Cadangan Skim Bayaran Pencen Bulanan Kwsp 2025 Rmk 13


Cadangan penstrukturan akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhubung skim bayaran pencen secara bulanan adalah bagi membolehkan sebahagian daripada simpanan ahli diperuntukkan khusus untuk menyediakan aliran pendapatan berkala sepanjang tempoh persaraan. Cadangan yang merupakan pertimbangan Kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) ini sedang diteliti dan sebarang keputusan hanya akan dibuat selepas sesi libat urus yang menyeluruh dengan pihak berkepentingan dan pertimbangan sewajarnya terhadap kepentingan jangka panjang ahli. Buat masa ini, peraturan dan mekanisme pengeluaran KWSP kekal seperti sedia ada. Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan melalui saluran rasmi KWSP dari semasa ke semasa.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cadangan ini untuk makluman bersama.
Sumber: KWSP Apakah Cadangan Skim Bayaran Pencen Bulanan KWSP? Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk menambah baik sistem pengeluaran KWSP dengan memperkenalkan kaedah pembayaran secara berkala, mirip sistem pencen bulanan.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, cadangan ini bertujuan memastikan simpanan persaraan tidak habis terlalu awal, sejajar dengan jangka hayat rakyat yang semakin panjang dan kos sara hidup yang meningkat.
Cadangan penstrukturan akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ini juga membolehkan sebahagian daripada simpanan ahli diperuntukkan khusus untuk menyediakan aliran pendapatan berkala sepanjang tempoh persaraan.
Katanya, idea utamanya ialah membangunkan satu sistem yang lebih mampan dan ia sedang diperhalusi serta sudah diberikan penjelasan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU).
Beliau menjelaskan, mekanisme ini masih di peringkat kajian dan belum dilaksanakan, namun jika dilaksana, ia dapat menjamin simpanan lebih mampan dan mencukupi untuk pencarum selepas bersara.
@shaharabdllh Dalam ucapan perbahasan RMK13 semalam, saya turut mencadangkan pihak Kerajaan untuk mempertimbangkan pembayaran pencen secara bulanan menerusi simpanan KWSP. Pertama, pengeluaran simpanan persaraan tidak wajar bersifat mandatori, apatah lagi apabila opsyen anuiti telah sedia wujud dalam kerangka KWSP. Kedua, jika cadangan anuiti bulanan ini mahu diperluas atau dijadikan laluan utama, maka ia mestilah dilindungi daripada susut nilai akibat inflasi. Ini bermakna struktur bayaran pencen bulanan tersebut perlu disemak secara berkala dan ditingkatkan seiring dengan kos sara hidup semasa. Saya berharap pihak kerajaan akan mengambil pendekatan berperingkat, fleksibel dan berteraskan pilihan, serta memastikan sebarang skim baharu benar-benar memberi perlindungan jangka panjang yang efektif kepada rakyat. #YBShahar #HebatkanPayaBesar #RMK13 #KWSP #AspirasiPahang1st #Pahang1st
♬ Victory Action Dramatic Epic Music Full – ArtArea Pelaksanaan Mekanisme Pengeluaran Pencen Bulanan KWSP Cadangan pelaksanaan bayaran pencen secara bulanan bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) tidak akan menjejaskan hak pengeluaran ahli sedia ada.
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata ini kerana cadangan tersebut hanya akan terpakai kepada ahli baharu yang mendaftar selepas tarikh pelaksanaan mekanisme baharu itu. 
Bagaimanapun katanya, ahli sedia ada boleh memilih untuk beralih kepada struktur baharu itu secara sukarela.
“Cadangan penstrukturan semula akaun KWSP ini akan memperkenalkan satu mekanisme baharu yang membolehkan sebahagian daripada simpanan ahli diperuntukkan khusus untuk menyediakan aliran pendapatan berkala sepanjang tempoh persaraan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
@beritartm Cadangan bayaran pencen KWSP secara bulanan tidak jejas hak pengeluaran ahli sedia ada Cadangan pelaksanaan bayaran pencen secara bulanan bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya akan terpakai kepada ahli baharu yang mendaftar selepas tarikh pelaksanaan mekanisme baharu tersebut. Ahli sedia ada boleh memilih untuk beralih kepada strukur baharu itu secara sukarela. ‘Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni’ ‘Yang sahih di RTM’ #MalaysiaMadani #BeritaRTM #taatsetia #TaatSetia #RTM
♬ original sound – Berita RTM – Berita RTM Beliau menjawab soalan tambahan Mordi Bimol (PH-Mas Gading) mengenai rasional KWSP untuk memperkenalkan bayaran pencen secara bulanan, lanjutan daripada pengumuman dalam RMK-13.
Menurut Lim, mekanisme baharu itu bertujuan memastikan simpanan ahli bertahan lebih lama bagi menampung perbelanjaan harian ketika tempoh persaraan yang dijangka semakin meningkat, seiring peningkatan jangka hayat.
“Struktur baharu ini akan diwujudkan apabila ahli mencapai usia persaraan minimum, yang mana simpanan ahli terbahagi kepada dua komponen utama iaitu simpanan fleksibel, iaitu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.
“Kedua, adalah simpanan pendapatan, yang diagihkan secara berkala atau bulanan sehingga habis. Cadangan ini bertujuan mengukuhkan jaminan pendapatan hari tua dan menyokong pengurusan kewangan yang lebih mampan,” katanya.
Maklumat Lanjut KWSP menyokong inisiatif Kerajaan untuk mengkaji cadangan skim pencen bulanan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), sebagai sebahagian daripada usaha membina masa depan persaraan yang lebih baik untuk Malaysia.
Baca kenyataan media penuh di https://tinyurl.com/vjwn28rz
Untuk mengetahui perkembangan terkini berkenaan pelaksanaan pengeluaran pencen bulanan KWSP, sila rujuk saluran berikut:
Facebook Kumpulan Simpanan Wang Pekerja Laman web rasmi : https://www.kwsp.gov.my/ Sumber: Bernama, Utusan Sarawak, Berita RTM, KWSP


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/skim-pencen-bulanan-kwsp/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=skim-pencen-bulanan-kwsp

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sumbangan Tunai Rahmah 2025 Cara Mohon Tarikh Bayaran

Sumbangan Tunai Rahmah 2025 Cara Mohon Tarikh Bayaran

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 855 hits
Permohonan dan semakan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah 2025 boleh dibuat dengan mudah melalui laman web rasmi STR di Sumbangan Tunai Rahmah 2025 merupakan bantuan tunai langsung yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah dan miski...
Bab 8 Ogos 2025

Bab 8 Ogos 2025

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 270 hits
Cepat masa berlalu Walaupun bulan Julai 31 hari tapi kejap je dah bertemu bulan Ogos Bulan Ogos bulan kemerdekaan yang dinantikan oleh rakyat Malaysia Tengok kalender bulan Ogos 2025 tak banyak cuti umum public holiday Hanya cuti Hari Merde...
Pengumuman Pemenang Top Komentator Julai 2025

Pengumuman Pemenang Top Komentator Julai 2025

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 222 hits
Assalamualaikum Salam Jumaat Hai korang Entry yang ditunggu tunggukan setiap 1hb Macam tak percaya dah masuk Ogos Terima kasih kepada semua yang sudi singgah baca dan tinggalkan komen sepanjang bulan Julai Serius setiap komen komen korang s...
Panduan Lengkap Upah Haji 2025 Hukum Syarat Kos Terkini

Panduan Lengkap Upah Haji 2025 Hukum Syarat Kos Terkini

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 311 hits
Panduan Lengkap Upah Haji 2025 Hukum Syarat Kos Terkini Upah Haji adalah amalan mulia dalam Islam di mana seseorang mewakilkan orang lain untuk menunaikan ibadah haji bagi pihak dirinya sama ada kerana telah meninggal dunia atau tidak berke...
Pahang Sasar 50 000 Pengunjung Mini Maha Pahang 2025 Berlangsung Pada 14 Hingga 17 Ogos Ini

Pahang Sasar 50 000 Pengunjung Mini Maha Pahang 2025 Berlangsung Pada 14 Hingga 17 Ogos Ini

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 253 hits
KUANTAN Pahang mensasarkan lebih 50 000 pengunjung hadir ke Mini MAHA Pahang 2025 yang dijadual berlangsung pada 14 hingga 17 Ogos ini Menteri Besar Pahang Datuk Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail berkata sebanyak 60 acara akan dijalankan sepa...
Adakah Cardano Akan Terus Menurun Dan Mencapai Tahap Sokongan Terdekatnya Jumaat 01 Ogos 2025

Adakah Cardano Akan Terus Menurun Dan Mencapai Tahap Sokongan Terdekatnya Jumaat 01 Ogos 2025

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 368 hits
Cardano Jumaat 01 Ogos 2025 Dengan EMA yang berada di bawah EMA dan penunjuk RSI pada tahap Bearish Ekstrem Cardano berpotensi mengalami tekanan yang ketara sepanjang hari Tahap Utama 1 Rintangan 2 0 80322 2 Rintangan 1 0 77607 3 Pivot 0 76...
Sri Pahang Tidak Sertai Liga Malaysia Musim 2025 26 Titik Permulaan Fokus Pembangunan Akar Umbi

Sri Pahang Tidak Sertai Liga Malaysia Musim 2025 26 Titik Permulaan Fokus Pembangunan Akar Umbi

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 254 hits
KUANTAN Keputusan Sri Pahang FC untuk tidak menyertai saingan Liga Malaysia musim 2025 26 wajar dijadikan titik permulaan kepada usaha memperkukuh pembangunan akar umbi bola sepak negeri itu bagi mengasah bakat pemain tempatan Sultan Pahang...
Selamat Datang Ogos 2025 Bulan Baru Harapan Baru

Selamat Datang Ogos 2025 Bulan Baru Harapan Baru

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 350 hits
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah dengan izin Allah kita diberi peluang melangkah ke bulan Ogos 2025 Satu lagi bulan yang penuh dengan ruang untuk kita perbaiki diri perbaiki amal dan mendekatkan hati kepada Ilahi Ya Allah jadikanlah O...
Meet The Aprilia Rsv4 X Gp A 90 000 Motogp Race Replica

The Trauma Code Heroes On Call Kdrama

Resepi Air Lai Chi Kang Buah Luo Han Guo Kering Manis Semula Jadi Menyegarkan

Saintis Jepun Temui Cara Tumbuhkan Semula Gigi Patah

Pemandu Audi Rempuh Dua Motosikal Urb Polis Positif Alkohol

Wanita Ditahan Ugut Khianat Guna Api

Tiket Percuma Di Aquaria Klcc Sempena Hari Jadi

Jangan Timbulkan Fitnah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Vitamin Saraf B Complex Plus With Folic Asid

Pencipta Kandungan Terima Kiriman Kepala Babi

Panduan Mudah Faham Cara Guna Google Drive Di Komputer Telefon

Puji Sedap Lelaki Algeria Terus Jadi Ketagih Lepas Cuba Teh Tarik

Speedy Tigers Akhiri Kempen Piala Asia 2025 Di Tempat Ketiga

I M Muhyiddin S No 1 Supporter Hamzah Declares Amid Poison Pen Letter Claims