Cadangan Tutup Kilang Dangkal


ALOR SETAR: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Nasional menganggap tindakan pihak tertentu mendesak penutupan sektor ekonomi khususnya bidang pembuatan kerana cadangan itu amat dangkal dan mendatangkan kesan negatif kepada kemakmuran rakyat serta negara.

Pengerusi Biro Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial Armada Nasional, Mohd. Firdaus Yusoff berkata, pandangan tersebut yang dilontarkan oleh beberapa pemimpin politik itu juga merupakan langkah terbelakang.

“Andaian bahawa sektor pembuatan menjadi penyumbang terbesar kepada kes positif Covid-19 adalah tidak tepat. Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan, hanya sembilan peratus kes positif Covid-19 dicatatkan pada Jun berpunca daripada sektor pembuatan atau perkilangan.

“Ini bermakna, penyumbang terbesar kes Covid-19 pada masa ini adalah kes sporadik seperti dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah. Kes sporadik kini merupakan ancaman terbesar rakyat dengan rekod sebanyak 75 peratus daripada keseluruhan jumlah kes sejak Januari lepas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ketika ini beberapa pihak termasuk di media sosial mendesak supaya kilang-kilang ditutup kerana dikatakan terus mencetuskan kluster yang menyumbang peningkatan kes Covid-19.

Bagaimanapun Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan perkara itu dengan mendakwa, kes positif Covid-19 melibatkan sektor tersebut hanya pada kadar lima hingga 10 peratus.

Mengulas lanjut Mohd. Firdaus berkata, langkah untuk menutup sektor pembuatan dan perkilangan hanya akan menggugat rantaian ekonomi negara termasuk eksport dan perdagangan.

“Kami mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan satu insentif khusus kepada sektor ekonomi lain agar dapat kembali beroperasi dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat sekiranya pekerja dan pelanggan telah mendapat suntikan vaksin.

“Cadangan ini diharap dapat membantu memulihkan ekonomi negara,” katanya. - UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/cadangan-tutup-kilang-dangkal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
90 Kilang Diarah Tutup Sejak 1 Jun

90 Kilang Diarah Tutup Sejak 1 Jun

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 261 hits
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Foto BERNAMA KUALA LUMPUR Sebanyak 90 kilang diarahkan tutup kerana melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan sejak 1 Jun hingga kelmarin Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sab...
Tutup Operasi Kilang Dengar Keluhan Rakyat

Tutup Operasi Kilang Dengar Keluhan Rakyat

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 282 hits
Tutup operasi kilang dengar keluhan rakyat Dengarlah keluhan rakyat pemimpin Umno PAS gesa tutup operasi kilang Diterbitkan sejam lepas Dikemaskini sejam lepas Pemimpin Umno dan PAS hari ini meminta kerajaan untuk menutup sepenuhnya operasi...
Kilang Pembinaan Tutup Ekonomi Buka

Kilang Pembinaan Tutup Ekonomi Buka

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 286 hits
NORMAN RADZUANPKPD Selangor WP selepas sebulan baru sedar KILANG PEMBINAAN TUTUP EKONOMI BUKA Selepas sebulan skg baru mahu lakukan PKPD utk Selangor dan KL Saya kurang setuju sepatut PKPD Inilah yg kita bisingkan selama hari ini Kenapa sel...
Hari Ini 5812 Kes Netizen Komen Tutup Kilang Bertalu Talu Di Fb Kkm

Hari Ini 5812 Kes Netizen Komen Tutup Kilang Bertalu Talu Di Fb Kkm

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 237 hits
MALAYSIA DATELINETiga hari lagi tempoh PKP 3 0 sama ada akan beralih kepada fasa kedua atau tidak ia bergatung kepada kes baru harian positif COVID 19 Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan jika kes baru tidak menunjukkan penurunan bawa...
Dua Kilang 11 Premis Langgar Sop Diarah Tutup

Dua Kilang 11 Premis Langgar Sop Diarah Tutup

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 275 hits
Oleh ZULKIFLI MANZOR Gambar hiasanPETALING JAYA Sebanyak dua kilang dan 11 premis perniagaan diarahkan tutup semalam kerana melanggar Prosedur Operasi Standard bagi membendung penularan wabak Covid 19 Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Y...
Baik Tutup Semua Kilang Dari Laksana Pkpd Di Kuala Muda

Baik Tutup Semua Kilang Dari Laksana Pkpd Di Kuala Muda

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 338 hits
Tapi kena pastikan jangan paksa bekerja secara diam diam BANGI Adalah lebih baik sekiranya kebenaran operasi semua kilang di kawasan industri daerah Kuala Muda ditarik balik dan ditutup berbanding menggesa Perintah Kawalan Pergerakan Diperk...
Kilang Sarung Tangan Diarah Tutup Dikompaun Langgar Sop

Kilang Sarung Tangan Diarah Tutup Dikompaun Langgar Sop

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 285 hits
Kilang sarung tangan diarah tutup dikompaun langgar SOP Dikemas kini 7 jam yang lalu Diterbitkan pada 20 Jun 2021 10 11PM
Anak Makan Sesuap Dua Tutup Mulut Rapat Ibu Jangan Stres Sabar Sikit Nanti Ok

Anak Makan Sesuap Dua Tutup Mulut Rapat Ibu Jangan Stres Sabar Sikit Nanti Ok

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 256 hits
Bayi nak mula makan Bayi tak nak makan Usia 6 bulan nak perkenalkan makanan macam mana Tekstur makanan macam mana Bagi menjawab persoalan ini perkongsian Puan Nur Miera boleh memberi panduan buat anda Bagi ibu yang nak sediakan bubur anak t...
Best Healthy Breakfast Recipe With Eggs

Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Bila Beruk Pun Rajin Menyapa

Masak Kicap Sotong Dan Kes Jenayah

Jay Idzes Pilih Sassuolo Babak Baru Karier Sang Kapten Venezia

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Bursa Efek Indonesia Kalbar Bidik 100 Galeri Investasi Sekolah Pada 2025

Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Guna Autowasap Aplikasi Automasi Whatsapp Marketing Untuk Peniaga Kecil

Ibu Sempat Berhubung Dengan Anak 30 Minit Sebelum Nahas Maut Di Gua Musang

Jom Terus Amalkan

Kucing Bernama Dak Jasmine

13 Golongan Yang Kencingnya Menyebabkan Solat Tidak Sah

7 Produk Xdr Yang Popular Dan Dipercayai Tahun 2025