Cara Buang Bloatware Dan Iklan Pada Peranti Xiaomi Redmi Tanpa Root



Peranti Xiaomi sering menjadi pilihan marhaen dek kerana harganya yang mampu milik. Tetapi seperti biasa, yang murah akan hadir bersama beberapa isu yang tidak dapat dielakkan.
Untuk kes Xiaomi, perantinya ‘diselitkan’ dengan iklan-iklan dan bloatware.
Kebiasaannya pemilik akan ‘root’ peranti masing-masing untuk membuang segala bloatware yang memenuhi ruang storan. Cuma apabila ia dilakukan, serta merta waranti akan terus tidak terpakai, dan peranti berkemungkinan menghadapi risiko gagal untuk berfungsi sekiranya pemilik membuang aplikasi yang diperlukan oleh sistem.
Dengan atas kesedaran itu, seorang pembangun telah mencipta sebuah aplikasi kecil yang dijalankan dengan Java untuk membantu pemilik peranti agar dapat membuang dan menghapuskan pelbagai bloatware dengan selamat tanpa perlu untuk root.
Aplikasi tersebut bernama Xiaomi ADB/Fastboot Tools.
Bagaimana cara nak menggunakannya?
1. Anda perlu muat turun Xiaomi ADB/Fastboot Tools dan pemacu yang bersesuaian dengan peranti anda. Biasanya ia akan dimuat turun secara automatik bagi membantu aplikasi ini untuk membaca peranti. Jika ia tidak dapat muat turun, anda boleh lakukannya sendiri dengan memuat turun ia di laman GitHub yang sama.
Muat turun ADB Driver Installer di sini: Saki-EU/XiaomiADBFastbootTools
Jangan lupa muat turun dan pasang Java: Java Download
Dan aplikasi di sini: XiaomiADBFastbootTools – Releases.
2. Pastikan pemacu ADB berjaya dipasang.

3. Aktifkan terlebih dahulu ‘Developer options’.
Untuk MIUI: Hala ke Settings > About device, dan tekan pada ‘MIUI version’ tujuh kali.
Ada sesetengah ROM yang anda perlu hala ke My device > All specs > baru boleh tekan MIUI version.
Untuk Android One: Settings > System > About device, dan tekan pada ‘Build number’ tujuh kali.
4. Kemudian, sambungkan peranti kepada komputer dengan mode ADB.
Untuk MIUI: Settings > Additional settings > Developer options, dan aktifkan USB debugging serta USB debugging (Security settings).
Untuk Android One: Settings > System > Developer options dan aktifkan USB debugging.

5. Gunakan kabel USB untuk menyambungkan peranti anda kepada komputer. Tunggu sehingga komputer mengesan dan membaca peranti, kemudian di peranti anda akan ada permintaan untuk menyambung ia kepada mode USB debugging.
Anda perlu membenarkannya untuk meneruskan langkah berikut.
6. Buka aplikasi Xiaomi ADB/Fastboot Tools. Tunggu sehingga ia dapat mengesan dan membaca peranti anda.

7. Di sini saya berikan contoh dari peranti Redmi Note 5 yang sedang saya gunakan. Anda dapat lihat senarai aplikasi. Kesemua aplikasi yang tersenarai tersebut adalah selamat untuk dibuang. Anda cuma perlu tandakan pada kotak di sebelah namanya, dan klik butang Uninstall.
8. Ucapkan hastalavista bebeh.
Jadi macam mana nak buang iklan pula?
Anda perlu hapuskan atau buang aplikasi yang bernama MSA. MSA adalah kependekan dari MIUI System Ads, yang digunakan oleh sistem untuk mengeluarkan iklan.
Sekali lagi ucapkan hastalavista dan klik uninstall dengan bangganya.

Selesai tutorial untuk buang bloatware dan iklan pada peranti Xiaomi dan Redmi.
9. Jika anda ingin pasang semula mana-mana aplikasi yang anda terasa seperti ‘rindu’ atau ‘tersilap’ nyahpasang, anda boleh lakukannya dengan klik pada tab Reinstaller. Cari aplikasi yang anda ingin pasang semula, tandakan pada kotak di sebelah namanya dan klik butang Reinstall.

10. Jika ada aplikasi yang gagal dinyahpasang/dibuang, jangan sedih. Peranti saya pun begitu. Itu kita terpaksa redha dan senyum kepada komputer.
Ia ibarat kotoran degil yang bila dicuci dengan Clorox pun tidak mahu hilang. Jika susah sangat nak mencucinya, kita beli sahaja pakaian baru. Begitu juga dengan telefon ini.
BELI sahaja yang baru. Nak pening buat apa?

11. Gurau saja. Anda boleh juga gunakan tab ‘Disabler‘ untuk menyahaktif aplikasi-aplikasi yang tidak dapat dibuang tersebut. Dengan cara ini sekurang-kurangnya ia tidak ‘timbul’ di app drawer dan mengganggu pemandangan anda.

Baiklah. Saya berharap anda dapat ‘enjoy’ dengan tutorial separuh serius, separuh bergurau ini. Jika ia bermanfaat untuk anda, kongsikanlah ia dengan rakan-rakan yang lain. Semoga bloatware dan iklan tidak lagi menghantui mimpi-mimpi anda di malam hari.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://omghackers.com/cara-buang-bloatware-dan-iklan-pada-peranti-xiaomi-redmi-tanpa-root/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Xiaomi Melancarkan Redmi K20 Pro Edisi Marvel Heroes Bagi Memperingati Adiwira Adiwira Marvel

Xiaomi Melancarkan Redmi K20 Pro Edisi Marvel Heroes Bagi Memperingati Adiwira Adiwira Marvel

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 217 hits
Redmi K20 Pro adalah peranti mercu baharu daripada sub jenama Xiaomi yang memfokuskan prestasi dan harga jualan yang murah Ia hadir dengan Snapdragon 855 memori 6 8 GB RAM dan storan dalaman dari 64GB sehingga 256GB Peranti ini boleh dikata...
Cara Daftar Dan Memasang Iklan Adnow Di Blog

Cara Daftar Dan Memasang Iklan Adnow Di Blog

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 305 hits
TAHUKAH anda bagaimana cara untuk mendaftar dan memasang iklan adnow pada blog anda Kini iklan Adnow merupakan alternatif terbaik kepada Google Adsense Disini saya akan kongsikan cara mendaftar dan memasang iklan adnow pada blog atau laman ...
Xiaomi Redmi 7a Boleh Didapati Melalui Xiaomi Store Global Pada Harga Rm459

Xiaomi Redmi 7a Boleh Didapati Melalui Xiaomi Store Global Pada Harga Rm459

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 279 hits
Xiaomi Store Global merupakan salah satu kedai atas talian rentas negara yang diuruskan oleh pihak Xiaomi sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan produk Xiaomi terus dari China menggunakan saluran yang tepat Malah Shopee turut mengatakan...
Xiaomi Cc9e Mungkin Adalah Peranti Android One Baharu Mi A3 Lite

Xiaomi Cc9e Mungkin Adalah Peranti Android One Baharu Mi A3 Lite

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 293 hits
Pada bulan lepas Xiaomi telah berkongsi imej rasmi buat siri baru peranti mereka Xiaomi CC Terkini terdapat butiran lain yang tertiris yang mana didapati daripada aplikasi penanda aras AIDA64 Peranti Xiaomi CC9e dikatakan akan dijana dengan...
Xiaomi Mi 9t Peranti Mercu Terbaik Yang Ditawarkan Pada Harga Berpatutan

Xiaomi Mi 9t Peranti Mercu Terbaik Yang Ditawarkan Pada Harga Berpatutan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 215 hits
Xiaomi baru baru ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Xiaomi Mi 9T Seperti yang ramai sedia ketahui jenama Xiaomi adalah antara jenama yang membawakan tanda harga yang sangat mampu milik untuk peranti peranti pintar mer...
Redmi 7a Versi India Menyertakan Kamera 12mp Sony Imx486 Seumpama Sensor Pada Xiaomi Mi A2

Redmi 7a Versi India Menyertakan Kamera 12mp Sony Imx486 Seumpama Sensor Pada Xiaomi Mi A2

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 234 hits
Xiaomi pada hari ini telah melancarkan Redmi 7A untuk pasaran India iaitu sebulan selepas pelancaran peranti ini di China Namun apa yang menarik bagi variasi di India ini ia menyertakan keupayaan kamera yang berlainan berbanding versi Redmi...
Xiaomi Berkongsi Siri Peranti Baru Dinamakan Xiaomi Cc Ditujukan Kepada Pengguna Muda

Xiaomi Berkongsi Siri Peranti Baru Dinamakan Xiaomi Cc Ditujukan Kepada Pengguna Muda

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 214 hits
CEO Xiaomi Lei Jun hari ini telah berkongsi mengenai siri peranti baru daripada mereka yang akan dinamakan Xiaomi CC Siri peranti ini dikatakan bakal ditujukan kepada pengguna muda sekaligus menyertakan rekaan yang lebih menarik bersama sam...
Xiaomi Redmi Airdots Versi Import Kini Boleh Didapati Serendah Rm69

Xiaomi Redmi Airdots Versi Import Kini Boleh Didapati Serendah Rm69

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 287 hits
Redmi sedia menawarkan beberapa aksesori menarik termasuk salah satunya adalah fon telinga nirwayar mereka dinamakan Redmi AirDots Redmi AirDots masih belum memasuki pasaran tempatan secara rasminya buat masa ini tetapi ia tidak menghentika...
Naib Presiden Xiaomi Perlihatkan Ciri Kalis Percikan Air Redmi K20 Pro

Naib Presiden Xiaomi Perlihatkan Ciri Kalis Percikan Air Redmi K20 Pro

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 213 hits
Reading Time 1 minuteMedia sosial sentiasa dipenuhi dengan cabaran cabaran untuk menunjukkan kemahiran invidu dan antara cabaran yang terbaru adalah BottleCapChallenge membuka penutup botol dengan apa cara sekalipun Xiaomi India juga tidak ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi