa menggunakan duit sendiri Dengar macam tak logik tetapi sebenarnya boleh dilakukan Melabur tanpa menggunakan duit sendiri bukanlah bermaksud anda buat pinjaman...
Cara Buat Duit Online Mudah Usd

Cara Buat Duit Online Mudah Usd

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 165 hits
Cara Buat Duit Online Mudah USD Setiap Bulan Artikel ini akan berkongsi dengan semua bagaimana cara buat duit online mudah The post appeared first on
5 Cara Terbukti Berkesan Untuk Membantu Anda Buat Duit Online

5 Cara Terbukti Berkesan Untuk Membantu Anda Buat Duit Online

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 247 hits
Jika anda selalu online tetapi tak pernah langsung buat duit diinternet walaupun hanya sekali maka anda sebenarnya telah mensia siakan masa anda Begitu juga mereka yang setiap bulan bayar mahal mahal untuk melanggan pakej internet dengan ke...
7 Cara Simpan Duit Gaji Dengan Berkesan Dan Bijak

7 Cara Simpan Duit Gaji Dengan Berkesan Dan Bijak

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 249 hits
Salam semua tak semua orang mampu menguruskan kewangan dengan bijak Ada juga yang masih blur walaupun nak uruskan duit gaji sendiri Pernah dengar kes tak sempat hujung bulan pun dah kering Itu sebabnya penting ada ilmu pengurusan kewangan w...
2 Cara Transfer Duit Ke Asb Online Banking

2 Cara Transfer Duit Ke Asb Online Banking

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 291 hits
Nak simpan duit anda dalam akaun ASB Ini cara transfer duit ke ASB secara online tanpa perlu pergi beratur ke post office berdekatan anda Ramai dah mula sedar akan penting nya menabung untuk menghadapai cabaran hidup akan datang Di jangka p...
Cara Buat Duit Tanpa Menjual

Cara Buat Duit Tanpa Menjual

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 153 hits
Cara Buat Duit Tanpa Menjual Secara Pasif Setiap Bulan Ramai yang ingin tahu bagaimana cara buat duit tanpa menjual atau The post appeared first on
17 Cara Buat Duit Online Yang Anda Boleh Cuba

17 Cara Buat Duit Online Yang Anda Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 315 hits
Ada terdapat banyak cara yang anda boleh cuba lakukan untuk buat duit online Menghasilkan pendapatan di internet sama ada RM1 RM10 atau mungkin RM1 000 yang pertama bukanlah sesuatu yang terlalu sukar atau mustahil untuk dilakukan Pada hari...
Cara Mudah Buat Duit Dalam Usd Dari Rumah Tanpa Modal

Cara Mudah Buat Duit Dalam Usd Dari Rumah Tanpa Modal

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 183 hits
Assalamualaikum Selamat Pagi CARA MUDAH BUAT DUIT DALAM USD DARI RUMAH TANPA MODAL Alhamdulillah di atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza kongsikan sesuatu yang bermanfaat terutamanya buat mereka yang baru berjinak jinak dengan dunia b...
Cara Pilih Modem Wireless Router

Cara Pilih Modem Wireless Router

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 231 hits
CARA PILIH MODEM WIRELESS ROUTER Penggunaan internet memang amat sangat diperlukan paza zaman teknologi terkini Akses internet yang pantas menjadi keperluan masyarakat pada masa kini dalam pelbagai urusan seperti pekerjaan ataupun gaya hidu...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Reaching Out

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Calon Pn Kuala Kubu Baru Ceo Syarikat Tutup



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Prk Kkb Pertandingan Parti Atau Pertandingan Kaum

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Piza Potato Gnocchi Di The Spot By Chinoz Tiada Tandingan