Cara Betul Pilih Telur
CARA PILIH TELUR YANG BAIK | Bukan main ambil je telur kat pasaraya tu ye.Yang penting kita kena tahu bagaimana pilih telur yang baik untuk digunakan.
Telur merupakan salah satu sumber protein yang ringkas dan amat mudah untuk umi sediakan.Kalau rasa takde idea dah nak masak apa, menu paling mudah adalah telur goreng, sambal goreng, atau yang berkaitan dengan telur.Tapi kita sebagai pengguna ni kadang ambil ringan tentang cara pemilihan telur.Ia tidak hanya boleh dilihat pada luaran je..Tapi dalaman belum tentukan?
Selalunya bila umi ke pasaraya, umi akan tentukan telur yang mana perlu diambil dan mengapa umi mengambil telur itu.Actually, umi akan mengambil telur yang ada Omega 3 sahaja.Bukan kerana umi ni berlagak kaya ,tidak sama sekali.Disebabkan umi dan babah adalah di kalangan pesakit yang kena jaga makan.Umi kena pilih telur yang sihat.Melalui warna kuning telur itu, kita boleh tahu makanan apa yang dimakan oleh ibu ayam
Actually, umi ada nampak sorang blogger ni, tunjukkan gambar apa perbezaan warna kuning telur.Apa yang umi tahu tentang warna kuning telur ni, adalah bagaimana ayam itu diberi makan.
DISEBALIK PERBEZAAN WARNA KUNING TELUR
Warna kuning telur biasa – selalunya ayam yang bertelur dan mempunyai warna kuning telurnya biasa sahaja adalah kerana ayam diberikan makanan yang tidak berkhasiat
Warna kuning telur oren – Disebabkan umi pernah beli kedua-dua jenis telur, memang nampak perbezaan antara telur yang biasa dan telur yang mempunyai nutrisi yang tinggi.Untuk waran kuning telur keOrenan tu, ibu ayam diberikan makan jagung, tumbuhan dan serangga.
Selain itu, umi nak kongskikan sedikit cara bagaimana kita pilih telur yang baik dan segar untuk kita gunakan.Kadangkala di pasaraya atau kedai-kedai menjual telur asal boleh.Jadi untuk mengelakkan kita mendapat telur yang takde kualiti, baik kita perhatikan dulu 9 cara pilih telur yang baik ni.
9 CARA YANG BETUL BILA MEMILIH TELUR
1.WARNA KULIT TELUR
Salah satu cara nak pilih telur yang baik adalah dari melihat warna kulit telur itu sendiri.Terdapat kulit telur yang bewarna cerah dan gelap.Yang pastinya, kulit telur yang bewarna pucat dan mempunyai bintik-bintik hitam bukanlah telur yang bagus untuk dibeli.Ia menandakan Telur itu juga sudah lama.Makan carilah telur yang mempunyai kulit yang nampak fresh dan gelap.
2.TELUR BERSAIZ NORMAL ADALAH YANG TERBAIK
Saiz telur pun perlu di ambil tahu kerana telur yang berukurusan besar bukanlah penentu telur itu bagus.Yang penting, telur yang bersaiz normal adalah telur yang baik.
3.BENTUK TELUR
Tak semua telur tu bentuknya sama, kalau kita perhatikan, telur ada yang berbentuk bulat dan ada juga berbentuk lonjong.Telur yang berbentuk lonjong biasanya isinya biasa sahaja manakala telur yang berbentuk bulat mempunyai isi yang cukup padat dan kuning telurnya lebih banyak.
4.SENTUHAN PADA KULIT TELUR
Selalu tak kita sentuh kulit telur sebelum membelinya di kedai atau pasaraya? Jika kita sentuh kulit telur dan rasa ada bintik-bintik putih dan teksturnya kasar, maka telur itu masih lagi baru.Berbanding dengan kulit telur yang licin ia menandakan telur itu sudah lama.
5.CIUM BAU TELUR
Nak tau telur itu busuk atau tidak, haruslah mencium dahulu bau telur tu.Kang tak pasal-pasal beli telur busuk.Salah satu cara yang perlu kita buat sebelum membeli telur.
6.GONCANG TELUR PERLAHAN
Cara ini dapat memastikan kita membeli telur yang segar.Ambil dan goncang telur secara perlahan, kalau ia tidak berbunyi, maka telur itu masih lagi baru dan segar.Telur yang baru tidak akan menghasilkan bunyi apabila di goncang
7.RENDAM TELUR DALAM AIR
Dengan cara merendam telur di dalam air, kita boleh mengetahui bahawa telur itu busuk ataupun tidak.Ada beberapa perkara yang perlu kita perhatikan disini tentang telur iaitu
Telur yang tenggelam dalam posisi tidur adalah telur yang masih sefar dan baru berusia beberapa hari.
Telur yang tenggelam dalam posisi tidur, tetapi dihujungnya terangkat sedikit bererti telur itu sudahpun berusia seminggu.
Telur yang tenggelam dengan hujungnya yang tajam dan hujungnya lebar sedikit melekat seperti terapung,telur ini sudahpun memasuki usia 3 minggu
Telur yang dimasukkan ke dalam air, dan terus terapung di atasnya, boleh dikatakan telur ini telah rosak dan busuk.
8.LIHAT TELUR GUNA CAHAYA LAMPU
Daripada cahaya lampu, kita boleh lihat samada telur ini baik atau tidak dengan cara
Gerakkan hujung telur dekat dengan lampu kerana rongga udara di dalam telur berada dalam bahagian ini Bayang-bayang muncul dalam telur yang menunjukkan kuning telur berada di tengah-tengah telur dan tidak mudah untuk bergerak walaupun digerut perlahan-lahan
Tiada kotoran atau bintik pada telur
Rongga udara di dalam telur baru nampaknya sedikit kerana jika rongga telur muncul lebih, tanda adalah usia telur yang cukup lama
9.PECAHKAN TELUR DALAM MANGKUK
Cara ni memang selalu kita buatkan.Cuma pecahkan telur di dalam mangkuk dan lihat samada putih telur masih tebal atau tidak.Yang penting bau telur yang sudah di pecahkan tu dah boleh tau samada telur itu masih boleh digunakan atau tidak.
info dari :https://bacaterus.com/cara-memilih-telur-yang-baik/
Ha…korang ada ke buat 9 cara pilih telur seperti di atas ni.Kalau takde, boleh la cuba buat.
#sharingiscaring
The post CARA BETUL PILIH TELUR appeared first on Kisahsidairy.com.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kisahsidairy.com/cara-betul-pilih-telur/