Cantiknya Hayla Impian Nak Ada Gigi Tercapai Wawa Zainal Akui Lambat Jumpa Dentist Punca Gigi Rosak
Masalah gigi rosak sering terjadi dalam kalangan kanak-kanak. Punca gigi rosak adalah disebabkan cara memberus gigi yang salah, makanan manis, tidak mengosok gigi, tidak membawa anak ke klinik gigi seawal mungkin dan banyak lagi faktor lain yang berkait.
Sama seperti selebriti terkenal, Wawa Zainal; dia mengakui akibat terlambat membawa anak ke klinik gigi punca masalah gigi berlaku pada anak-anaknya. Hal ini dikongsi olehnya di laman Instagram selepas anaknya Hayla Maghrifatul Adziyaa, 6 tahun mendapatkan rawatan pergigian.
Malah isteri kepada pelakon Aeril Zafril turut berkongsi video ketika anaknya melalui proses rawatan pergigian.
Tambahnya lagi, Hayla mengimpikan untuk kelihatan cantik dengan gigi baru.
“Finally impian hayla menjadi kenyataan
cun tak @haylaadzkiya ada gigi?
”
“Tqsm Dr. Nazatul @dentalvaletbangi. Macam Attar, Wawa tak pasang gigi memandangkan dia pun dah 8yo. So biar je tumbuh sendiri. Just buang gigi yang dah rosak je.
For Hayla, Wawa buat crown & gigi pelesu macam orang tua ni ha apa entah nama dia
”
“Dan both kena ambil GA ( ditidurkan ) masa operate buang gigi. Dan alhamdulillah after dorang bangun tak ada rasa sakit pun.”
Wawa turut menasihati agar ibu bapa yang lain jangan sedih dan berputus asa jika anak-anak mempunyai gigi yang rosak dan segera dapatkan rawatan dengan pakar pergigian.
“Korang yang ada anak gigi rosak jangan down tau. Wawa pun habis kena tuduh tak pandai jaga gigi anak. Padahal gosok je 2X sehari
”
Dia turut mengakui, punca gigi anak rosak akibat terlambat berjumpa dengan pakar pergigian.
“Cuma silapnya lambat jumpa dentist je hehe”
Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu, Ahmad Fakhruddin Attar (8 Tahun), Hayla Maghifiratul Adzkiyaa (6 Tahun) dan Aya Soffya (2 Tahun).
Kredit: Wawa Zainal
Artikel Berkaitan:Wajib Berus Gigi Anak Walaupun Gusi Berdarah Atau Bengkak. Itu Tanda Ada Plak Pada Gigi
Bagi Anak Air Kosong, Bukan Sirap Atau Teh. Air Manis Punca 76.5% Karies Gigi Anak 5 Tahun
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Cantiknya Hayla, Impian Nak Ada Gigi Tercapai! Wawa Zainal Akui Lambat Jumpa ‘Dentist’ Punca Gigi Rosak appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/cantiknya-hayla-impian-nak-ada-gigi-tercapai-wawa-zainal-akui-lambat-jumpa-dentist-punca-gigi-rosak/