Calon Spm Tak Sempat Tatap Arwah Bapa Sejak Minggu Lalu


Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri Calon SPM, Muhammad Haikal, 18, menatap jenazah bapanya yang dibawa ke sekolahnya di SMK Simpang Beluru, Kuala Kangsar menaiki van jenazah ketika dia sedang menduduki SPM kertas mata pelajaran Sejarah 2. - Foto NSTP KUALA KANGSAR: "Sebelum dimasukkan ke wad minggu lalu, bapa sempat berpesan supaya saya jaga dan tengok-tengokkan emak dan adik.
"Bermakna sejak seminggu lalu jugalah saya tidak berpeluang bertemu, menatap, apatah lagi bercakap dengan bapa," kata Muhammad Haikal Iskandar Zamri.
Semalam, tular video merakamkan detik sedih Muhammad Haikal, 18, diberi kesempatan menatap wajah jenazah bapanya buat kali terakhir apabila van jenazah yang membawa jasad bapa kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu memasuki pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru di sini.
Muhammad Haikal berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan arwah bapanya, Zamri Abdul Hamid, 42, pada pagi Khamis lalu dan mereka sempat berbual, sebelum dia mengikuti kelas tambahan.
Beliau berkata, arwah bapanya sudah lama menghidap penyakit buah pinggang, namun baru-baru ini penyakit itu menjadi semakin teruk hingga mengakibatkan kerosakan hati, selain jangkitan kuman dalam darah yang menjadi penyebab kematian bapanya.
"Sewaktu pulang dari kelas tambahan, saya diberitahu bapa dimasukkan ke Hospital Kuala Kangsar, sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping kerana koma pada Jumaat lalu.
"Sepanjang tempoh hampir seminggu bapa di hospital, saya termasuk yang lain tidak dibenarkan melawat kerana pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah wabak COVID-19.
"Sehinggalah pada kelmarin kami dimaklumkan bapa sudah tiada," katanya ketika dihubungi malam tadi.
Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, pada mulanya pesanan supaya menjaga ibu dan adiknya yang dititipkan oleh arwah bapanya sebelum dimasukkan ke wad dianggap sekadar pesanan biasa.
"Saya tidak sangka itu adalah antara pesanan terakhirnya sebelum pergi.
"Fikiran sedikit terganggu ketika menjawab peperiksaan kertas Sejarah semalam, iaitu sewaktu van jenazah yang membawa jasad bapa ke pekarangan sekolah bagi memberi peluang saya menatap wajahnya.
"Saya juga masuk lewat 20 minit ke dewan peperiksaan dan ketika berada di dalam (dewan), ada masanya teringatkan arwah, namun saya cuba lupakan sekejap untuk memberi fokus kepada peperiksaan," katanya.
Beliau juga berterima kasih kepada guru yang cuba menenangkan, sebelum mengizinkan dan mengiringinya ketika menatap wajah bapanya buat kali terakhir.
"Arwah bapa ada menunjukkan sedikit perbezaan kelakuannya sebelum dimasukkan ke hospital apabila makan masakan kampung dengan terlalu berselera, berbanding kebiasaannya," katanya.
Muhammad Haikal berkata, kematian arwah bapanya yang juga satu-satunya pencari nafkah dalam keluarga menyebabkan mereka empat beranak kini tinggal dengan sokongan keluarga di sebelah ibu.
"Kami bukanlah orang senang memandangkan arwah sebelum ini bekerja sebagai tukang kebun dengan pendapatan RM1,100 sebulan, manakala ibu pula suri rumah.
"Walau apapun, saya akan lakukan yang terbaik dalam SPM 2020 kali ini bagi menuruti pesanan ayah supaya 'menggantikannya' untuk menjaga keluarga selepas ini," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/calon-spm-tak-sempat-tatap-arwah-bapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Al Fatihah Tatap Wajah Arwah Bapa Kali Terakhir Sebelum Sambung Spm

Video Al Fatihah Tatap Wajah Arwah Bapa Kali Terakhir Sebelum Sambung Spm

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 477 hits
Kuala Kangsar Suasana hiba menyelubungi Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru di sini apabila van jenazah yang membawa jasad bapa kepada seorang Calon Sijil Pelajaran Malaysia sekolah itu memasuki perkarangan sekolah hari ini Video det...
Dugaan Besar Calon Spm Jenazah Bapa Dibawa Ke Sekolah Untuk Ditatap Buat Kali Terakhir

Dugaan Besar Calon Spm Jenazah Bapa Dibawa Ke Sekolah Untuk Ditatap Buat Kali Terakhir

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 390 hits
Rabu 24 Februari 2021 7 35 PMMuhammad Haikal sempat menatap jenazah bapanya yang dibawa ke perkarangan sekolah pada Rabu TATKALA rakan yang lain sibuk memikirkan kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia anak muda ini diuji dengan pemergi...
Sayu Adik Bertafakur Di Sisi Jenazah Bapa Sebelum Jawab Spm Sempat Bergegas Pulang Untuk Solat Jenazah

Sayu Adik Bertafakur Di Sisi Jenazah Bapa Sebelum Jawab Spm Sempat Bergegas Pulang Untuk Solat Jenazah

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 334 hits
Sayu Adik bertafakur di sisi jenazah bapa sebelum jawab SPM sempat bergegas pulang untuk solat jenazah Saat lihat saya solat arwah menangis kesyukuran Adik Aminur Ammar Rahimi sedang bertafakur menatap wajah arwah bapa mereka ketika sebelum...
Pibg Smk Seksyen 10 Kota Damansara Taja Makan Tengah Hari Kepada Calon Spm

Pibg Smk Seksyen 10 Kota Damansara Taja Makan Tengah Hari Kepada Calon Spm

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 405 hits
Oleh PIBG SMK Seksyen 10 Kota Damansara menaja makan tengah hari kepada 311 calon SPM sekolah itu menerusi Program KD10 Prihatin KUALA LUMPUR Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 Kota Damansara menaja makan ten...
401 105 Calon Duduki Spm 2020 Mulai Isnin

401 105 Calon Duduki Spm 2020 Mulai Isnin

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 352 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM KERJA kerja sanitasi dilakukan di dewan peperiksaan sebagai langkah berjaga jaga penularan Covid 19 bagi pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM di SMK Kota Masai Taman Kota Masai Johor UTUSAN RAJA JAAFAR ALIP...
Sedih Adik Ini Menangis Laungkan Azan Terakhir Untuk Arwah Bapa

Sedih Adik Ini Menangis Laungkan Azan Terakhir Untuk Arwah Bapa

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 232 hits
Kehilangan ibu bapa menjadi antara perkara paling ditakuti oleh setiap insan yang bergelar anak Hal ini kerana sebagai seorang anak pasti mahu mengembirakan kedua dua ibu bapa sebelum mereka meninggalkan kita Tular di aplikasi TikTok seoran...
Calon Spm Antara 3 Pelajar Ditahan Merempit

Calon Spm Antara 3 Pelajar Ditahan Merempit

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 324 hits
KEPALA BATAS Tiga pelajar sekolah termasuk seorang yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ditahan polis selepas mereka didapati berlumba haram di Jalan Lahar Kepar di sini malam tadi Dalam Op Samseng Jalanan yang diadaka...
Pakcik Radzi Nasihat Calon Tenang Jawab Soalan Spm

Pakcik Radzi Nasihat Calon Tenang Jawab Soalan Spm

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 207 hits
Oleh Radzi berharap calon SPM lakukan yang terbaik bagi menghadapi peperiksaan FOTO NSTP KUALA LUMPUR Datuk Dr Radzi Jidin berharap calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia supaya sentiasa tenang dan terus berusaha untuk menjawab yang ter...
Dia Kata What The F K Sh T Direct Into My Face Guru Terkilan Calon Spm Tidur Biadab

Dia Kata What The F K Sh T Direct Into My Face Guru Terkilan Calon Spm Tidur Biadab

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 546 hits
The ReporterViral di media sosial seorang guru wanita meluahkan rasa terkilannya dengan sikap biadab seorang calon SPM 2020 2021 semasa mengawasi peperiksaan subjek Bahasa Inggeris Menurut guru berkenaan pelajar lelaki itu langsung tidak me...
How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

Pondok Abuya

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine