Calon Bn Ada Kelebihan Dalam Persaingan Tiga Penjuru Penganalisis Politik



TANJUNG MALIM: Di atas kertas, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim Mohd Zaidi Aziz mempunyai peluang cerah mempertahankan kerusi Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim berbanding dua lawannya.

Bagaimanapun, menurut penganalisis politik, jentera BN perlu memastikan setiap penyokong parti dan pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka dalam kebiasaan baharu ekoran wabak COVID-19. Ketua Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Noor Azlan Hadi Yaacob berkata Mohd Zaidi perlu mengatur gerak kerja kempen yang bersesuaian supaya dapat menemui ramai pengundi seterusnya mengajak mereka keluar mengundi.

"Satu perkara penting adalah sejauh mana ahli parti akan keluar mengundi lebih-lebih lagi ketika kebimbangan masyarakat terhadap COVID-19, selain kempen akan kurang rancak kerana prosedur operasi standard (SOP) kempen," katanya kepada Bernama, pada Sabtu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan sepanjang tempoh berkempen yang bermula hari ini, setiap calon perlu mematuhi beberapa peraturan termasuk penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, saringan suhu badan, penggunaan pensanitasi tangan, selain mengehadkan kehadiran tidak melebihi 250 orang bagi aktiviti ceramah.

Sementara bagi aktiviti ziarah rumah pengundi pula, calon atau wakil tidak dibenarkan bersentuhan dan bersalaman dengan penghuni rumah serta calon digalakkan memaksimum kaedah kempen menggunakan medium dalam talian atau melalui saluran media sosial.

PRK DUN Slim pada 29 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Zaidi, 43, dan dua calon Bebas iaitu bekas guru, S. Santharasekaran, 44, dan peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang belum didaftar secara rasmi.

Mengulas lanjut, Noor Azlan berkata Mohd Zaidi juga mempunyai kelebihan kerana merupakan anak tempatan selain disokong jentera kempen yang teratur.

Menurutnya, Amir Kusyairi dilihat bergantung kepada pengaruh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan penubuhan parti Pejuang dalam mendapat sokongan pengundi.

"Latar belakang keluarga beliau juga sangat baik, ditambah dengan sokongan dan pengaruh Dr Mahathir, ini juga sebagai faktor yang akan menarik pengundi," katanya.

Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Kartini Aboo Talib berpandangan, BN mampu menang dengan mudah berdasarkan kekuatan parti itu pada PRU14 lalu.

"Dalam melihat rekod di Slim, ini adalah kubu kuat BN dan mungkin BN boleh menang dengan mudah jika dibandingkan dengan Pejuang yang merupakan sebuah parti baharu, namun semuanya bergantung kepada pengundi sendiri," katanya.

Kartini juga menyarankan supaya semua calon merangka strategi sesuai selari dengan saranan SPR sepanjang kempen untuk sama-sama mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Mohd Khusairi pada 15 Julai.

Allahyarham Mohd Khusairi memenangi DUN Slim semasa PRU11 pada 2004 dengan majoriti 4,875, PRU12 (majoriti 3,526), PRU13 (majoriti 3,853) dan PRU14 (majoriti 2,183).

#Sumber : -- BERNAMA    
 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/08/calon-bn-ada-kelebihan-dalam-persaingan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Calon Bn Ada Kelebihan Untuk Menang

Calon Bn Ada Kelebihan Untuk Menang

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 367 hits
TANJUNG MALIM Di atas kertas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim Mohd Zaidi Aziz mempunyai peluang cerah mempertahankan kerusi Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri Slim berbanding dua lawannya Bagaimanapun menurut penganalisis p...
Persaingan Dua Penjuru Dalam Pru Terserah Kepada Muafakat Nasional

Persaingan Dua Penjuru Dalam Pru Terserah Kepada Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 240 hits
KUALA LUMPUR Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata terserah kepada Muafakat Nasional untuk memastikan persaingan dua penjuru dalam pilihan raya akan datang sekiranya ia mahu menjamin kemenangan Beliau mengulas komen presiden PAS ...
Politik Madu Tiga Dalam Muafakat National

Politik Madu Tiga Dalam Muafakat National

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 164 hits
Tidak kira sama ada Bersatu dijemput menyertai Muafakat Nasional atau Muhyiddin Yassin yang ingin membawa Bersatu menyertai gabungan itu MN mungkin akhirnya akan mempunyai tiga parti di dalamnya Jika sebelum ini hanya ada UMNO dan Pas dalam...
Pertandingan Tiga Penjuru Di Prk Dun Slim

Pertandingan Tiga Penjuru Di Prk Dun Slim

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 266 hits
TANJUNG MALIM DIKEMASKINI Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim pada 29 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional dan dua calon Bebas Calon BN Mohd Zaidi Aziz 43 yang bertanding bagi mempertahankan...
Penganalisis Politik Pilihan Raya Kecil Dun Slim Wadah Pejuang Untuk Test Market

Penganalisis Politik Pilihan Raya Kecil Dun Slim Wadah Pejuang Untuk Test Market

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 353 hits
KUALA LUMPUR Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim menjadi medan ujian kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad menguji sambutan orang ramai terhadap parti baharu mereka Penganalisis Politik dan Media Sosial dari Universiti Teknologi Mara P...
Penganalisis Politik 80 Kerusi Parlimen Dalam Genggaman Umno Barisan Nasional Sekiranya Pru 15 Di Adakan Sekarang

Penganalisis Politik 80 Kerusi Parlimen Dalam Genggaman Umno Barisan Nasional Sekiranya Pru 15 Di Adakan Sekarang

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 491 hits
UMNO bersama sama parti komponen dalam Barisan Nasional kini berada di dalam landasan terbaik umtuk menghadapi PRU 15 Kajian terkini mendapati sekiranya PRU 15 diadakan sekarang atau dalam tempoh yang terdekat ini UMNO Barisan Nasional dija...
Mn Bertelagah Di Terengganu Mungkin Tiga Penjuru Dalam Pru 15

Mn Bertelagah Di Terengganu Mungkin Tiga Penjuru Dalam Pru 15

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 256 hits
Kemelut politik yang berlaku di Terengganu antara Pas dan Umno tidak mungkin boleh diselesaikan dengan mudah Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu Azan Ismail persaingan politik dalam Muafakat Nasional di negeri itu tida...
Isu Pia Politik Balas Dendam Hukum Pulau Pinang

Isu Pia Politik Balas Dendam Hukum Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 369 hits
Pada 22 Ogos 2020oleh PENTADBIRPenantian sehingga selepas 2023 sebelum membuat keputusan tentang pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang tidak lain tidak bukan ialah sebenarnya pembatalan projek tersebut Mantan Menteri Kewanga...
Jangan Jadikan Proton Wira Kampung Penganalisis Gesa Tingkat Eksport

Jangan Jadikan Proton Wira Kampung Penganalisis Gesa Tingkat Eksport

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 241 hits
Proton X70 mengekalkan kedudukan sebagai SUV premium dan eksekutif paling laris PETALING JAYA Seorang penganalisis industri automotif mengkritik strategi yang menekankan jualan kenderaan jenama Malaysia di pasaran tempatan berbanding pasara...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord