Camping Di Vistana Sedim Riverside Resort Kampung Ulu Riau Kedah


Pada awal Februari 2023 kami sekeluarga berpeluang untuk berkhemah di Vistana Sedim Riverside Resort, Kedah. Perkhemahan 3H2M hasil perbincangan sepupu sepapat dan mesyuarat akhir berjaya membawa sejumlah 21 orang ahli keluarga turun ke lokasi.
Pintu pagar Vistana Sedim Riverside Resort @ Riyau Kami telah menempah 4 tapak khemah, iaitu campsite 1,2,3&4, and juga 1 bilik glamping sebulan lebih awal.
Tapak Campsite 1 & 2, dilengkapi dengan sumber elektrik Rakan-rakan yang berminat untuk menempah, boleh melakukan hal demikian di laman web rasmi Sedim Riverside Resort di https://sedimresort.com/
Kadar harga tapak khemah adalah RM70 untuk 1 tapak, siap disediakan tapak khemah yang kemas, elektrik power supply 24jam disetiap tapak, so takyah pening-pening bawa extension panjang nak tarik, betul-betul sebelah tapak saja dia buat siap, toilet yang bersih dan bilik mandi yang lengkap disediakan sabun mandi. Tong sampah pun dia sediakan berdekatan campsite.
Tapak Campsite 4 Campsite 4 terbaik betul2 sebelah sungai. Cuma kalau pi sorang2 pacak situ akan rasa agak terganggu nak rehat di khemah bila pengunjung lain pi mandi sungai. Kalau borong semua tapak 1-4 tu no problem la, kawasan tu jd korang yang punya
Campsite 1 dan 2 adalah bersebelahan, dan bagi kami jarak dia agak rapat la kalau sebelah2 tu adalah strangers.
Tapak Campsite 4 Tapak Campsite 3 Check in adalah pada pukul 3ptg, kena tunjuk IC dan bayaran deposit. Walaupun korang dah buat bayaran penuh semasa booked tapak, masih perlu membayar deposit sewaktu check in ya, deposit kalau untuk 1 tapak saja RM50, kalau macam kami ni ambik banyak tapak deposit adalah RM100. Jangan risau kalau takda cash, boleh transfer online ke acc yang diberikan di kaunter nanti. Deposit akan dikembalikan pada hari isnin@jumaat selepas checkout. Checkout pula pukul 12 tgah hari. Korang bawak ja resit deposit yg dapat time checkin tu balik untuk reference.

Tandas dan bilik mandi berdekatan campsite 1-4 Surau ada disediakan di sebelah pejabat check-in tu, sejadah, telekung & al-quran ada disediakan, cuma kena ambik air semayang siap2 ja, sebab surau dia takda tempat ambik air semayang. Surau dia campoq laki dan pompuan dan takda kain penghadang, clear boleh nampak dari luar.

surau Terdapat cafe dalam resort ni. Cafe dibuka jam 8am dan tutup jam 10pm, last order 930pm. Breakfast disediakan pada jam 8am-10am. Tempahan tapak campsite takda disertakan breakfast, tapi kalau korang camping light2 tak bawak barag masak, boleh lah tambah breakfast buffet RM10/org.

Tong sampah yang disediakan berdekatan campsite Untuk yg pergi ramai2 nak BBQ, set BBQ ada disediakan, RM40/set dia bagi pembakar grill, arang 1 pek, kipas tangan, dan penyepit. Korang perlu bawak makanan sendiri ja.

Sungai dia sanagt bersih, ayaq sejuk gedi, laluan sungai pun bersih dijaga rapi. Ayaq sungai tak dalam, ada kawasan cetek sangat sesuai untuk kanak2.

Kawasan lepak sembang2 Malam2 ada lampu menghiasi kawasan sekeliling, tak gelap gelita so rasa safe dan tak risau akan binatang buas.

Tapak glamping 1 dan 2 agak jauh dari toilet dan bilik mandi, so kalau pi situ sorang2 dan risau nak jalan malam2 tak digalakkan pilih yg tu.

Line telco Umobile memang takdak langsung, so better prepare line telco lain kalau rasa nak buat live update. Celcom, maxis dan unifi takda masalah. Wifi takda ya haha. Pengguna Umobile mmg healing terok sebab not connected to the internet sepanjang kat sini Lagi satu, korang boleh download offline map siap2 sebelum ke lokasi, so kalau perlu navigator masa disana nanti senang.
Korang campers yang tiba2 terdesak tak cukup barang, emergency nak cari cool fever, atau tiba2 teringat berus gigi tak bawak, jangan risau sebab kedai runcit dekat saja, boleh keluaq pi beli. Kedai runcit situ boleh bayar pakai bank transfer, tapi kalau korang risau line takda nanti, baik korang bawak ja cash siap2.

Kawasan ni mmg sesuai untuk expert camper dan beginner yang baru nk jinak2 camping. Recommended dan insyaAllah boleh repeat lagi


Swimming pool REVIEW INFO GOOGLE MAPS
Ada pool bersaiz sederhana sesuai untuk kanak-kanak & dewasa.
Free Parking
Free wifi ni YES and NO, sebab macam kami pengguna Umobile memang takda line kat situ, so untuk transfer duit deposit online akan ada masalah, maka staff dekat office bagi password wifi untuk pakai. Tapi wifi tu punya coverage dekat office tu ja hahahah..so masa stay sana 3H2M mmg tak dapat pakai pun wifi tu. Tapi tak kisah pun takda internet sebab camping taknak diganggu haha!
Lokasi Sedim Riverside Resort:


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lensakami.com/blog/2023/02/07/camping-di-vistana-sedim-riverside-resort-kampung-ulu-riau-kedah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Air Sungai Tembeling Melimpah Masuk Di Kampung Bantal Ulu Tembeling Jerantut

Air Sungai Tembeling Melimpah Masuk Di Kampung Bantal Ulu Tembeling Jerantut

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 171 hits
JERANTUT Setelah beberapa kawasan penempatan di Kuantan mula dinaiki air hari ini kini daerah ini pula sudah menunjukkan tanda awal bencana yang sama apabila Kampung Bantal Ulu Tembeling kira kira 130 kilometer di sini dilanda banjir Siren ...
Flash Floods Hit Kedah And Penang

Flash Floods Hit Kedah And Penang

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 147 hits
ALOR SETAR Continuous rain for a few hours caused several low lying areas in the northern states to be flooded on Friday In Bandar Baru heavy rain since 4pm caused at least 15 houses in several villages to be flooded with water A Kedah Civi...
Siaran Langung Kedah Vs Geylang International Di Penentuan 3 4 Piala Harapan 2023

Siaran Langung Kedah Vs Geylang International Di Penentuan 3 4 Piala Harapan 2023

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 282 hits
Piala Harapan 2023 kini sudah memasuki pusingan kedua iaitu perlawanan penentuan tempat ke 3 4 dan perlawanan final yang mana kedua duanya akan berlangsung pada hari yang sama pada 4 Februari 2023 dalam waktu yang berbeza iaitu petang dan m...
Kedah Negeri Terbaharu Dilanda Banjir

Kedah Negeri Terbaharu Dilanda Banjir

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 122 hits
KEDAH menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Relau dekat Bandar Baharu susulan hujan lebat lebih dua jam bermula kira kira 3 petang tadi Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu Left A...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco