Cara Bayar Zakat Fitrah Sabah Secara Online
AssalamualaikumBismillah
KADAR ZAKAT FITRAH NEGERI SABAH BAGI TAHUN 1441 HIJRIAH BERSAMAAN TAHUN 2020 MASIHI
Kadar zakat fitrah pada tahun ini berbeza dengan kadar zakat fitrah seperti tahun-tahun yang lalu. Berdasarkan kepada situasi semasa ekoran penularan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memberi kesan ke atas pendapatan umat Islam
Majlis Ugama Islam (MUIS) melalui Mesyuarat Kaedah Pelaksanaan Pembayaran Zakat Fitrah yang dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Bin Haji Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah pada 13 April 2020 telah menetapkan dua (2) kadar zakat fitrah pada tahun ini iaitu :RM6.00 ( Beras Putih Myanmar 15% Hancur ) bagi golongan yang terkesan dan RM7.50 ( Beras Putih Vietnam 5% Hancur ) bagi golongan yang kurang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan dan Wabak Covid-19.Ini bertujuan bagi meringankan beban umat Islam untuk menunaikan kewajipan tersebut
Muzakarah telah mengambil ketetapan bahawa :
a. Kaedah pembayaran zakat fitrah boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian di negeri masing-masing dengan mengambilkira peraturan Perintah Kawalan Pergerakan semasa
b. Kadar zakat fitrah mengikut ketetapan yang diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri. Walau bagaimanapun, jumlah bayaran yang perlu dibuat adalah bergantung kepada kemampuan pembayar dan ketua keluarga.
Pembayaran zakat fitrah boleh dilakukan melalui :
wakil-wakil amil yang bertauliah atau membayar secara dalam talian melalui saluran Perbankan Internet (online banking) Gerbang Pembayaran Atas Talian (online payment gateway) seperti Snap N Pay, MYeG dan Boost kepada Majlis Ugama Islam Sabah.
Cara Bayar Zakat Fitrah Sabah Secara Online
Langkah 1
DAFTAR https://www.myeg.com.my/register (bagi pengguna baru)
Kalau dah daftar boleh LOGIN di https://www.myeg.com.my/login
Masukkan USERNAME dan PASSWORD dan tekan LOGIN
Langkah 2
Setelah itu pilih ZAKAT ON INDIVIDUAL (seperti dalam gambar)
Langkah 3
Pilih PUSAT ZAKAT SABAH (Majlis Ugama Islam Sabah)
Langkah 4
Sila pilih "BAYAR ZAKAT" untuk bayar zakat fitrah. Untuk pembayaran zakat selain zakat fitrah boleh pilih "TAKSIR ZAKAT".
Langkah 5
Masukkan butiran tersebut :
Tahun : 2020Jenis beras : Beras kategori 1 atau 2 (aku pilih no 2)Nisab : RM 6.00 atau RM 7.50Bilangan orang : 1 sekiranya untuk diri sendiri (lebih dari 1 sekiranya ada tanggungan)
Klik "Kira Zakat".
Dan tekan "Seterusnya" untuk langkah seterusnya.
Langkah 6
Teruskan untuk PENGESAHAN. Sekiranya maklumat tidak lengkap atau salah sila lengkapkan maklumat dahulu
Langkah 7
Pilih "SETERUSNYA"
Langkah 8
Baca LAFAZ AKAD ZAKAT FITRAH samada untuk diri sendiri, dari sendiri dan tanggungan ataupun bagi pihak/wakil.
Klik "OK" untuk teruskan.
Langkah 9
Pilih samada korang nak buat pembayaran melalui KREDIT KAD ataupun ONLINE BANKING. Aku pilih "online banking".
Langkah 10
Tanda petak kecil segi empat sebagai SETUJU dengan terma dan syarat.
Klik "FPX Internet Banking" untuk teruskan pembayaran
Langkah 11
Pilih SENARAI BANK (aku bayar menggunakan CIMB BANK)
Masukkan EMAIL untuk menerima RESIT SEMENTARA
Klik SUBMIT
Langkah 12
Seterusnya ia akan direct ke website Cimb Clicks. Pastikan amaun yang dibayar adalah betul.
Request TAC dan masukkan kod tac. Klik submit.
Alhamdulillah pembayaran telah berjaya.
Korang boleh print ataupun simpan RESIT SEMENTARA untuk bukti pembayaran.
Bukan itu sahaja, korang juga akan menerima EMAIL BUKTI PEMBAYARAN telah dilakukan.
Untuk maklumat lanjut tentang kaedah bayaran zakat boleh terus ke laman web Bahagian Zakat & Fitrah (MUIS)
Baca Sini : Cara Memohon Bantuan Zakat Sabah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.siinurul.com/2020/05/cara-bayar-zakat-fitrah-sabah-secara.html