Cameron Highlands X Ipoh


 

Percutian Tidak Dirancang

assalamualaikum guys. harini aku tak mahu sambung cerita yang tergendala tu. aku nak cerita dengan korang berkenaan percutian tidak dirancang! aku ingat lagi, masa tu hari sabtu bertarikh 26november2022. dekat entri ni penat lah nak taip nama 'kaknoi', aku straight forward jela nama noi. senang. 
masa tu hari sabtu yang aman. aku duduk ralit scroll tiktok, instagram danlainlain. noi ni ada chat aku dekat tiktok. dia tanya macam ni "ahad isnin awak buat apa?"
lepastu bersambung pula dekat handphone yang nombor kerja. dia buat - buat tanya kali kedua; "kalau noi nak pergi cameron nak ikut tak?" (masa ni dalam pukul 10.45pagi lah). aku pun tanya "bila dengan siapa". noi jawab "petang ni ke? awak, saya , nisyah. hahahahhahaha. laki awak pun boleh je nak ikut"
dalam masa yang sama, cousin kesayangan iwan; ayie tengan oncall dengan iwan. memang kerja diorang ni saling mengganggu antara satu sama lain. rindu kot? entah ~ aku dengar macam diorang ada sebut PD (port dickson). aku tengah fikir macammana nak satukan diorang. maksudnya macammana nak pergi bercuti; aku bawa noi dan nisya. iwan bawa; ayie dan madi. hahaha. yela dorang bukan saling kenal pun. macam takut ada yang tak selesa nanti jadi tak best pula kan? 
aku pun tanya lah noi, boleh tak cousin iwan ikut? noi jawab "boleh. tapi kereta tak muat". okay selesai~ noi create group whatsapp "melakau" tapi bila share nama penginapan macam dekat cameron. auto tukar nama group 'jenjalan'. selamat sikit kan? hahahaha. itu pun masih lagi "eh nak gerak harini ke esok eh? eh nak settle kucing dulu. eh eh" hahhaa. macam confirm tak confirm je nak pergi. 
dalam masa yang sama, aku tengah fikir macammana nak beramah mesra denga nisya. nisya tu staf baru. aku reti 'bercakap' dengan dia dalam whatsapp je. depan - depan macam 'ha dia taknak kawan aku. takut la nak cakap' . gitu lah pemikiran aku sejak dahulu kala. 
oh lupa nak bagitahu, sebenarnya ini percutian kedua bersama rakan ofis. yang pertama di melaka.  boleh baca dekat pautan ini; melaka bersama noi dan shida

Menginap di Kea Garden Mini Chalet
sebenarnya semua orang macam tak puas hati pasal 'mini chalet' tu HAHAH. diorang expect bila sampai sana nak baring dekat hotel, lunjur kaki sambil balut badan dengan tuala sambil tengok tv melepas lelah. hahahaha maaf semua. ternyata 'mini chalet' ni memang sangat mini

hanya bersaiz tilam queen, sebuah tv berapa inci entah bersama remote, dua botol kecil air mineral buat raso - raso, dan 2 helai tuala buat mandi - manda. boleh la dari takda. tempat letak kasut pun ada; ikut lah nombor bilik korang. kalau tak nak letak dalam almari kasut pun boleh. heret jelah kasut tu pergi masuk bilik kecil korang. sebelah 'bilik' tu ada disediakan almari dan juga kunci mangga kalau korang nak letak barang seperti baju dan sebagainya. macam aku, aku angkut je semua dalam 'bilik' hahha


ha marah lah tu. hahahhahaa. mungkin dulu aku pergi dengan khatijah. memang khatijah sejenis perempuan rockers. kalau kau hantar dia pergi tidur kaki lima pun dia tak ada masalah. aku tahu sebab kitorang pernah tidur dalam masjid berdekatan stesen lrt hang tuah semata - mata nak lepak event sindiket sol-jah maskara 50x. panjang mak aku bebel masa ni. tidur masjid macam tak ada rumah pula. mak aku tanya "kau nak jadi gelandangan ke?" hahaha. aku cakap jela, aku selamat dalam masjid ni. (train dah habis beroperasi sebab kitorang nak tunggu sampai event habis betul - betul habis)


kitorang bergerak dari shah alam pukul 5.30petang macam tu dan sampai sana dalam pukul 10.15malam. lagi 15minit je kaunter receptionist tu nak tutup. selamat sempat. hahahha. macam tak ada kedai kan nak keluar dari tempat ni satu hal. alang - alang makan jela terus dekat situ. ada kedai steamboat bawah chalet tu, tutup pukul 12malam. sempat lah nak makan. 

semua beria je makan kambing. lepastu nak habiskan letih. hahahha. tapi dalam kambing tu, noi paling gila extream. makan aiskrim sampai 3 batang dekat cameron highlands tanpa rasa bersalah dengan cuaca. aduhai lah dia ni, kulit biewak betul. betul tebal tu. hahahha. 
tempat ni ada dua pilihan sebenarnya. ada mini chalet dan juga guest house. guest house tu tak silap double single atau queen/ king katil dia. masa aku nak buat tempahan tu, guest house tu tak boleh klik. tak ada pilihan bilik. cuma ada mini chalet je. hmmm. tempat ni cantik tau. hahaha. datang dengan kawan - kawan boleh lah, kalau keluarga yang jenis tidur proper memang kena ambil bilik guest house baru rasa selesa sikit. 
dekat sini disediakan iron. tempat iron tu terbuka. ada di guest house. naik je tangga di tingkat 1. toilet dia pula toilet kongsi. jangan risau; bersih! cuma tulah, kena kongsi. hair dryer dah tak ada dalam toilet sebab ramai kaki rembat. kalau nak hair dryer kena minta di receptionist. 

malam tu macam biasa lah. kulit biewak je mampu mandi. hahah sejuk weyh. aku tak mandi dan tukar baju. malam - malam tergaru - garu macam monyet. terkial - kial nak tukar baju dalam 'bilik' tu. nasib lah labu. lepastu baru dapat tidur dengan aman damai. tu pun macam tidur - tidur ayam je. tiba - tiba macam susah tidur. pagi tu lepas mandi, lepak tepi bilik air ditemani angin sepoi sepoi. boleh lah tengok pemandangan kambing dari atas. sempat lah hirup kopi 3in1 bawa dari rumah. air panas dan cawan ada disediakan di belakang ni. cafe pun ada (dekat bahagian luar mini chalet ni)

sempat bermanja dua orang ni >.<
dalam pukul 10pagi macam tu lepas dah siap mandi, kitorang berjemaah keluar bersiar sekitar tempat kea garden. ada orang berjualan di tepi laluan nak masuk kea garden. senang. nak beli bunga ada, strawberry ada, jagung ada, buah ada, sayur ada. takpayah pergi jauh - jauh. semua settle dekat satu tempat. 


bergambar kenangan di kea garden


Bergelut Rasa Takut di The Sheep Sanctuary
ini lah tempat kambing yang kitorang tengok dari atas tadi. ingat free tau. hahahhaa nak free je kerja kau. harga tiket nak masuk sini rm8 bagi orang dewasa, dan rm5 bagi kanak - kanak. nanti dekat tiket tu ada rm1off bagi icecream yang diorang jual dekat pintu nak masuk tengok kambing. tapi tak 'claim' pun. rasa macam tak berbaloi. hahahha. 

masuk sini memang tak aman bagi seorang manusia penggeli. bukan geli sebab dia busuk, geli sebab dia binatang! tak duduk diam aku. nanti masa bayar tu dapat sekali makanan kambing (kotak kecil). boleh lah buat raso - raso. lagipun ramai yang masuk, kenyang jemaah kambing dekat situ. pakej berak sekali. ada kambing yang memang keluar dari kandang bersiar - siar menghiburkan orang macam aku. 
kambing hensem
ada yang menyendeng -  nyendeng minta makanan. ada yang memang dalam kandang. ada yang slumber tidur dan berehat lelap mata. kalau nak acah - acah berani boleh lah duduk dekat dengan kambing yang tengah bersantai. contoh macam gambar dekat bawah hahaha. 
bergambar bersama kambing
duduk dalam kawanan kambing ni, kerja aku berlari je. iwan lagi best. dia lari - lari lepastu tinggal aku dekat belakang. siap ada adegan tarik aku lepastu dia pergi depan tinggal aku dekat belakang. aduhai. geram je rasa. ingat dia jaga aku. rupanya jaga diri sendiri jela. 
yang tepi tu buat - buat berani



gambar ramai - ramai tak jumpa lah. sorry guys. ~
selepas bergelut rasa takut dengan kambing, langit kian mendung. dijangka akan hujan. cepat - cepat lah kitorang bergerak ke ladang teh yang diidam idamkan aku sejak dulu. aku tak kira, atleast ada 1 lah gambar dekat sana. sebab 27tahun hidup tak pernah bergambar dekat ladang teh. kasihan aku. 
disebabkan percutian tak dirancang ni lah, angan - angan aku bergambar di ladang teh tercapai. terima kasih guys~ nanti aku fikir apa lagi yang aku nak. hahahha


Cari Ketenangan di Cameron Valley
masa sampai sini, memang hujan dah turun. nasib tak lebat je. jadi kitorang redah jela alang - alang dah sampai sini. nanti kang terfikir - fikir pula dah sampai shah alam. harga tiket nak masuk sini rm3 bagi dewasa. kanak - kanak tak pasti lah. korang google jela ye. 

tips nak dapatkan gambar yang semua jemaah ada dalam 1 gambar, korang kena offer diri untuk orang lain dulu lepastu baru kau minta orang tu tangkapkan balik gambar kau. win win situation lah kan. kalau nak mengharap jemaah yang ada, selfie jela mampu. takpun ambil gambar berdua bertiga, takpun tak cukup sorang. confirm punya. 
aku ingat ladang teh yang ada dalam bayangan aku ialah ladang yang kita boleh jalan - jalan dekat tengah. sekali yang ni, boleh dekat atas je. boleh la dari tak ada. boleh la update status lepastu tag nama 'ladang teh cameron'. kahkah~ 



bergambar dekat sini memang lama. taktahu la apa yang menariknya. lupa nak cium daun tu. jadi tak pasti ni memang ladang teh ke tak. hahaha. boleh ek macam tu. rupa bentuk daun tu macam teh. tapi entahlah. lupalah. malas lah. asal ada gambar je dah lah. tu je nak sebenarnya. lepasni tak request lagi. nak request breakfast dekat ladang teh pula. 
aku baru je google ladang teh. ada terjumpa satu blog tu. aku nak request pergi sini lah pula ladang teh cantik. tak kira nak pergi juga nanti! nak gambar. 

terasa macam dah lama sangat dekat situ, kitorang rehat sekejap dekat pondok dan sambung bergambar. lepastu pergi kedai teh dekat atas untuk beli sesuatu sebagai bukti kitorang pergi ladang teh. aku tak beli apa - apa. iwan beli teh tongkat ali yang kaw kaw pahit. hahahhaa. lantak ler. taktahu aku. 
sempat makan tengahari dekat kedai makan di tanah rata. mahal nak mampos. T_T


Singgah Tasik Cerminkitorang pun bergerak balik ke shah alam. ni dah dekat luar singgah ler sekejap tasik cermin. dah viral lama baru ada masa nak singgah. dulu nak pergi saja - saja tidaklah. jauh sangat semata - mata demi dia. korang boleh lah baca entri; lepak ipoh


rata - rata semua gambar tasik cermin yang diambil oleh orang awam memang cantik. mungkin pakai iphone terkini dan diedit tahap maksimal. memang gambar lawa gila. menarik - narik aku yang jauh ni untuk pergi kesana. 
dah pergi dan dah sampai. boleh lah. hahahha. nak ambil gambar kena tunggu giliran. kalau tak, bergambar lah dengan background kawanan orang. nak masuk tasik cermin ni kena lalu gua. awal - awal pembukaan masa tak ramai tahu kewujudan tasik cermin, orang mungkin takut nak masuk gua ni. sekarang dah tak takut sebab dah ramai. sekarang dah tak tersembunyi lagi. tiket nak masuk kena bayar, parking pun kena bayar. panjang terowong dalam 50meter (hasil jawapan google)

harga tiket 

tadaaaaaa ~ 
dinamakan tasik cermin sebab permukaan yang dihasilkan oleh tasik ni adalah pantulan dari sekeliling; gunung dan gua batu kapur. mungkin kamera aku tak cukup power nak menterjemahkan apa yang didefinisikan oleh 'tasik cermin' itu sendiri. warna air nya sangat lah menakutkan. gelap hitam dan pekat. eiii macam - macam aku dah bayang. 
dekat sini ada pakej untuk naik bot kot. aku dah buang pula dia punya kertas flyers. nanti korang pergi sana, korang dapatlah flyers tu. 
hasil didikan cara bergambar madi/ noi. entah~ 

hasil gambar dari iphone
cutiee cousin <3

masih berbincang cara nak ambil gambar kot?
itu sahajalah kenangan di cameron highlands X ipoh selama 2hari 1malam bersama mereka. diharapkan ada perancangan bersama lagi lah. kan kan. semoga semua murah rezeki boleh jalan - jalan lagi. amin ~ 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kanvasdakwat.blogspot.com/2022/12/cameron-highlands-x-ipoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terjatuh Di Taman Lebah Cameron Highlands

Terjatuh Di Taman Lebah Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 418 hits
Assalamualaikum alhamdulillah adik bongsu kami sempat melihat mak Adik balik ke kampung sempena pilihanraya umum Untuk memberi kekuatan kepada adik dan juga kami sendiri kami sepakat untuk menghantarnya pulang ke kampus Sebelum hantarnya ke...
Mana Perginya Penguatkuasa Warga Asing Jadi Tauke Di Cameron Highlands

Mana Perginya Penguatkuasa Warga Asing Jadi Tauke Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 195 hits
Skuad Khas Harian Metroam hmetro com myCameron Highlands Mereka datang ke negara ini pada mulanya untuk bekerja di kebun sayur di kawasan tanah tinggi di sini sebelum berjaya meluaskan empayar apabila mampu menjadi tauke dan hidup kaya raya...
Hotel Cameron Highlands Gaya Klassik Inggeris Di Hillview Inn Tanah Rata

Hotel Cameron Highlands Gaya Klassik Inggeris Di Hillview Inn Tanah Rata

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 153 hits
Suami kak ana memang kena habiskan cuti tahunannya sebelum akhir tahun 2022 ni Tapi kami tak plan lagi nak pii cuti kat mana Sebabnya kak ana memang dah ada plan untuk reunion kawan sekolah rendah di Kampar pada 25 26hb November Pagi tu 22h...
Cuti Cuti Cameron Highlands Dengan Tarikan Tempat Tempat Menarik Yang Baharu

Cuti Cuti Cameron Highlands Dengan Tarikan Tempat Tempat Menarik Yang Baharu

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 229 hits
Dalam entri kak ana yang lepas ada kak ana cerita kan percutian kami bertiga ke Cameron Highlands kali ni tak di rancang pun Selepas mengundi sementara menunggu siapa PM ke10 suami perlu habiskan cuti tahunan yang masih ada berbaki Selasa p...
Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori Ketika Konvoi Ke Cameron Highlands

Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori Ketika Konvoi Ke Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 122 hits
Penunggang motosikal maut digilis lori ketika konvoi ke Cameron HighlandsSeorang ahli konvoi permotoran berusia 47 tahun dilaporkan maut akibat digilis sebuah lori di Jalan Simpang Pulai Cameron Highlands tengah hari semalam Mangsa Mohd Nor...
Best Ipoh Hotel For Short Getaway

Best Ipoh Hotel For Short Getaway

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 388 hits
Best Ipoh hotel For Short Getaway Ipoh is the capital city of Perak and offers numerous unique tourist attractions It is particularly well known in Malaysia for its old town which includes a wealth of historical heritage museums as well as ...
Landslide 37 Rescued At Campsite Near Organic Farm In Genting Highlands

Landslide 37 Rescued At Campsite Near Organic Farm In Genting Highlands

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 190 hits
Search and rescue efforts are ongoing for those who remain trapped following the landslide Photo from Facebook Bernama KUALA LUMPUR Thirty seven people believed trapped at a campsite near the Father s Organic Farm in Gohtong Jaya Genting Hi
Tanah Runtuh Lebih 60 Mangsa Dikhuatiri Terperangkap Di Genting Highlands

Tanah Runtuh Lebih 60 Mangsa Dikhuatiri Terperangkap Di Genting Highlands

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 149 hits
FMT ReportersPasukan penyelamat membantu mencari mangsa selepas tanah runtuh di tapak perkhemahan sebuah ladang organik di Genting Highlands awal pagi ini PETALING JAYA Seramai 37 individu berjaya diselamatkan selepas dipercayai terperangka...
Motion Capture Avatar 2 Jauh Lebih Baik Daripada Mana Mana Filem Marvel James Cameron

Motion Capture Avatar 2 Jauh Lebih Baik Daripada Mana Mana Filem Marvel James Cameron

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 132 hits
Pengarah Avatar The Way of Water James Cameron mengusik peminat tentang kualiti teknologi visual filem sekuel itu dengan berkata ia jauh lebih baik dari apa apa yang pernah dilakukan Marvel Bercakap kepada Comicbook com dalam temu bual baru...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat