Caj Penghantaran Barangan Tidak Jelas Boleh Disiasat Di Bawah Kpdnhep


Penghantar barangan persendirian dan perniagaan atau perkhidmatan pasar dalam talian yang tidak memberi maklumat penghantaran jelas boleh disiasat dan dikenakan tindakan undang-undang.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi satu kenyataan berkata, mereka yang terlibat dalam pembekalan atau perkhidmatan melalui pasar dalam talian hendaklah mendedahkan maklumat yang tepat di halaman perniagaan.
“Maklumat yang perlu dijelaskan adalah nama orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau pasar dalam talian, atau nama perniagaan atau nama syarikat.
“Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat (jika terpakai), serta alamat emel dan nombor telefon, atau orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barangan atau perkhidmatan melalui tapak web atau pasar dalam talian,” kata kenyataan tersebut, hari ini.
Dalam pada itu, maklumat seterusnya adalah perihalan tentang ciri utama barang atau perkhidmatan tersebut.
Selain itu, harga penuh barang atau perkhidmatan termasuklah kos pengangkutan, cukai dan apa-apa kos lain juga perlu dinyatakan.
“Maklumat lain adalah terma-terma dan syarat-syarat serta anggaran masa penghantaran barang atau perkhidmatan kepada pembeli,” jelas kenyataan itu lagi.
Menurut kenyataan itu, mana-mana pengendali pasar dalam talian hendaklah menyelenggara rekod nama, nombor telefon dan alamat orang yang membekalkan barang dan perkhidmatan dalam pasar dalam talian bagi tempoh dua tahun.
Difahamkan, urus niaga secara perdagangan elektronik tersebut dikawal selia oleh KPDNHEP di bawah Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012.
Mengulas lanjut, KPDNHEP menegaskan, sebarang pelanggaran di bawah peruntukan tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM100,000, atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Manakala bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM250,000, atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.
“Pengguna yang keliru berhubung sebarang maklumat harga penuh barang dan perkhidmatan termasuklah kos pengangkutan, cukai dan apa-apa kos lain, tindakan juga boleh diambil di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 bagi kesalahan gambaran mengelirukan mengenai harga dan pengiklanan umpanan.
Maklumat palsu & mengelirukan Sementara itu, tindakan penguatkuasaan juga boleh diambil ke atas sebarang pernyataan palsu atau mengelirukan tentang perkhidmatan atau dalam iklan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
“Jika individu perseorangan didapati berbuat demikian, hukuman denda boleh dikenakan iaitu tidak melebihi RM250,000, atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-keduanya.
“Manakala bagi pertubuhan perbadanan yang didapati melakukan kesalahan ini, hukuman denda boleh dikenakan iaitu tidak melebihi RM500,000 dan jika kesalahan kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM1,000,000,” jelas kenyataan tersebut.
Justeru itu, orang ramai digalakkan menyalurkan maklumat kepada KPDNHEP dengan melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan melalui portal E-Aduan https://e-aduan.kpdnhep.gov.my/, pusat panggilan 1-800-886-800, emel [email protected], aplikasi Ez Adu KPDNHEP, Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245 atau WhatsApp ke 019-2794317.
Difahamkan, kenyataan tersebut dikeluarkan ekoran laporan di sebuah laman berita hari ini yang melaporkan tentang ketidakpuashatian seorang pengguna terhadap caj penghantaran makanan yang didakwa terlalu tinggi.
KENYATAAN MEDIA: MAKLUMAT CAJ PENGHANTARAN TIDAK JELAS BOLEH DISIASAT OLEH KPDNHEP#KPDNHEP pic.twitter.com/0EOL6PzrF9
— mykpdnhep (@mykpdnhep) May 21, 2020

Sumber: KPDNHEP
The post Caj Penghantaran Barangan Tidak Jelas Boleh Disiasat Di Bawah KPDNHEP appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/22/caj-penghantaran-barangan-tidak-jelas-boleh-disiasat-di-bawah-kpdnhep/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Face Mask Untuk Budak Bawah Umur 2 Tahun Boleh Menyebabkan Kesukaran Bernafas Pakar Jepun

Bahaya Face Mask Untuk Budak Bawah Umur 2 Tahun Boleh Menyebabkan Kesukaran Bernafas Pakar Jepun

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 651 hits
Bahaya Face mask untuk budak bawah umur 2 tahun boleh menyebabkan kesukaran bernafas Pakar Jepun Dalam risalah yang dikeluarkan kepada orang awam badan perubatan Jepun mengingatkan bahawa bayi akan mengalami peningkatan beban pada paru paru...
Kpdnhep Siasat Hospital Swasta Caj Penutup Hidung Rm11 20

Kpdnhep Siasat Hospital Swasta Caj Penutup Hidung Rm11 20

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 372 hits
Harga maksimum ditetapkan kementerian sebanyak RM1 50 sekeping PUTRAJAYA Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedang menyiasat sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur yang didakwa mengenakan harga penutup...
Caj Penghantaran Rm38 Harga Kek Rm40

Caj Penghantaran Rm38 Harga Kek Rm40

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 367 hits
Saya membaca satu lagi isu caj penghantaran dari Harian Metro selepas saya menulis mengenai datin bayar upah RM4 untuk penghantaran Kali ini ialah isu kek RM40 caj hantar RM38 Sekali lagi isu yang dihighlightkan ialah caj penghantaran kenap...
Kini Anda Boleh Membuat Penghantaran Pos Laju Melalui 7 Eleven Terpilih

Kini Anda Boleh Membuat Penghantaran Pos Laju Melalui 7 Eleven Terpilih

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 225 hits
Dalam usaha memudahkan para pengguna membuat penghantaran kini pihak Pos Malaysia telah pun bekerjasama dengan pihak 7 Eleven dalam memudahkan pengguna untuk membuat penghantaran Sokongan ini dijayakan melalui penawaran perkhidmatan yang di...
Solat Sunat Aidilfitri Pun Boleh Buat Secara Berjemaah Di Rumah

Solat Sunat Aidilfitri Pun Boleh Buat Secara Berjemaah Di Rumah

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 350 hits
Memang sedih dan lain sangat raya tahun 2020 ni semuanya berubah hampir 360 darjah masuk hari ni dah masuk lebih 9 minggu tak ke masjid Nanti raya boleh solat sunat Aidilfitri di rumah saja seperti solat sunat Tarawikh kah Boleh saja amalan...
Pkpb Boleh Kembali Menjadi Pkp Sekiranya Rakyat Ingkar Arahan Dan Sop Yang Ditetapkan

Pkpb Boleh Kembali Menjadi Pkp Sekiranya Rakyat Ingkar Arahan Dan Sop Yang Ditetapkan

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 423 hits
Datuk Seri Ismail Sabri dalam Sidang Media Harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia bahaya PKPB boleh ditamatkan dan kembali menjadi PKP sekiranya rakyat ingkar dengan peraturan dan garis pandua...
Nasihat Dan Amaran Berakhir Pkp Boleh Dilaksanakan Semula Kata Menteri

Nasihat Dan Amaran Berakhir Pkp Boleh Dilaksanakan Semula Kata Menteri

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 344 hits
KERAJAAN memutuskan fasa nasihat dan amaran berakhir hari ini dan mereka yang didapati melanggar peraturan serta prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dikenakan tindakan undang undang Menteri Kanan Kluster Ke
Lirik Boleh Meerfly Yonnyboii

Lirik Boleh Meerfly Yonnyboii

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 416 hits
Jika kau ragu ada rahsia Mahu bagitahu ku kan dengar dan ku kan simpan Berbicaralah jika kau mahu jika kau susah Ku boleh tolong campur tangan Aku tahu kau sedih sedih sedih sedih Ku hanya mampu
Jika Rakyat Ingkar Pkpb Boleh Ditamatkan Amp Kembali Kepada Pkp Ismail Sabri

Jika Rakyat Ingkar Pkpb Boleh Ditamatkan Amp Kembali Kepada Pkp Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 436 hits
Dalam sidang media Menteri Kanan Keselamatan sebentar tadi beberapa pengumuman penting telah dinyatakan Antaranya adalah berkaitan kepatuhan rakyat Malaysia dalam mengikuti SOP yang ditetapkan kerajaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakkan...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City