Cantik Dengan Pisang
Assalammualaikum, hai semua.
Korang suka makan pisang tak? Memang bagus makan pisang sebab pisang kaya dengan pelbagai vitamin seperti B, C dan B6 termasuklah magnesium, zat besi dan kalsium. Apa yang paling best, pisang jugak bagus dan banyak kebaikan terutama untuk kecantikan contohnya dalam proses rawat wajah secara semulajadi. Kalau korang nak diet pun elok masukkan pisang dalam menu korang sebab ia dikatakan boleh bantu turunkan berat badan.
So, macam mana nak gunakan pisang untuk cantik eh? Buat sendiri kat rumah. Mudah sangat tau. Rajin dengan tak je
Cantik dengan pisang? Kredit Google.
Untuk kulit berminyak, pisang dikatakan mampu membersihkan kekotoran yang boleh singkirkan sebum berlebihana pada permukaan kulit. Kandungan kalsium, vitamin E dan C berfungsi memberi kelembapan pada kulit supaya lebih berseri-seri.
Kalau korang jenis kulit berminyak, gunakan masker pisang dengan jus lemon dan madu. Caranya, lumatkan pisang masak dan campur dengan satu sudu madu serta setengah sudu teh jus lemon. Kemudian bersihkan dengan kain basah atau air sejuk.
Pisang juga dikatakan mampu menanggalkan sel mati pada permukaan kulit secara pelan pelan. Caranya campurkan pisang dengsn minyak kelapa dan oat. Oat ni kan tekstur dia kasar yang boleh tanggalkan sel kulit mati berlebihan pada permukaan kulit. Pastu, kandungan isi pisang ada 75% air yang mampu atasi dehidrasi sekaligus menyihatkan kulit
Lagi, pisang jugak boleh bantu kurangkan mata bengkak sebab adanya kandungan kalsium kat dalam dia. Bahagian dalam kulit pisang mampu sejuk dan kurangkan kemerahan serta bengkak mata. Caranya. letak kulit pisang atas kelopak mata and rehat selama 10-15 minit. pastu cuci dengan air sejuk
Licinkan kulit tumit kaki kasar dengan lulur pisang khas untuk lembutkan dan licinkan bahagian tu. Lepas korang rendam kaki dalam air limau suam, urut kaki guna 2 atau 3 yang dilecek kat kaki korang. Then, bilas dengan air suam.
Pisang jugak boleh bangun rawat jerawat dengan menyapu pupur pisang pada muka. Caranya, blend pisang sampai halus pastu lumurkan pada muka. Biar jap beberapa minit sebelum dicuci. Katanya, cara ni memang berkesan tapi kena ingat rawatan harus dilakukan selama beberapa hari sampai jerawat kering.
Kandungan vitamin dan mineral dalam pisang dikatakan mampu menguatkan akar rambut di samping melembapkan kulit kelapa sekaligus melembutkan rambut kasar. Zat bernama emolien baik untuk kesihatan rambut termasuklah menguatkan akar rambut
Bukan isi jer banyak manfaat, kulit pisang pun sama. Wahh best betul.
Cantik dengan pisang? Kredit Google.
Antara manfaat kulit pisang adalah putihkan gigi, redakan lebam dan cerahkan kulit.
Untuk putihkan gigi, just gosokkan kulit lisdng selama seminit pada gigi setiap hari. Buat paling kurang seminggu dan lihatlah hasilnya.
Untuk kurangkan kesan lebam pulak, gosok kulit pisang pada bahagian yang lebam, atau korang tampal je kulit pisang tu pada bahagian tersebut semalaman atau nak sapu pisang lenyek pun boleh. Untuk cerahkan kulit muka, gosok muka dengan kulit pisang. Kalau yang ni cikla memang ada dengar orang kata. Muka pun lebih berseri katanya. Tapi kena lah konsisten buat at least sebulan kalau nak dapat kesan yang owsem.
Selamat mencuba
Kredit info Metro
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2022/05/cantik-dengan-pisang.html