Cakap Cakap Nak Tukar Kerajaan Tidak Akan Terhenti


 

Sesetengah orang gemar mentafsirkan apa jua penafian dalam politik sebagai suatu bentuk pengesahan. Kata pepatah kalau tiada angin masakan pokok bergoyang atau tiada asap tanpa ada api, begitulah perkiraan mereka.
Lantaran itu, apabila Pengerusi Barisan Nasional Zahid Hamidi menyifatkan desas-desus tujuh Ahli Parlimen BN mahu mengosongkan kerusi mereka untuk memberi laluan kepada pilihan raya kecil hanyalah khabar angin, ia tidak semudah itu dipercayai bulat-bulat.
Adanya cadangan untuk menggerakkan langkah berkenaan atau sama ada ia akan benar-benar menjadi kenyataan dua perkara yang hendaklah diasingkan. Sudah menjadi lazim juga ramai yang suka mendalami sesuatu kenyataan itu lebih daripada apa yang sebenarnya hendak disampaikan. Justeru, sesuatu yang dilihat tidak berkemungkinan itu dipercayai boleh terjadi kesudahannya. Perkara yang tidak masuk akal juga tetap dipercayai oleh mereka yang hendak percaya.
Sesetengah orang cenderung untuk melihat rantaian atau kronologi kepada sesuatu perkara untuk membuat kesimpulan sendiri, apatah lagi jika ia berpunca dari dalam BN dan bukannya daripada pihak lawan. Berbanding usul pihak lawan sebelumnya, kali ini ura-ura ada Ahli Parlimen BN yang hendak keluar ditimbulkan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Nur Jazlan Mohamed, Sabtu lalu.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata Ahli Parlimen Umno yang terdesak akan sanggup menarik sokongan terhadap kerajaan perpaduan termasuk melepaskan jawatan sehingga menyebabkan berlakunya PRK tanpa mengira kesannya terhadap kestabilan politik negara.
“Buat masa sekarang, saya percaya kerajaan perpaduan masih selamat kerana adanya Akta Anti-Lompat Parti. Tapi tak tahulah kalau ada Ahli Parlimen Umno yang sanggup nak letak jawatan dan cetuskan PRK lagi. Sebab jenis ‘desperado’ politik ini, mereka sanggup buat apa saja demi nak penuhi hawa nafsu untuk berkuasa,” katanya.
Dihubungi selepas kenyataannya itu, Nur Jazlan yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Johor menjelaskan ura-ura Ahli Parlimen Umno yang hendak keluar itu tidak harus diendahkan sangat. Mereka dikatakan berpendirian pro-Perikatan Nasional dengan mahukan Zahid bertanggungjawab penuh di atas pencapaian buruk Umno pada PRN 12 Ogos lalu dan mengundurkan diri.
Mereka ini, katanya, yang bersekongkol menentang Zahid sejak 2018 lagi, daripada golongan yang kecewa selepas terpinggir pada PRU15 lalu dan berniat untuk membalas dendam terhadap presiden parti.
Ads by Kiosked“Bilangan mereka adalah kecil dan jika mengenali mereka ini, mereka tidak akan sanggup kehilangan pelbagai keistimewaan yang mereka nikmati (sebagai Ahli Parlimen). Kalau mereka buat pun, ia akan sia-sia kerana ia tidak akan dapat jatuhkan kerajaan. Jadi, saya tak fikir mereka akan lakukan,” katanya.
Reda seketika perkara itu. Tup-tup seorang lagi ahli MKT, Lokman Adam, pula mengocakkan kembali isu itu, siap dengan memperincikan tujuh Ahli Parlimen yang akan meletak jawatan itu merangkumi empat di Johor dan masing-masing seorang di Pahang, Sabah serta sebuah negeri di Utara Semenanjung.
Sebagai reaksinya kepada kemungkinan itu, Zahid mengingatkan semua Ahli Parlimen BN bahawa mereka terikat dengan aku janji yang dibuat sebelum pilihan raya umum lalu dan perlulah menunggu sehingga akhir penggal.
“Jika mahu ambil tindakan yang pada hemat mereka untuk kepentingan diri, saya fikir eloklah tunggu akhir penggal nanti,” katanya.
Namun, di sebalik apa pun gesaan, cakap-cakap mengenai sebarang percaturan untuk menukar kerajaan tidak akan pernah berhenti, cuma pihak mana yang menimbulkannya atau dalam situasi bagaimana yang berbeza. Tujuannya tidak lain untuk menimbulkan persepsi bahawa kerajaan perpaduan yang ada ini tidak stabil atau gabungan yang dibentuk kini semakin rapuh, di sebalik semua pihak harus menerima hakikat ia tidak mudah untuk digantikan.
Ketika kempen PRN lagi, Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyatakan kemenangan PN pada pilihan raya itu memungkinkan berlakunya perubahan kepada kerajaan pusat dengan mendakwa terdapat Ahli Parlimen daripada Umno serta dari Sabah dan Sarawak akan menyokong gabungan tersebut nanti.
Ads by KioskedMenurut Ahli Parlimen Marang itu, langkah menukar kerajaan boleh berlaku memandangkan negeri terlibat merupakan kerajaan campuran termasuk ada parti politik yang mengalami krisis dalaman selain mendakwa ada Ahli Parlimen BN serta Sabah dan Sarawak menunjukkan rasa kurang selesa berada dalam kerajaan sedia ada.
Hujahnya itu disokong Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu yang percaya tidak mustahil kerajaan pusat akan bertukar sekiranya PN memenangi keenam-enam negeri dalam PRN kerana kononnya ada proses undang-undang yang membolehkan ia berlaku.
PN tidak menang semua enam negeri, sebaliknya hanya mengekalkan tiga negeri tapi pada malam pengiraan undi, Hadi berkata usaha menukar kerajaan persekutuan masih boleh berlaku kerana gabungan itu memperoleh banyak kerusi.
“Walau tak menang, banyak kerusi yang kita dapat. Ini berlaku lonjakan baharu dan akan beri perubahan (kerajaan bertukar). Maknanya ia menunjukkan sokongan kepada PH merosot. Peratus undi yang merosot ini menunjukkan protes undi pada PH,” katanya.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menyifatkan rancangan besar PN untuk mengambil alih kerajaan persekutuan dengan didasarkan kepada keputusan PRN sebagai “kerja gila”.
“Sekarang, PN ada 74 kerusi, kerajaan perpaduan ada 148. Untuk menukar situasi itu selepas PRN, 148 tolak 112, maknanya ada 36 orang Ahli Parlimen PH mesti beralih, itu pun tak cukup juga. Di atas kertas, itu tak boleh berlaku sebab kita ada undang-undang anti-lompat parti,” katanya di ceramah Jelajah Madani DUN Sementa, 8 Ogos lalu.
Ads by KioskedBeliau turut mempersendakan angan-angan untuk memaksa pilihan raya kecil diadakan di 36 hingga 40 kerusi untuk PN menangi semuanya dan sampai ke Putrajaya, yang dianggapnya langsung tidak masuk akal.
Andainya PN dapat membentuk kerajaan persekutuan sekalipun, cakap-cakap nak tukar kerajaan akan berhenti? Bezanya ialah pihak-pihak yang berlawanan akan hanya bertukar peranan. Faham-faham sajalah selagi tiada satu parti yang memiliki majoriti. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/08/cakap-cakap-nak-tukar-kerajaan-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengundi Tiga Prk Boleh Berperanan Tutup Terus Cerita Cerita Tukar Kerajaan

Pengundi Tiga Prk Boleh Berperanan Tutup Terus Cerita Cerita Tukar Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 315 hits
Cerita dan cita cita pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan sepertinya masih bagai sebuah hikayat yang belum ada titik penamat Pantang ada kesempatan dan terbuka peluang itulah yang sentiasa ingin mereka lakukan Meski PRN sudah berakhir dan...
Matikan Angan Angan Tukar Kerajaan Perpaduan Di Tangan Pengundi Tiga Prk

Matikan Angan Angan Tukar Kerajaan Perpaduan Di Tangan Pengundi Tiga Prk

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 199 hits
Shahbudin Husin Cerita dan cita cita pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan sepertinya masih bagai sebuah hikayat yang belum ada titik penamat Pantang ada kesempatan dan terbuka peluang itulah yang sentiasa ingin mereka lakukan Meski PRN su...
Saya Dapat Rasa Getar Bila Bersama Susah Nak Cakap Abang Tesla Kongsi Pengalaman Syoknya Kahwin Dua

Saya Dapat Rasa Getar Bila Bersama Susah Nak Cakap Abang Tesla Kongsi Pengalaman Syoknya Kahwin Dua

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 249 hits
8220 Saya dapat rasa getar bila bersama susah nak cakap 8221 Abang Tesla kongsi pengalaman syoknya kahwin dua Individu yang paling menjadi bualan hangat di media sosial saat ini Abang Tesla mendedahkan secara eksklusif mengenai poligami yan...
Tukar Mb Tmb Kelantan Sehari Sebelum Pengundian Tunjuk Pas Cuak Dan Terdesak

Tukar Mb Tmb Kelantan Sehari Sebelum Pengundian Tunjuk Pas Cuak Dan Terdesak

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 176 hits
Sehari sebelum hari pengundian esok Pas hari ini mengumumkan pertukaran Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan sekiranya parti itu terus mendapat mandat daripada rakyat Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hasan ketika mengumumkan per...
Kelantan Pas Tukar Mb Timbalan Sebab Mahu Semangat Baru Hadi

Kelantan Pas Tukar Mb Timbalan Sebab Mahu Semangat Baru Hadi

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 314 hits
Malaysiakini Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata keputusan untuk menukar Menteri Besar Kelantan dan timbalannya jika PAS diberikan mandat mengekalkan pentadbirannya selepas Pilihan Raya Negeri dibuat kerana inginkan semangat baru ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan