Cara Beli Token Di Pancakeswap


Binance Smart Chain (BSC) antara rantaian yang sangat popular ketika ini. Lambakan projek di luar sana yang berasaskan BSC benar-benar meningkatkan populariti Binance sebagai peneraju projek token yang pelbagai. Sudah semestinya anda perlu tahu bagaimana cara untuk beli token di Pancakeswap.
Apa itu Pancakeswap? Adakah anda musykil dengan Pancakeswap? Pancakeswap adalah Decentralized Exchange (DEX) yang bertindak sebagai automated market maker (AMM) dimana perdagangan pada platform dilakukan secara automatik berdasarkan pada kecairan satu aset dengan aset yang lain yang kemudiannya diimbang selepas transaksi selesai.
Berbeza dengan Binance yang dikenali sebagai Centralized Exchange (CEX), Pancakeswap tidak mempunyai buku pesanan (order books), sistem membida/tanya (bid/ask) dan had/pesanan pasaran (limit/market orders). Jadi ia sentiasa memindahkan kecairan (liquidity) dari satu kumpulan ke kumpulan yang yang lain berdasarkan kepada wajaran aset dan nilai relatifnya.
Turut tergolong dalam kumpulan Decentralized Finance (DeFi), Pancakeswap menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan. Selain daripada pertukaran aset, Pancakeswap juga menyediakan perkhidmatan kolam kecairan aset (liquidity pool), ladang hasil (Yield Farms), kolam sirap (Syrup pools), loteri, NFT dan tawaran ladang permulaan (Initial farm offerings).
Memandangkan artikel ini berkaitan dengan cara untuk membeli token di pancakeswap, maka pemfokusan akan diberikan kepada bahagian pertukaran aset.
Kenapa anda perlu gunakan Pancakeswap? Pancakeswap adalah salah satu platform pertukaran aset popular untuk projek yang berasaskan BSC. Kebanyakan projek Meme token, NFT, permainan Play to earn (P2E) memilih BSC kerana caj transaksi yang murah dan mesra rakyat.
Keuntungan sebanyak 1000% juga sangat tidak mustahil untuk dinikmati di BSC. Kebanyakan pembangun projek juga meletakkan liquidity token mereka di Pancakeswap menjadikan kemahiran untuk menggunakan Pancakeswap adalah satu kemestian. Sebab itu ramai yang berebut-rebut nak belajar menggunakannya.
Cara beli token di Pancakeswap Kaedah pembelian token di Pancakeswap Sebelum saya memulakan tutorial cara untuk beli token di Pancakeswap, anda perlu menghubungkan dompet (wallet) anda terlebih dahulu bagi memudahkan pengurusan aset di Pancakeswap.
Ketika artikel ini ditulis, Pancakeswap menyokong empat jenis dompet iaitu Metamask, Trust Wallet, Token Pocket dan SafePal.
Memandangkan Metamask antara wallet yang cukup popular, maka saya kira elok sekiranya tutorial kali ini saya mengajar membuat pembelian menggunakan Metamask di desktop anda. Jangan risau, saya ada kongsikan pautan lain jika anda ingin menggunakan dompet jenis lain.
Baca tutorial dompet lain: Klik sini
Tanpa membuang masa, mari kita meneruskan sesi pembelajaran dengan proses menghubungkan wallet anda dengan Pancakeswap.
1. Pasang extension Metamask
Metamask antara dompet popular yang sering dihubungkan dengan Pancakeswap Pertama sekali anda perlu memasang Metamask di desktop anda. Metamask adalah dompet versi extension browser yang menyokong pelbagai jenis rangkaian. Dompet ini sangat popular kerana kestabilannya dalam menyediakan perkhidmatan disamping menyokong pelbagai jenis browser seperti Chrome, Brave , Edge dan Firefox.
Muat turun di sini: Klik sini
Muat turun extension mengikut browser pilihan anda Sila pasang extension Metamask di browser pilihan anda. Pemasangan juga tidaklah sesukar mana. Anda hanya perlu muat turun di laman web rasmi dan terus sahaja memasangnya.
Selesai pasang extension ini, seterusnya klik pada ikon Metamask dan klik “Create a Wallet“. Anda akan diminta untuk menyalin “Seed Phrase” yang diberikan ditempat yang selamat bagai langkah berjaga-jaga jika komputer anda perlu diformat atau berlaku kecurian dikemudian hari. Sekurangnya wang anda dalam keadaan selamat.
Klik pada “Create a Wallet” Selepas itu buat tetapan kata laluan yang akan digunakan untuk mengurus dompet anda. Anda akan diberitahu apabila proses membuat akaun selesai dilakukan.
Seterusnya kita ingin membuat tetapan rangkaian (network) pada Metamask kerana secara lalainya (default) rangkaian yang digunakan adalah rangkaian Ethereum. Memandangkan Binance Smart Chain tiada di Metamask, kita perlu tambahkannya secara manual.
Ini antaramuka default Caranya dengan klik pada bahagian Ethereum Mainnet dan pilih “Add Network“. Kemudian masukkan parameter berikut untuk rangkaian Mainnet BSC:
Network Name: Binance Smart Chain
New RPC URL: https://bsc-dataseed.binance.org/
ChainID: 56
Symbol: BNB
Block Explorer URL: https://bscscan.com
Kemudian tekan Ok. Rangkaian tadi telah disimpan dan lihat rangkaian semasa Metamask. Jika masih Ethereum Mainnet, tukarkannya kepada Binance Smart Chain.
2. Connect dengan Pancakeswap Sambungkan Metamask wallet anda dengan Pancakeswap Selesai membuat tetapan Metamask, seterusnya anda pergi semula pada laman web Pancakeswap dan klik pada butang “connect wallet“. Pastikan dompet anda dihubungkan dengan rangkaian Binance Smart Chain.
Laman web Pancakeswap: Klik sini
Kini tibalah masa untuk anda swap token yang diinginkan. Apa yang anda perlu buat adalah dengan klik pada menu Trade >> Exchange >> Swap.
Disini dapat dilihat paparan pertukaran diantara 2 token yang diinginkan. Kebiasaannya mereka yang menggunakan BNB sebagai mata wang utama. Apapun bergantung kepada keselesaan anda untuk swap token utama jenis apa.
3. Dapatkan contract address token anda Jika anda melabur pada token yang berumur kurang 1 bulan, kebiasannya token tersebut sukar untuk dicari menggunakan fungsi “search name”. Jadi apa yang anda perlu buat adalah dengan mendapatkan address token daripada laman web rasmi token atau group telegram rasmi token yang anda inginkan.
Contohnya laman web Etna Network yang menyediakan address token mereka Hal ini penting kerana memasuki address token yang salah boleh menyumbang kepada kehilangan dana akibat swap token yang salah atau terjerumus dalam penipuan (fake address). Jadi pastikan anda berhati-hati untuk memasukkan address token yang betul.
Klik di bahagian dalam gambar dan import token anda Seperti mana yang dipaparkan gambar diatas, dibahagian exchange anda perlu memasukkan token yang diinginkan dibahagian tersebut. Apa yang anda perlu buat adalah sekadar import token tersebut.
Setiap token yang diimport adalah risiko sendiri Dah masukkkan address yang betul? Seterusnya check setiap perincian yang tertera di paparan pancakeswap. Anda juga akan mendapat amaran seperti diatas. Jika anda yakin addressnya betul, klik sahaja import.
4. Kenalpasti slippage yang dikenakan Buat tetapan slippage berdasarkan kehendak token anda Menerusi tutorial ini, saya mengimport token Elen dan anda dapat lihat seperti mana gambar diatas. Isu seterusnya pula adalah membuat tetapan slippage. Persoalannya, apa itu slippage?
Slippage merujuk kepada perbezaan harga token yang ditawarkan untuk anda beli dengan harga sebenar token yang anda dapat.
Sebagai contohnya anda ditawarkan untuk membeli satu token A dengan harga RM1  seunit dan anda berniat untuk membeli RM100. Namun disebabkan slippage 2%, anda akan dapat token dengan jumlah 98 unit yang bernilai RM98 sahaja.
Ada beberapa faktor mengapa slippage dikenakan. Antaranya ialah cukai (tax) yang dikenakan oleh pembangun token itu sendiri (developer) bagi mengelakkan aktiviti pump and dump. Selain daripada itu, ini adalah trick mereka untuk menambah liquidity.
Contohnya Everlens yang mengenakan cukai 5% untuk sesiapa yang membeli token Elen untuk dimasukkan didalam liquidity pool dan 7% untuk mereka yang ingin menjual token mereka. Disebabkan itu anda perlu sentiasa berinteraksi dengan pasukan pembangun tentang berapa jumlah cukai yang mereka kenakan.
Selain daripada itu, perubahan turun dan naik harga token yang mendadak juga menyumbang kepada peningkatan kadar slippage bagi membeli sesebuah token. Jadi jangan pelik bila pembangun (developer) kata cukai 5%, tapi bila nak beli kena slippage 6%.
5. Swap token anda Seterusnya tekan sahaja butang “swap” dan sahkan transaksi anda. Tunggu sehingga transaksi tamat. Jika transaksi anda berjaya, maka anda akan dapat lihat di bahagian popup Pancakeswap. Kini anda sudah miliki token yang diinginkan.
Jika anda tidak nampak token yang telah diswap anda di dompet Metamask, sila klik “import token” di Metamask dan masukkan contract anda diruangan “Token contract address”. Nanti jumlah token anda akan dipaparkan secara automatik.
Video tutorial menggunakan Pancakeswap Bagi memudahkan pemahaman anda, saya ada kempilkan sekali video tutorial untuk memudahkan anda memahami bagaimana cara untuk swap token di Pancakeswap.

Kesimpulan Diharapkan tutorial ini membantu anda untuk lebih memahami tentang bagaimana Pancakeswap berfungsi dan bagaimana anda boleh mendapatkan projek token kegemaran anda yang berteraskan Binance Smart Chain. Nanti boleh la mencari gem baru.
Baca juga: 11 tip trade kripto untuk golongan pemula
Baca juga: 5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula
Sebenarnya bagus jika anda memahami bagaimana cara beli token di Pancakeswap. Menerusi pengalaman anda ini sedikit sebanyak akan membantu anda untuk berdagang di Uniswap, Sushiswap, Quickswap atau Raydium. Walaupun berbeza rangkaian, tapi kaedahnya tetap sama.
Jika ada sebarang sebarang soalan yang anda ingin tanya, jangan lupa ajukan persoalan diruangan komen. Insyaallah jika ada kesempatan saya akan membalasnya.
The post Cara beli token di Pancakeswap appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/cara-beli-token-di-pancakeswap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elak Baju Tertukar Guna Cara Ni Tak Tanggal Beli Satu Semua Anak Boleh Guna

Elak Baju Tertukar Guna Cara Ni Tak Tanggal Beli Satu Semua Anak Boleh Guna

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 227 hits
Kebiasaannya ibu ibu yang ada anak nak masuk taska hantar rumah pengasuh atau tadika akan kelam kabut sikit untuk menulis nama pada baju seluar tuala atau apa saja yang berkaitan Maklumlah bila dah ramai ramai kemungkinan untuk tertukar tu ...
Banyak Mainan Mama Beli Yang Satu Tu Juga Anak Berebut Ini Cara Atasinya

Banyak Mainan Mama Beli Yang Satu Tu Juga Anak Berebut Ini Cara Atasinya

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 200 hits
Pernah tak ibu ayah alami situasi anak berebut mainan Kadang mainan banyak pun yang satu tu juga anak nak Sampaikan ibu ayah naik pening nak melayan kerenah anak anak Kalau setakat berebut sekejap tak ada masalah tetapi jika sampai menangis...
Cara Merawat Penyakit Sopak Garam

Cara Merawat Penyakit Sopak Garam

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 227 hits
Sejenis penyakit yang sering menyerang kita Dalam waktu yang singkat timbul tompok kemerahan di atas kulit dan rasa gatal menyucuk nyucuk Semakin digaru semakin besar tompokan tersebut Sebenarnya sopak garam adalah penyakit dari gangguan ji...
Cara Membuat Sabun Mandi Alami Dan Wangi Lengkap Dengan Alat Dan Bahan

Cara Membuat Sabun Mandi Alami Dan Wangi Lengkap Dengan Alat Dan Bahan

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 364 hits
Sebenarnya pembuatan sabun home made begini cukup mudah lo Kamu juga bisa kreasikan dengan berbagai bahan atau wewangian kesukaanmu
Cara Mengatasi Gambar Blur Buram Di Homepage Blogger Terbaru

Cara Mengatasi Gambar Blur Buram Di Homepage Blogger Terbaru

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 330 hits
Gambar thumbnail di halaman depan CB tiba tiba blur atau buram Berikut ini Mengatasi Gambar Blur Buram di Homepage Blogger terbaru Sejak versi baru Blogger telah tiba mengubah ukuran thumbnail di Blogger Banyak blogger terganggu oleh masala...
Cara Hilangkan Ketuat

Cara Hilangkan Ketuat

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 369 hits
Mesti ramai malu kan nak tanya orang pasal ketuat ni kan Nak pergi klinik pun mesti malu Ketuat memang sesuatu yang menggelikan dan rasa macam eh kotor nya sampai naik ketuat ketuat ni boleh naik dimana saja dia nak okay Aku ada jumpa orang...
Cara Memasang Maintenance Page Di Blog

Cara Memasang Maintenance Page Di Blog

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 371 hits
Memasang Maintenance Page di Blog merupakan salah satu cara memberitahukan kepada para pengunjung bahwa blog kita sedang mengalami perbaikan atau pembaruan untuk meningkatkan user experience yang lebih baik lagi Biasanya beberapa orang tida...
Cara Meningkatkan Selera Makan Anak Yang Susah Makan

Cara Meningkatkan Selera Makan Anak Yang Susah Makan

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 334 hits
Assalammualaikum Eyza pernah susah hati sebab Anggun ni susah nak makan Allah sebelum ni nak bagi makan macam nak pergi berperang Kena lari untuk kejar dia makan Dapat bagi makan sesuap dua pun Eyza dah bersyukur sangat Eyza ni dah la tak a...
Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Umno Tidak Mampu Bertahan Sendiri Zahid Hamidi Bertaruh Nasib Dengan Pakatan Harapa

Meriah Sambutan Program Csr Bersama The Good Samaritan Home Anjuran Hotel Concorde Shah Alam

Health Fair Farmasi Al Qanaah Taman Air Biru

Tips Trik Menarik Untuk Pengguna Iphone

Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam