Politik Madu Tiga Dalam Muafakat National



Tidak kira sama ada Bersatu dijemput menyertai Muafakat Nasional atau Muhyiddin Yassin yang ingin membawa Bersatu menyertai gabungan itu, MN mungkin akhirnya akan mempunyai tiga parti di dalamnya
Jika sebelum ini hanya ada UMNO dan Pas dalam MN, ternampak kemungkinan bertambah pula dengan kemasukan Bersatu selepas ini
Dalam erti kata lain, jika sebelum ini UMNO dan Pas hanya bermadu dua untuk berkongsi kawasan pilihanraya yang sama, kini sudah bertambah seorang lagi madu untuk berkongsi kasih yang satu
Sementara dengan UMNO dan Pas pun belum selesai soal pembahagian di kawasan Melayu, bertambah seorang lagi madu tentulah menambahkan lagi sulit perundingan itu
Sekarang ini, belum pun Bersatu menjadi anggota rasmi MN, perbalahan sudah pun mula nampak tanda-tandanya
Perbalahan pertama berkenaan siapa yang sebenarnya membawa masuk Bersatu ke dalam MN
Presiden UMNO, Zahid Hamidi berkata, Muhyiddin Yassin yang memohon untuk membawa masuk Bersatu menyertai MN
Untuk itu, katanya, Jawatankuasa Induk MN akan memperhalusi permohonan Bersatu itu sebelum meluluskannya
Tetapi, seorang Ahli MPT Bersatu, Redzuan Mohd Yusof atau Pak Wan menolak kenyataan Zahid Hamidi itu, sebaliknya berkata, Bersatu tidak pernah memohon untuk menyertai MN
“Muhyiddin tidak pernah memohon menyertai MN, tapi dijemput oleh MN
“Kenyataan Zahid tidak tepat,” kata Menteri Tugas-Tugas Khas itu lagi
Kemudian, Setiausaha Agung BN, Annuar Musa turut mengesahkan bahawa Bersatu memang dijemput secara rasmi untuk menyertai MN
Katanya, Presiden UMNO, Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Hadi Awang serta Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu telah membincangkan perkara itu sejak berbulan lalu
“Kira-kiranya kami sudah membuat pelawaan secara rasmi, namun kami tidak tergesa-gesa
“Setiap parti ada prosedur tersendiri termasuk membawa cadangan itu ke Majlis Tertinggi parti masing-masing untuk dibincangkan,” jelas beliau
Kemudian, soal pendirian UMNO tidak mahu menyertai Perikatan Nasional juga turut menjadi pertikaian antara parti itu dengan Pas
Sementara Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, mereka tidak pernah dimaklumkan tentang pendirian UMNO itu, namun ia segera disangkal oleh Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki
Menurut beliau, pendirian UMNO enggan menyertai PN telah dinyatakan dalam dua mesyuarat terakhir MN sebelum ini
Apa sudah jadi? Mana satu yang betul
Yang nyata di sini, belum pun Bersatu menyertai MN, Pas terlihat lebih condong untuk bersama Muhyiddin dalam usaha mengekalkan PN sebagai kerajaan, mungkin antaranya kerana sayangkan kedudukan dalam kerajaan yang dipegang ketika ini
Bagi UMNO pula, menyertai PN bermakna parti itu kena tunduk kepada Muhyiddin selaku “abang besarnya” sementara di dalam MN pula, UMNO berasakan merekalah “abang besar”
Selain itu, menjelang PRN Sabah yang masih di peringkat awal sekarang ini, perbalahan berkaitan perebutan kerusi turut mulai membahang antara UMNO dengan Bersatu
Oleh kerana UMNO tidak mahu menyertai PN, parti itu mungkin berkeras dalam soal pembahagian kerusi untuk seterusnya cuba memastikan jawatan Ketua Menteri Sabah dapat diperolehi
Begitu juga dengan Bersatu, walaupun masih baru bertapak di Sabah dan akar umbi tidak sekuat mana, tetapi bersandarkan Muhyiddin adalah Perdana Menteri, parti itu telah meletakkan sasaran mahu bertanding sebanyak 45 daripada 73 dalam PRN mendatang ini
Makna kata, belum pun Bersatu berada di dalam MN dan UMNO dengan keputusan tidak mahu menyertai PN, kedua-dua parti yang bakal bermadu tiga itu sudah mula berkelahi secara terbuka
Ramai yang bahagia dan mampu mengawal keadaan bila bermadu dua, tetapi jarang yang aman rumahtangga bila bermadu tiga
Apa yang berlaku sekarang ini hanyalah permulaan, apabila tiba masa Bersatu diterima masuk dalam MN nanti dan ketiga-tiga parti mula berbincang berkenaan pembahagian kerusi yang hampir semuanya di kawasan yang sama, percayalah, porak peranda akan mula melanda gabungan ituBerbahagi untuk dua pun belum tentu boleh selesai dengan baik, inikan pula setelah bertiga. (Shahbudindotcom 02/08/2020)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/politik-madu-tiga-dalam-muafakat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gara Gara Udara Dingin Dieng Diselimuti Embun Es Yang Indah Wisatawan Bertambah Tiga Kali Lipat

Gara Gara Udara Dingin Dieng Diselimuti Embun Es Yang Indah Wisatawan Bertambah Tiga Kali Lipat

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 210 hits
Embun ini muncul karena udara dingin yang menyelimuti berbagai wilayah Apa tempat tinggalmu sedang dingin juga
Pkp Fasa Satu Jika Kes Covid 19 Cecah Tiga Angka Kata Ismail Sabri

Pkp Fasa Satu Jika Kes Covid 19 Cecah Tiga Angka Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 307 hits
Kerajaan tiada pilihan selain menguatkuasakan semula PKP fasa satu bagi membendung penularan Covid 19 kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Foto oleh Yusof Mat IsaKOTA BHARU 26 Julai Kerajaan akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerak...
Kerajaan Akan Laksana Semula Pkp Jika Kes Covid 19 Meningkat Kembali Kepada Tiga Angka

Kerajaan Akan Laksana Semula Pkp Jika Kes Covid 19 Meningkat Kembali Kepada Tiga Angka

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 314 hits
Kerajaan Akan Laksana Semula PKP Jika Kes COVID 19 Meningkat Kembali Kepada Tiga Angka Tadi KakYa jenguk kat Telegram MKN sejak dua tiga empat harini memang kerapkali la KakYa duk jenguk jenguk sejak ada kluster baru di negeri Pahang ni Al ...
Budak Perempuan Tiga Tahun Ditemui Lemas Di Sungai Liwagu Ranau

Budak Perempuan Tiga Tahun Ditemui Lemas Di Sungai Liwagu Ranau

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 904 hits
SAR Kelihatan anggota polis bersama sebahagian penduduk Kg Kimolohing di lokasi kejadian Kanak kanak perempuan ditemukan lemas di Sungai Liwagu Seorang kanak kanak perempuan ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Liwagu dekat Kampun...
16 Warga Positif Covid 19 Tiga Desa Di Cirebon Terapkan Psbm

16 Warga Positif Covid 19 Tiga Desa Di Cirebon Terapkan Psbm

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 208 hits
PSBM tersebut dimaksudkan agar penyebaran virus corona tidak semakin luas Sehingga diharapkan tidak ada lagi warga yang terkena
Kes Meningkat Saban Hari Ismail Sabri Dedahkan Jika Kes Cecah Tiga Angka Sesuatu Yang Tidak Diingini Akan Berlaku

Kes Meningkat Saban Hari Ismail Sabri Dedahkan Jika Kes Cecah Tiga Angka Sesuatu Yang Tidak Diingini Akan Berlaku

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 223 hits
KOTA BHARU Kerajaan tidak akan teragak agak untuk menguatkuasakan semula Perintah Kawalan Pergerakan sekiranya kes positif baharu jangkitan koronavirus dalam negara mencecah tiga angka
Setiap Satu Daripada Tiga Telefon Pintar Yang Terjual Di China Menyokong Rangkaian 5g

Setiap Satu Daripada Tiga Telefon Pintar Yang Terjual Di China Menyokong Rangkaian 5g

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 184 hits
Dengan rangkaian 5G pelbagai perkara dapat dilakukan dengan lebih pantas dengan sela masa yang rendah Antara negara terawal melancarkan rangkaian 5G ialah China Menurut laporan terkini Counterpoint pada suku kedua 2020 setiap satu dari tiga...
Pkp Semula Jika Covid 19 Naik Tiga Angka Patuhi Sop

Pkp Semula Jika Covid 19 Naik Tiga Angka Patuhi Sop

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 252 hits
SHAH ALAM 26 JULAI Kerajaan akan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan sekiranya kes positif Covid 19 mencecah tiga angka kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menteri kanan berkata jika kes terus meningkat kerajaan tiada pilihan m...
Tertular Dari Rekan Seprofesi Tiga Tenaga Kesehatan Di Riau Positif Covid 19

Tertular Dari Rekan Seprofesi Tiga Tenaga Kesehatan Di Riau Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 222 hits
Sebanyak tiga orang tenaga kesehatan RSUD Arifin Achmad Provinsi Riau dinyatakan positif virus corona Mereka kini sedang dirawat dan menjalani isolasi
Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat

Atletico Bangkit Tewaskan Barcelona Untuk Rampas Singgahsana La Liga

Pdrm Siasat Resit Makanan Cepat Saji Di Johor Didakwa Mengandungi Teks Menghina Islam

Ini 32 Wajah Bakal Berentap Membawa Pulang Rm1 Juta Peserta Sabah Dominasi Csoiam