Cara Beli Tiket Wayang Online Gsc
Ini kali pertama aku beli online tiket tau guna Apps GSC. Lepas register , pengguna akan dapat email. Korang klik je email tu. Lepas tu boleh log in terus ke apps GSC di telefon korang. Okay jap, sebelum ini aku pun blur bab cara beli tiket wayang online gsc, jadi semalam aku redah je! Lokasi favourite aku adalah di IOI Mall City, Putrajaya. Sini senang parking, lokasi pun not bad la. aku suka, lepas tengok wayang boleh la nakbeli barang dan lain-lain hal korang boleh buat kat sini. Cara beli tiket wayang online gsc : Langkah-langkah nya – Pertama : Mestilah kena install apps. Korang kena register dulu pada apps di telefon korang. Lepas dah register, korang akan dapat link untuk comfirmation. Klik je link biru dalam email korang tu. Then, log in macam biasa. Paparan selepas log ini dalam apps adalah seperti gambar kat bawah ini. Kedua – Terus korang pergi pada FasTicket. Kat sini korang isi semua yang diperlukan. Lepas dah isi info yang diperlukan, korang belilah pop corn ke.. atau apa2 sahaja makanan / jajan untuk kunyah-kunyah. 🙂 Selepas tu pilih juga cara bayaran bagi tiket korang. Ada 8 kaedah bayaran , samada korang nak pilih Credit Card, E-voucher, HongLeong, m2u mobile, PayPal RHB Now, AMEX atau advertiser pass. Next — Next- akan keluar, profile setting. Korang isi maklumat yang diperlukan kat situ. Yang ini aku tak screenshot. 🙂 Lepas tu korang pilih seating – (dalam gambar ini, aku screenshoot untuk masuk blog, jadi korang boleh nampak yang memang ramai kot dah beli tiket. Tempat yang korang pilih akan bertanda bintang. Selesai dah pilih, boleh teruskan pembayaran. Dan korang akan dapat paparan seperti kat bawah. Bila korang nak masuk, apa kena buat? Ini pun aku baru belajar. Maaf yer kaalu aku sikit ketinggalan. Haahah belajar daripada kesilapan beli tiket masa tengok Lion King juga, stress sangat duduk depan sekali. Kat depan pintu GSC, ada 2 lorong, korang pilih lorong untuk apps. Stand by henset untuk scan QR Code korang. Senang kan, settle. Opss, makanan korang jangan lupa untuk redeem di kaunter tau. Bagi je nombor rujukan korang tu. Tadaaa..siap.. selamat menonton wayang. Un dah tonton SANKAR – baca review kat sini – REVIEW SANKAR Okay, so lepas ni kita boleh booking tiket awal-awal untuk menonton wayang. Serik dah duduk bawah sekali, hilang feel nak tengok wayang tau.. hahaha . Thanks baca, harap tak banyak , sikit pun jadilah aku dapat bantu korang melalui maklumat kat sini. Thanks baca. Bye – baca juga apa yang Do and donts di GSC.
The post Cara beli tiket wayang online : GSC appeared first on Ummi Nani.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://umminani.com/2019/09/cara-beli-tiket-wayang-online/