Cara Bersihkan Siput Sedut Dengan Mudah
Cara Bersihkan Siput Sedut Dengan Mudah - Siput sedut masak lemak cili api memang kegemaran nad. Bukan nad je, suami dan anak-anak pun suka..hahaa. best bila makanan kegemaran orang lain pun suka, takdala pening nak masak apa kan. Siput sedut ni, paling sedap masak lemak cili api, pergh!!, mantap ye. Kita sedut dia, dengan kuah masak lemak tu, surrrr..terbaik.
Sesetengah orang tak suka siput sedut ni, sebab bentuknya yang lembut dan berlendir bila keluar daripada cengkerang. Tapi orang yang suka ni, memang tak fikir dah semua tu, fikir sedap je..hehee. Selama ni, kita beli siput sedut dekat pasar yang dah siap bungkus. Pernah tak korang terfikir, siput sedut ni dekat man, cara orang kutip siput sedut dan cara bersihkannya? Ni nad kongsikan tentang siput seduta
Cara Bersihkan Siput Sedut Dengan Mudah
Selama ni tau makan je siput sedut ni, yela semua dah siap dihidangkan. Hah, ambik tau sikit tentang siput sedut ni, mana tau lepas ni korang kene buat sendiri. Nad masa bujang dulu, tolong mak potong bahan-bahan nak masak je. Masa suruh potong hujung siput sedut malas, nak bersihkan pun malas. Sudahnya, bila dah kawin, baru terkial-kial nak belajar semua. Makan senang, nak sediakan memang renyah. Bila betul-betul teringin nak makan siput sedut je baru la beli dan buat..ehhee
Apa itu Siput Sedut
Siput sedut adalah haiwan jenis siput yang hidup dikawasan hutan bakau (Mangrove ecosystem) di kawasan Asia Tenggara secara semulajadi. Nama scientific siput sedut ialah Cerithidea. Siput sedut laut berwarna coklat, badan bercengkerang, berbentuk 'spiral' yang tajam dibahagian hujungnya dan sering terdapat di kawasan air payau di tepi pantai laut yang banyak tumbuhan bakau dan berlumpur
Ia akan bergerak, merayap , keatas kebawah pokok bakau mengikut pasang surut air laut. Kadang-kadang kelihatan terapong dan tergolek-golek di persisiran pantai laut yg berlumpur. Kalau korang perasan, semasa makan, ada bahagian bulat warna hitam kan melekat, hah itu adalah satu lapisan penutup (bulat) yang mana berfungsi menutup isinya
Siput sedut sungai pula berwarna hitam juga biasa kelihatan mendakap di batang cerucuk kayu bakau di tebing kawasan sungai yg berlumpur
Mengutip siput sedut
Mengutip siput sedut biasanya dijalankan semasa air surut dimana siput tersebut melekat pada pokok bakau dan diatas permukaan tanah lumpur. Pengutipan semasa air pasang dijalankan menggunakan perahu atau kaedah lain dengan mengutip saiz sesuai pada pokok bakau.
Dua Cara Bersihkan Siput Sedut
Selalu kalau kita makan, kadang terasa pasir dengan batu-batu. Hah tu sebab tak dibasuh dengan bersih. Apa-apa makanan sebelum masak, perlu dibasuh dengan bersih. Binatang jenis cengkerang ni la kadang susah nak dibershkan. Jadi nad kongsikan dua cara bersihkan siput sedut dengan mudah
1) Basuh dengan cili kering dan garamCara ni biasa nad buat untuk bersihkan siput sedut. Selalunya nad guna garam, tapi ada terbaca masukkan sekali cili kering. Jadi cubala. Memang bersih.
Langkah pembersihan- Masukkan siput sedut ke dalam besen yang besar. Cuci siput sedut itu dengan air yang bersih. Selepas tu air kotor dibuang. - Kemudian isi semula air bersih ke dalam besen sama paras dengan siput- Masukkan seklai cili kering dan sedikit garam agar siput-siput tersebut memuntahkan lumpur-lumpur yang ada dalam badan mereka
- Tutup besen dengan talam besar dan tindih dengan batu yang berat bagi elakkan siput sedut tadi memnajat dan keluar dari besen. Kalau korang tak tutup, nanti tengok-tengok dah merayap..hehee
- Dalam beberapa jam, buang air kotor tersebut dan bilas dengan air bersih semula
2) Gaul dengan Hampas KelapaNak dijadikan cerita, nad nampak kawan post dia letak kelapa dalam siput sedut tu. Nad pun tanya dia, kenapa letak kelapa tu? Dia cakap kawan dia yang ajar, untuk bersihkan segala kekotoran dan lendir siput sedut tu. Oooo, baru nad tau.
Langkah pembersihan- Masukkan siput sedut ke dalam besen yang besar dan bersihkan dengan air
- Bilas siput sedut sehingga bersih dan buang airnya- Tabur kelapa parut dan gaul sehingga keseluruhan siput sedut
- Biarkan beberapa jam baru boleh basuh dan masak
3) Guna Serai- Dari pembacaan nad, baru tau boleh juga menggunakan beberapa batang serai yang ditumbuk
Caranya ialah dengan menggaulkan batang serai tadi bersama kerang di dalam air. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Hasilnya, kulit kerang akan lebih bersih
Cara penyediaan dalam masakan
Hah, dah bersihkan siput sedut, mestila nak kena tau bagaimana cara penyediaan siput sedut dalam masakan. Bukan dah bersihkan main masuk je dalam lauk yang kita nak buat, kejap lagi sedut pun tak keluar isinya. Ada cara penyediana yang betul siput sedut ni
Selepas dibersihkan, langkah seterusnya perlula poton dihujung bahagian tajam siput sedut tu. Ini bertujuan untuk memberikan ruang udara ketika kita 'menyedut' isi siput di mulut
Cara memotong terbaik adalah dengan mengguna pruning scissors yg tebal. Lain lain alat seperti kacip sireh, parang. Buat dengan penuh berhati-hati agar tidak tercedera tangan. Jangan guna gigi sudah ! Mau hilang semua gigi..hahaa
Bila dah siap potong, barula boleh masak
Siput sedut lazimnya di masak lemak cili api, di goreng bercili atau masakan lain mengikut citarasa peminat. Sedap dihidang bersama nasi panas dan perlu kemahiran untuk menyedut isinya. Lagi besar hujung siput sedut dipotong, lagi mudah nak menyedutnya keluar
Boleh baca pengalaman nad masak siput sedut masak lemak cili api.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2023/08/cara-bersihkan-siput-sedut-dengan-mudah.html