Cara Atasi Stress Cuba Buat Lima Perkara Ini


Cara Atasi Stress - Cuba Buat Lima Perkara Ini | Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni aku terbaca lagi status seorang ibu di timeline Facebook. Pernah baca tak lama dulu dan tak pasti status dari orang yang sama atau tidak. Tapi yang menarik untuk aku baca adalah berkenaan pertanyaan status dia tu. Soalan dia lebih kurang begini, “sebagai seorang isteri dan ibu apa yang akan anda buat untuk overcome rasa penat, stres, kusut dan sebagainya. Jangan komen solat atau pun zikir sebab itu memang kena buat”. 
Cara Atasi Stress
Bagaimana Nak Overcome Rasa Stress?
Soalan ni juga pernah aku post dekat timeline Facebook sendiri, dan ada je yang masih komen suruh solat banyakkan zikir. Sebenarnya bagus nasihat tu tapi bila orang comment macam tu seolah-olah kita tak pernah langsung berzikir atau pun solat. Berbalik pada soalan ibu tadi, sesungguhnya menjadi seorang ibu dan isteri memang bukan mudah. Apa yang puan ni rasa, sebiji macam apa aku alami dari hari ke hari. Ada naik turunnya. Kadang stress tu kita boleh kawal tapi kadang-kadang terbabas juga. 
Pengalaman Diri Sendiri Alami Stress
Waktu sebelum menjadi suri rumah tangga sepenuh dulu; stress, penat dan kusut memang dah terasa. Tapi, stress di rumah dapat di lupakan sekejap bila ke pejabat. Masa tu otak dan fokus tertumpu pada kerja sahaja. Pendek kata, bila melangkah keluar rumah mencari rezeki, hal anak-anak, segala kepenatan dan kekusutan aku tinggalkan sekali dekat rumah. Bila balik rumah baru sambung hadap semula karenah dekat rumah. Rasanya waktu tu beruntung sebab tanggungjawab menjaga anak-anak kita kongsi bersama pengasuh. Jadi penat tu juga dapat dikurangkan. Baru sedar besar jasa pengasuh anak-anak kita kan?


Stress Selepas Menjadi Ibu Sepenuh Masa
Bila dah jadi suri rumah sepenuh masa baru tekanan tu betul-betul terasa. Bayangkan 24 jam kita duduk dirumah dan menghadap karenah anak-anak. Sebab itu ada ibu yang tak biasa dan tak tahan duduk di rumah sahaja. Aku berkongsi ni bukanlah menganggap menjaga anak-anak itu suatu beban, benci tu jauh sekali la. 
Tahun kedua Aku berhenti kerja dan setiap hari berdoa agar diberi kewarasan akal fikiran. Janganlah disebabkan mengikut nafsu nak bersenang lenang anak-anak menjadi mangsa. Setiap orang level stress tu berbeza. Jadi janganlah dipertikai kalau kawan kita mengadu dia stress sebaliknya cuba dengar masalah dia. 
Cara Untuk Overcome Rasa Stress Seorang Suri Rumah
Banyak kawan-kawan yang prihatin memberikan pendapat dan cadangan yang boleh dilakukakan untuk overcome rasa stress, rasa penat, serabut dan pendek kata segala rasa negatif dalam diri. Terpulang juga pada kita, bagaimana kita terima dan cuba untuk diri sendiri. Bagi Aku tak semua cara akan berkesan untuk diri sendiri. Kena try and fix. Ada cadangan supaya memasak supaya stress tu hilang, tapi apa jadi untuk orang yang tak biasa memasak dan bila dia masak, hasilnya tak sedap. Tak ke bertambah stress? 
Apa jua pendekatan yang kita ambil untuk overcome perasaan tak best tu kita wajib fahami diri sendiri. Cari punca stress, kena tahu apa yang boleh buat diri gembira dan paling penting kena yakin ada penyelesaian dalam setiap masalah. Bukan mudah tapi itu lah pilihan kita. Banyak cara juga Aku pernah cuba. Istigfar, zikir dan solat memang akan buat. Ini tambahan sahaja. 
pic: the spruce eat
1. Memasak | Baking
Diri akan automatik rajin nak baking bila tertekan dan cuba nak alih perhatian dari tekanan. Buat masa sekarang bila memasak atau baking diri secara tak sengaja akan rasa gembira dan aura-aura negatif tu hilang perlahan-lahan. Aku perasan kalau anak crancky atau tak sihat perangai rajin nak baking memuncak. Tu tanda stress meningkat la tuh.

Puding CaramelKek Pandan Gula MelakaKek Coklat Kukus
2. Basuh tandas
Selalu akan kurung diri dalam tandas dan cuci tandas sampai bersih. Curah sabun dan tonyoh dinding seolah-olah kita tonyoh apa yang kita geramkan. Lepas keluar dari tandas tu perasaan lega tu memang tak dapat diterangkan. Lega. Selalu cuci tandas lepas berdebat manja dengan suami. Agak-agak kalah sesi berdebat dengan suami mula la tak puas hati tandas la jadi sasaran. 
3. Lilin aromaterapi
Aku akan bakar lilin aroma terapi sambil siapkan kerja rumah. paling kerap bila berada di dapur semasa mencuci pinggan mangkuk. Aroma lilin yang dibakar tu bagi aku merawat dalam diam. Macam dia bagi ketenangan yang susah nak diterangkan. Kena cuba dan kena tenang. Baru dapat enjoy keberkesanan aroma terapi tu. 
Aku pernah cerita tentang Kebaikan Essential Oil dekat sini
4. Dengar Zikir Tenang jiwa Di Youtube
Ini antara benda aku selalu buat bila aku perasan diri macam tak teratur. Zikir yang selalu aku dengar ialah: 

5. Pasang Ceramah Ugama Di Youtube
Carilah ustaz yang kelakar dan dengarlah ceramah yang berkaitan dengan apa kita stres kan itu. Kebiasaan yang tertekan ni dia ada banyak persoalan dalam fikiran dia. Kenapa jadi macam ni? kenapa suami tak faham, kenapa anak tak dengar cakap. Sekurang-kurangnya kita dapat cari jawapan melalui saluran yang betul. Semestinya ustaz pilihan yang selalu Aku dengar ialah Ustaz Azhar Idrus dan juga Ustaz Samsul Debat sebab both of them kelakar dan penyampaian kena dengan jiwa. 




Itu sahaja perkongsian aku untuk kali ni. Banyak lagi cara nak overcome rasa stress, rasa penat ni. Keluar cari makan, pergi shopping, baca buku, jumpa kawan-kawan dan banyak lagi la. Tapi tu semua nak kena bersiap dan keluar rumah. Itu pun boleh murung kalau suruh bersiap. Hahahaha. Apa pun ibu-ibu alami jangan lah putus asa dan salahkan diri sendiri.

Lagi satu, jangan malu minta bantuan. Stress yang tidak terkawal boleh merosakan diri dan juga orang sekeliling. Normal untuk kita merasa stress, rasa penat dan kusut sebab kita juga manusia biasa. Selalu kena ingatkan diri yang kita ni golongan yang hebat sebab itu Allah pilih kita lalui semua ni. wallahualam




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2019/05/cara-atasi-stress-cuba-buat-lima-perkara-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Cara Atasi Internet Lemot Di Smartphone

3 Cara Atasi Internet Lemot Di Smartphone

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 239 hits
Penyebab spesifik smartphone lemot dan cara mengatasinya
5 Cara Atasi Senggugut Ketika Datang Bulan

5 Cara Atasi Senggugut Ketika Datang Bulan

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 656 hits
Bila period atau datang bulan memang kita orang perempuan selalunya akan rasa tak selesa Bukan itu je adakalanya ia juga menyakitkan SENGGUGUT Keadaan ini terjadi kerana berlaku kontraksi otot uterin dan seterusnya menyebabkan rasa senak da...
Lima Cedera Kereta Terbabas Semasa Cuba Lari Diri Dari Polis

Lima Cedera Kereta Terbabas Semasa Cuba Lari Diri Dari Polis

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 305 hits
KUANTAN Keseronokan lima remaja menyaksikan lumba haram berakhir dengan tragedi selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh pagar sebuah rumah di Rantau Perintis Bandar Jengka di Maran dekat sini tengah malam tadi semasa mereka...
10 Cara Untuk Berjimat Sepanjang Bulan Ramadan Ini

10 Cara Untuk Berjimat Sepanjang Bulan Ramadan Ini

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 478 hits
Adakah anda antara mereka yang lazimnya berbelanja lebih di bulan Ramadan Ramadan dinantikan seluruh umat Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di serata dunia Ketika berpuasa kita mengawal diri daripada nafsu namun perbelanjaan pada bulan ...
Cara Memohon Tuntutan Pembelian Ubat Bagi Pesara Perkhidmatan Awam

Cara Memohon Tuntutan Pembelian Ubat Bagi Pesara Perkhidmatan Awam

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 2051 hits
Masih ramai yang belum tahu akan kewujudan kemudahan claim pembelian ubat bagi pesara awam Memang ada sesetengah ubat special seperti Dabigataran yang selalu digunakan sebagai gantian Warfarin adalah tidak dibekalkan oleh mana mana klinik m...
5 Idea Simple Cara Dapatkan Duit Poket Untuk Lepasan Ipt

5 Idea Simple Cara Dapatkan Duit Poket Untuk Lepasan Ipt

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 380 hits
Saya fikir masih ramai lagi graduan dan lepasan IPT yang belum dapat kerja Ramai yang dok termenung di rumah menunggu tawaran kerja dan panggilan temuduga Hmm dari termenung tak buat apa apa apakata ikuti 3 idea simple ni untuk jana pendapa...
Cara Buat Roti John Sedap Mudah Secara Homemade

Cara Buat Roti John Sedap Mudah Secara Homemade

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 736 hits
Mudah rupanya nak buat Roti John homemade ni Ia adalah antara sajian berbuka popular di kalangan rakyat Malaysia Bila bulan puasa ia ibarat menu wajib ada di meja hidangan Jika anda penggemarnya cubalah buat sendiri Pasti puas hati Resipi p...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah