Sekatan As Tidak Jejas Industri Sarung Tangan Negara


Oleh Aishah Mohmad Afandi
KUALA LUMPUR, 19 JULAI: Semasa pandemik Covid-19 kali pertama membawa gelombang kejutan kepada pasaran ekuiti global, industri sarung tangan merupakan antara yang menongkah arus dan melonjak dengan begitu tinggi berikutan permintaan mendadak terhadap sarung tangan pakai buang dalam sektor perubatan dan bukan perubatan.
Sejajar dengan itu, Malaysia yang merupakan pembekal sarung tangan terbesar dunia menyaksikan beberapa sahamnya yang berkaitan dengan industri tersebut terutamanya Top Glove Corporation Bhd mencanak naik lebih daripada 400 peratus setakat ini bagi tahun ini, selain membuka lebih banyak peluang pekerjaan semasa pandemik itu.
Bagaimanapun, pada Khamis, pengeluar sarung tangan itu menerima tamparan hebat susulan arahan sekatan oleh Jabatan Kastam Dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) ke atas sarung tangan pakai buangnya yang dikeluarkan oleh dua anak syarikat pengeluar sarung tangan getahnya, iaitu Top Glove Sdn Bhd dan TG Medical Sdn Bhd.
Tindakan oleh AS itu telah menyebabkan saham syarikat tersebut jatuh menjunam 10 peratus pada Khamis kepada RM19.70, yang kemudiannya telah digantung.
Bukan hanya saham Top Glove sahaja yang jatuh, pesaing utamanya seperti Hartalega Holdings Bhd, Supermax Corporation Bhd dan juga Kossan Rubber Industries Bhd turut menerima tempias yang menyaksikan sejumlah RM10 bilion mengalir keluar dari bursa tempatan dalam masa sehari.
Menurut Top Glove, sekatan itu berkemungkinan berkaitan dengan isu buruh asing yang dijangka selesai dalam masa dua minggu lagi.
Ini bukan kali pertama pengeluar sarung tangan itu berada dalam situasi sukar disebabkan oleh arahan sekatan daripada CBP AS.
Sebelum Covid-19, syarikat itu berada dalam situasi yang sama selepas akhbar harian Britain, The Guardian, melaporkan pekerja asing didakwa menjadi buruh paksa, dipaksa bekerja lebih masa, ikatan hutang, gaji ditahan dan pasport dirampas, pada Disember 2018.
Bagaimanapun, Top Glove menafikan dakwaan itu dan eksport disambung seperti biasa.
Ketika Covid-19 mula menular dengan pantas ke seluruh dunia, Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam ciapan di laman twitternya @usembassykl berkata kira-kira 65 peratus daripada sarung tangan perubatan yang digunakan oleh petugas barisan hadapan AS adalah buatan Malaysia.
“Menerusi pengeluar sarung tangan perubatan dan produk perubatan lain, dunia bergantung kepada Malaysia dalam usaha memerangi Covid-19,” kata kedutaan itu.
Bagaimanapun, pada Jun, saluran penyiaran British channel 4 melaporkan bahawa pekerja asing syarikat berkenaan hanya dibayar £1.08 sejam (RM5.77) dan dipaksa bekerja lebih masa bagi menampung permintaan terhadap sarung tangan semasa pandemik itu.
Dalam senario di Malaysia, gaji RM5.77 sejam dianggap sebagai pembayaran standard bahkan bagi rakyat Malaysia yang bekerja secara sambilan dalam industri makanan dan minuman.
Sementara itu di United Kingdom, menurut penolong setiausaha agung kesatuan perkhidmatan awam, kerajaannya telah melayan pekerja asing dengan cara yang “memalukan.”
“Pekerja asing adalah petugas barisan hadapan dalam memerangi Covid-19 di rumah penjagaan, menyokong sistem yang diabaikan yang akan runtuh tanpa mereka.
“Beratus-ratus ribu pekerjaan penjagaan tidak dapat ditampung, namun kerajaan berhasrat untuk menghentikan sumber pekerja mahir ketika UK amat memerlukan mereka,” demikan laporan-laporan memetik beliau sebagai berkata.
Situasi yang sama berlaku di AS, dengan laporan menyatakan pekerja asing sama ada ditolak atau dihalang daripada menerima rawatan Covid-19.
Berbeza di Malaysia, pekerja asing sama ada yang sah mahupun tidak sah, kedua-duanya menerima rawatan dan penjagaan yang mencukupi.
Sekatan AS – Hanya Impak Sementara
Seorang penganalisis ekuiti berkata sekatan itu hanya akan memberikan impak jangka pendek kepada saham Top Glove serta pegangan ekuiti pengeluar sarung tangan lain.
“Minat terhadap saham Top Glove daripada pelabur asing masih kekal utuh kerana ia menguasai bahagian pasaran yang besar di negara-negara yang terjejas teruk terutamanya Amrika Syarikat,” katanya.
Menurut laporan tahunan Top Glove bagi tahun kewangan 2019, rantau Amerika Utara terdiri dari AS dan Kanada menyumbang 27 peratus daripada bahagian pasarannya.
Dalam tahun kewangan yang sama, ia berkata, kuantiti jualan ke rantau tersebut melonjak sebanyak 20.3 peratus dari 2018.
Bagi bahagian pasaran global, pengeluar sarung tangan itu menyumbang 26 peratus sejak ia muncul sebagai pengeluar sarung tangan terbesar dunia, dengan kapasiti pengeluaran 80.2 bilion setahun.
Pada 17 Julai, permodalan pasaran syarikat itu berjumlah RM62 bilion.
Manakala hasil direkodkan sebanyak RM2.4 bilion dengan dana pemegang saham berjumlah RM2.6 bilion pada 19 Mac.
Selain sarung tangan, syarikat itu juga mengeluarkan produk penting lain seperti pelitup muka tiga lapis bagi menangani kekurangan bekalan disebabkan oleh Covid-19, kondom serta produk penjagaan pergigian.
Pada Jumaat, saham Top Glove di Bursa Malaysia meningkat 16.65 peratus untuk ditutup kepada RM22.98, pulih daripada penurunan pada Khamis dengan sejumlah 56.56 juta saham diniagakan.
Saham pengeluar sarung tangan itu yang juga disenaraikan di Singapore Exchange turut mempamerkan lantunan semula yang kukuh pada Jumaat apabila meningkat 15.87 peratus untuk ditutup kepada SG$7.52, juga bangkit semula daripada penurunan 11 peratus pada Khamis.
Menurut nota penyelidikan, Top Glove dijangka meneruskan momentum bulisnya dan aliran meningkat itu kelihatannya tidak akan berakhir dalam tempoh terdekat ini.
Isu Pekerja Asing : Kebimbangan Global
Top Glove merupakan antara saham yang memegang status alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang menunjukkan bahawa sahamnya sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG PBB).
Ia juga dimasukkan sebagai komponen indeks Pasaran Sedang Pesat Membangun Dow Jones Sustainability Index (DJSI) pada September 2019 sebagai pengiktirafan terhadap amalan kelestariannya.
Top Glove berada di kedudukan ke-15 daripada 44 syarikat penjagaan kesihatan meletakkannya dalam kalangan 33 peratus pemain yang mencatatkan prestasi utama dalam semua indeks DJSI.
Saham itu juga disenaraikan sebagai komponen Morgan Stanley Capital International Global Standard Index yang menilai syarikat antarabangsa berdasarkan prestasi dalam aspek ESG.
Berkenaan isu pekerja asing, mustahak untuk memahami bahawa isu itu bukan hanya dihadapi di Malaysia melibatkan Top Glove atau mana-mana perbadanan lain, sebaliknya ia adalah isu universal yang memerlukan perhatian global.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/07/sekatan-as-tidak-jejas-industri-sarung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwaan Buruh Paksa Pekerja Kilang Sarung Tangan Terima Bayaran Balik

Dakwaan Buruh Paksa Pekerja Kilang Sarung Tangan Terima Bayaran Balik

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 524 hits
WRP Asia Pasifik pembuat sarung tangan yang didakwa oleh Amerika Syarikat mengamalkan buruh paksa mula membayar balik yuran pengambilan pekerjanya Langkah itu sebahagian usaha berterusan untuk mereformasi syarikat itu sebagai tindak balas t...
Gaun Penggantin Diperbuat Dari Sarung Tangan

Gaun Penggantin Diperbuat Dari Sarung Tangan

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 275 hits
Seniman dari eropah Susie MacMurray menampilkan karya menakjubkan iaitu sebuah gaun panjang penggantin yang diperbuat daripada 1 400 sarung tangan Setiap sarung tangan berwarna kuning ini biasanya digunakan untuk kerja kerja rumah tangga se...
Pesanan Sarung Tangan Meningkat Kepada As 200 Juta Dan Terus Meningkat Lagi

Pesanan Sarung Tangan Meningkat Kepada As 200 Juta Dan Terus Meningkat Lagi

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 649 hits
Pesanan Sarung Tangan Meningkat Kepada AS 200 Juta Dan Terus Meningkat LagiSyarikat AT Systematization Bhd dikatakan telah menerima pesanan sarung tangan sebanyak 2 billion yang dianggarkan bernilai sebanyak AS 200 juta dari Amerika Syarika...
Anzo Terus Kekal Kenaikan Harga Saham Pengeluar Sarung Tangan Dunia

Anzo Terus Kekal Kenaikan Harga Saham Pengeluar Sarung Tangan Dunia

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 384 hits
Anzo meningkat kepada hampir 30 sen dengan pesanan sarung tangan AS 200 jutaAnzo Terus Kekal Kenaikan Harga Saham Pengeluar Sarung Tangan DuniaDikhabarkan Anzo Holdings Bhd telah kembali dibuka positif pagi ini pada pukul 9 00 pagi naik 1 5...
Permaju Dan Anzo Berganding Bahu Bersama Mengembangkan Kilang Sarung Tangan Di Perak

Permaju Dan Anzo Berganding Bahu Bersama Mengembangkan Kilang Sarung Tangan Di Perak

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 468 hits
Permaju dan Anzo Berganding Bahu Bersama Mengembangkan Kilang Sarung Tangan di PerakAnzo Holdings Bhd sedang membentuk usaha sama dengan Permaju Industries Bhd untuk menjadikan kilang sarung tangannya di Manjung Perak dan beroperasi pada su...
Mlabs Takluki Perniagaan Pembuatan Sarung Tangan Dan Penjagaan Kesihatan Demi Pertumbuhan Ekonomi

Mlabs Takluki Perniagaan Pembuatan Sarung Tangan Dan Penjagaan Kesihatan Demi Pertumbuhan Ekonomi

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 336 hits
Mlabs Takluki Perniagaan Pembuatan Sarung Tangan Dan Penjagaan kesihatan Demi Pertumbuhan EkonomiMlabs Systems Bhd bergerak ke bidang pembuatan sarung tangan dan penjagaan kesihatan dengan bekerjasama dengan pemain yang ada di pasaran Dari ...
Bengkel Stem Online Malaysia Yang Pertama Oleh Pusat Sains Negara Di Smk Jerlun Kedah

Bengkel Stem Online Malaysia Yang Pertama Oleh Pusat Sains Negara Di Smk Jerlun Kedah

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 625 hits
Alhamdulillah hari ini rezeki anak2 Jerlun bila terpilih sebagai murid pertama kat Malaysia untuk rasa pengalaman Bengkel STEM Online oleh pusatsainsnegara Pihak sekolah bantu selaras murid dan gajet serta Internet Manakala bahan bengkel se...
Jokowi Sebut Corona Di Ri Masih Terkendali Tak Masuk 10 Negara Tertinggi

Jokowi Sebut Corona Di Ri Masih Terkendali Tak Masuk 10 Negara Tertinggi

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 200 hits
Untuk itu dia meminta para gubernur lebih bekerja keras menekan kasus positif corona di tanah air Jokowi ingin para gubernur mengubah cara kerja menjadi lebih sederhana dan cepat di tengah krisis ekonomi dan kesehatan akibat pandemi corona
Mengaku Gengster Saya Ambil Tindakan Bawah Sosma Ketua Polis Negara

Mengaku Gengster Saya Ambil Tindakan Bawah Sosma Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 239 hits
KUALA LUMPUR 16 Julai Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini dengan tegas menyatakan Sesiapa yang mengaku dirinya gengster semua saya akan tangkap dan ambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan 2012 Katanya beliau dan...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri