Cakap Salah Tak Cakap Salah


MEMASANG lagu-lagu Melayu di ceruk dapur saya malam kelmarin, tetiba terpacul lagu Serba Salah, dendangan penyanyi klasik, Allahyarham R. Azmi (1923-1974).

Lirik lagunya bikin geli hati sahaja. Kisah rumah tangga suami isteri.

Tapi kalau diubah suai, boleh sahaja menyanyikan bersama melodi lagunya. Macam keserabutan politik Melayu hari ini lah yang seolah-olah tidak ambil peduli akan gelora geo-politik di luar sana yang dekat dengan kita, Laut China Selatan. Seolah-olah begitu. Kelihatannya kita tak ambil kisah langsung.

Cakap salah, tak cakap salah, jadi semua serba salah.

Saya mulakan bicara ini dengan mukadimahnya. Mengapa banyak sangat parti Melayu kala ini? Adakah kemunculan parti baharu termasuk semalam, dilancarkan Parti Kuasa Rakyat, diketuai Melayu tetapi mengundang dalamnya bangsa lain, tidak lebih hanya sekadar untuk memecahbelahkan lagi perpaduan orang Melayu?
Yang saya cukup bimbangi, ketika politik Melayu Melaka bercakaran sesama UMNO nya baru-baru ini, Laut China Selatan terus bergegar dengan pencerobohan kuasa besar dunia.

Adakah anasir asing semakin ‘berminat’ dengan Malaysia? Maksud saya, dengan percaturan politik Melayu yang tampak goyah dalam memperkukuhkan kesatuan bangsa

Hakikatnya banyak sangat parti Melayu. Kalau begini, lama-kelamaan tiada lagi parti Melayu yang kuat. Semuanya berdikit-dikit mahu menjadi kerajaan. Daripada mana mereka yang membentuk parti-parti serpihan Melayu ini datang? Bukankah sebahagian besarnya datang daripada sebuah parti Melayu induk? Kenapa tidak perkuatkan parti itu sahaja?

Isunya sekarang, yang mewujudkan parti baharu ini, mereka sanggup bikin cerita bukan-bukan sehingga orang luar pandang jelek dan sinis Malaysia

Kalau parti-parti Melayu sedia ada ini lemah, yang ruginya nanti orang Melayu dan Malaysia keseluruhan.

Melayu sudah pecah. Eh! bukan tiga tetapi empat. Bukan empatlah, lapan sebenarnya. Ada benarnya akan kata-kata orang, Melayu kini menjadi ‘minoriti’ kerana berpecah kepada lima walaupun mereka adalah 60 peratus warga negara ini?

EPISOD SEDIH
Orang Melayu telah melalui siri episod yang sedih sejak sebelum merdeka lagi. ‘Google’lah episod luka pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar (Parti Negara pada 1953) dan ustaz Ahmad Fuad Hassan yang merajuk sehingga mewujudkan Parti Islam Se-Tanah Melayu (Pas) pada 1951.

Demikian juga krisis Dr. Mahathir Mohamad-Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987, pertelagahan Anwar Ibrahim-Dr. Mahathir yang membawa kemunculan Parti Keadilan serta perbalahan puak-puak dalam Pas mengakibatkan tertubuh Parti Amanah Negara (2015).

Orang Melayu asalnya ada 80 peratus kuasa undi. Selepas merdeka, diberi orang lain hak kerakyatan, Melayu hanya ada 60 peratus. Hari ini, orang Melayu (sebagai majoriti) terpaksa bergantung kepada orang lain untuk meluluskan apa-apa. Jangan disalahkan pemimpin terdahulu kerana kita tidak menyangka orang Melayu akan berpecah dan bermusuh sesama Melayu.

Perpecahan politik orang Melayu hari ini tidak lagi menjamin suara dan kuasa majoriti orang Melayu itu dapat menjadi teras kekuatan pentadbiran – yang dahulunya diterajui orang Melayu.

Apabila berpecah, tentu sekali anasir asing akan menangguk di air keruh. Dan sebagai majoriti, mungkinkah orang Melayu terpaksa mengemis dan meminta-minta daripada pihak terbabit semata-mata sokongan yang kecil?

Teringat orang Melayu kepada ingatan Dr. Mahathir pada satu senja selepas pertemuan tertutup dengan pemimpin dan ahli UMNO Bahagian Jelebu dan Jempol di Bandar Baru Serting, Negeri Sembilan pada 31 Mac 2001:

“Hari ini kita undang mereka suruh campur tangan, esok jangan marahlah kalau mereka akan menentukan siapa yang akan menjadi Presiden, Perdana Menteri dan menteri, inilah yang telah berlaku di negara lain.”

GEO-POLITIK LAUT CHINA SELATAN
Dengan suasana geopolitik rantau ini yang tidak memihak kepada ASEAN terutama dalam isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan, keserabutan politik dalam negara ini hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Isu Laut China Selatan hanya menyerlahkan kelemahan ASEAN. Seingat saya, Filipina pernah pada awal Julai 2016 diberi kemenangan oleh Mahkamah Tetap Timbang Tara di bawah Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) dalam tuntutan wilayah di Scarborough Shoal, Laut China Selatan.

Namun isu pencerobohan Laut China Selatan berterusan, dengan terbaharu kehadiran secara besar-besaran hampir 100 buah kapal China memasuki perairan lautan itu yang dituntut Filipina. Perairan Malaysia di Zon Ekonomi Eksklusif dekat Kota Kinabalu turut diceroboh.

Bahkan, ASEAN hilang suara dalam memperjuangkan kepentingan maritim yang lebih besar. Memburukkan lagi keadaan, 15 September lalu, Amerika Syarikat mengumumkan kerjasama pertahanan terbaharu di Asia Pasifik yang digelar AUKUS, kerjasama pertahanan di antara tiga negara iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia. Motifnya untuk mengekang penguasaan geopolitik China terutama di Asia Pasifik dan Laut China Selatan.

Implikasi terbesar yang bakal berlaku ialah perlumbaan senjata akibat daripada pembelian kapal selam nuklear daripada Amerika Syarikat oleh Australia

Laut China Selatan akan menjadi medan pertembungan membahayakan negara-negara di sekitarnya. Pertumbuhan ekonomi negara-negara ASEAN yang baru hendak pulih dari pandemik Covid-19 bakal terjejas kerana majoriti daripada perdagangan sama ada serantau mahupun dunia banyak bergantung kepada Laut China Selatan.

Namun yang paling mencabar dan membahayakan terutamanya buat negara-negara ASEAN adalah penubuhan AUKUS seolah-olah akan menuntut negara-negara ASEAN memihak sama ada kepada Amerika Syarikat mahupun China.

Ada pihak bertanya saya, adakah wajar pilihan raya umum ke-15 dipercepatkan. Kalau dilewatkan sehingga penggal berakhir 2023, ‘anasir asing’ akan masuk lagi? Saya tidak ada jawapan yang dapat memuaskan hati semua pencatur politik Melayu.

Yang lebih saya bimbangi – kalau kerajaan yang sepatutnya Melayu terasnya menjadi lemah, maka percayalah kerajaan tidak akan dapat membawa apa-apa pembangunan kepada mereka yang memerlukan.

Pembangunan orang Melayu berterusan adalah elemen paling utama kestabilan sosio-politik Malaysia. Dan kesefahaman serta keharmonian sebagai negara yang pelbagai etnik dan fahaman agama.

Meminjam ungkapan Snouck Hurgronje, orientalis Belanda yang tinggal di Indonesia pada akhir abad ke-19:

“Di rantau Kepulauan Melayu ini, orang Melayu-Islam sukar dirosakkan dari luar. Tetapi ia mudah dirosakkan dari dalam”.

Cakap salah, tak cakap salah, jadi semua serba salah.

Oleh: Zulkifli Jalil

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/10/cakap-salah-tak-cakap-salah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yehaaaa Dia Salah Budjet

Yehaaaa Dia Salah Budjet

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 191 hits
MUKHLIS EDYPendirian YB SELALU SEBUT babiii Bajet DUN tak bubar boleh komplot dengan team lain Sekali DUN bubar DAN DAN keluaq ayat demi Kepentingan Melayu taktik lama daa
Bubar Dun Tyt Melaka Terima Nasihat Salah Kenyataan Media Majlis Presiden Ph

Bubar Dun Tyt Melaka Terima Nasihat Salah Kenyataan Media Majlis Presiden Ph

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 233 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat hari ini untuk membincangkan keadaan politik semasa di Melaka termasuk pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri semalam Pakatan Harapan mengambil pendirian bahawa Yang di Pertua ...
Hiburan Salah Orang Ni Haqiem Rusli Nafi Sarah Suhairi Bakal Isteri Yang Dirahsiakannya

Hiburan Salah Orang Ni Haqiem Rusli Nafi Sarah Suhairi Bakal Isteri Yang Dirahsiakannya

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 462 hits
Ramai yang tahu bahawa penyanyi Haqiem Rusli bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi namun identiti bakal isterinya masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMacam macam nama para peminat telah sebutka...
Salah Seorang Arkitek Mou Dah Bersuara

Salah Seorang Arkitek Mou Dah Bersuara

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 177 hits
Kejatuhan kerajaan Negeri Melaka sehingga menyaksikan pembubaran Dewan Undangan Negeri mengundang rasa tidak senang pada Pakatan Harapan yang telah membuat perjanjian persefahaman dan kestabilan politik dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ism...
Ketirisan Aim Tubuh Jawatankuasa Siasat Salah Laku

Ketirisan Aim Tubuh Jawatankuasa Siasat Salah Laku

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 229 hits
Parti Pejuang Tanah Air atau Pejuang menggesa kerajaan menubuhkansSuruhanjaya siasatan bebas bagi menyiasat salah laku pengurusan AIM SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www...
Situasi Tegang Ada Salah Faham Kecil Tiba Tiba Rider Lalu Tepuk Bahu Lembut Nak Tolong Leraikan

Situasi Tegang Ada Salah Faham Kecil Tiba Tiba Rider Lalu Tepuk Bahu Lembut Nak Tolong Leraikan

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 249 hits
Baru baru ini tular sebuah video baru di laman sosial TikTok yang memperlihat dua orang lelaki sedang bertekak sesama sendiri di tepi jalan Tidak diketahui punca kepada masalah tersebut namun masing masing kelihatan seperti baru terlibat da...
Penulis Blog Aspan Alias Mengaku Tak Salah Hina Agong

Penulis Blog Aspan Alias Mengaku Tak Salah Hina Agong

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 264 hits
October 11 2021 Aspan 69 didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat jelik itu menggunakan laman profil Facebook Aspan Alias dengan niat untuk menyakiti hati orang lain pada 2 47 petang 16 Mei lepas KUALA LUM...
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis

Time Management For Entrepreneurs

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton


Pelajar Tingkatan Lima Meninggal Dunia Rebah Ketika Merentas Desa

Ramadan Is Coming

Legoland Malaysia Resort Sets New Standard For Accessibility As First Certified Autism Center In Malaysia

Kelebihan Berkahwin Dengan Pasangan Anak Sulung

Info Yang Korang Kena Tau Mengenai Masalah Tiroid Yang Pelbagai

Ai Chat Bot Python 10