Cara Beli Tiket Superpark Malaysia Secara Online
Cara beli Tiket Superpark Malaysia Secara Online | Assalamualaikum, aku nak kongsikan cara beli tiket Superpark Malaysia secara online. Kenapa beli secara online adalah untuk jimatkan masa korang untuk beratur sebab kena isi maklumat Waiver yang agak melecehkan.
Nanti bila dah sampai ke Superpark cuma tunjukan email bukti pembelian dekat kaunter jualan. Superpark Malaysia memang sentiasa penuh dengan pengunjung jadi beli awal untuk elak kesesakan. Tapi jangan lah risau, walau penuh dengan manusia tapi masih enjoy untuk bermain dekat dalam tu.
Pengalaman pertama kali aku ke SuperPark Malaysia Sempena Cabaran Superpark Super Race
Cara beli Tiket Superpark Malaysia Online
Pergi ke laman web SuperparkMalaysia dan klik BOOK NOW Select date yang korang nak pergi. Boleh beli tiket banyak-banyak sekaligus tapi kalau korang ada voucher diskaun kena beli tiket satu persatu.
Pilih Regular Ticket atau Super Day Ticket.
Regular ticket – Isnin sehingga Jumaat, kecuali Cuti Umum dan Cuti Sekolah.
Super Day ticket – Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah.
Lepas pilih jenis tiket boleh pilih sesi bermain. Ada empat sesi yang ditawarkan. Harga tiket setiap sesi berbeza bergantung kepada hari yang dipilih. Semestinya Super Day Ticket lebih mahal.
One-day ticket - All day access to the park from 9am to 9pm
Morning mayhem - access to the park from 9am to 1pm
Middle session - access to the park from 1.30pm to 5.30pm
After 6 pm - access to the park from 6pm to 9pm
Kali kedua aku pergi bersama keluarga - SuperPark Malaysia Best ke?
Berbaloi kalau habiskan satu hari dekat sana. Boleh keluar masuk park dan jangan hilangkan tiket yang dipakai di pergelangan tangan tu je.
Dah siap pilih kuantiti, klik “I have read and agree” dan boleh klik checkout.
Ha dekat sini la korang akan habiskan banyak masa untuk isi maklumat waiver kalau beli tiket di kaunter. Waiver harus berumur 18 tahun ke atas, dan sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tak di ingini waiver akan dihubungi. Gitu.
Maka nanti pilih untuk simpan maklumat waiver dalam website Superpark Malaysia supaya untuk next visit korang tak perlu isi maklumat yang sama.
Bila dah save maklumat sebelum ni, untuk next purchase website dah boleh pull maklumat korang yang pernah isi sebelum ni. jimat masa.
Masukan discount code jika ada. Kalau tak boleh teruskan buat pembayaran.
Pilihan pembayaran disediakan setakat ini hanyalah Credit Card sahaja. Hopefully Superpark Malaysia boleh tambahkan lagi cara pembayaran lain di masa hadapan.
Lepas selesai buat pembayaran, korang akan terima email notification dan hanya tunjuk email tu atau beri no kad pengenalan Waiver semasa mendaftar masuk.
Setakat tu sahaja perkongsian aku tentang cara beli Tiket Superpark Malaysia Secara Online. Atleast korang dah boleh bayangkan apa perlu dibuat seterusnya. Harap membantu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2019/07/cara-beli-tiket-superpark-malaysia.html