Cadangan Mahathir Untuk Mewujudkan Kembali Matawang Bersandar Emas Adalah Idea Yang Lansung Tidak Bijak Kader




Mahathir  mencadangkan untuk diwujudkan matawang bersandar emas di Jepun baru baru ini.

Sebelum itu, admin mahu ingatkan Pembaca bahawa dalam sejarah panjang ketamadunan manusia, matawang adalah berbentuk fiat. Matawang bersandar emas sebagai satu sejarah panjang hanyalah propaganda. Kawan kawan boleh baca buku tulisan Prof David Graeber sebagai rujukan

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Debt:_The_First_5000_Years



Penggunaan matawang bersandar emas dalam sejarah England juga tidak lama, tamadun Inggeris dibina bukan dengan sistem matawang bersandar emas, sebaliknya adalah di bawah sistem matawang fiat yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi tujuan taxation, iaitu sistem matawang fiat berasas 'tally stick'.

 Sistem ini sudah wujud lebih lama dan mendominasi sejarah matawang Inggeris, sistem serupa juga digunapakai oleh banyak ketamadunan lain di dunia dan yang wujud sebelumnya

https://www.google.com/amp/s/www.bbc.com/news/amp/business-40189959

Matawang bersandar emas hanyalah memenuhi kehendak the moneyed class dan moneyed interest!

Kenapa dunia berubah dari matawang bersandar emas kepada matawang fiat adalah kerana di bawah matawang bersandar emas, krisis ekonomi  lebih banyak berlaku, sama ada di peringkat domestik mahupun internasional antara rakan dagang.

Dengan matawang bersandar emas, pasang surut ekonomi negara  terpaksa bergantung pada 3 perkara iaitu;

1- export dan terms of trade terhadap barangan yang diexport
3- foreign capital inflows (aliran emas asing ke dalam negara)
4- pengeluaran emas lombong lombong emas domestik

Jadi dalam keadaan di atas, matawang bersandar emas akan menyebabkan kerajaan tiada kuasa penuh untuk melaksanakan polisi monetari seperti sekarang, di mana kadar bunga akan ditentukan oleh pasaran (bukan lagi oleh Bank Negara seperti sekarang).

Di samping itu, Kerajaan juga akan hilang kebebasan untuk berbelanja defisit bagi melaksanakan polisi fiskal yang dapat menambahbaik kehidupan rakyat. Ini bermakna kapasiti fiskal dan monetari Kerajaan akan menjadi sangat terhad.

Perbelanjaan Kerajaan dan polisi ekonomi yang mahu dilaksanakan Kerajaan di bawah matawang bersandar emas terpaksa bergantung sepenuhnya kepada 'pasaran' dan keupayaan Kerajaan untuk mendapatkan stok emas sebagai reserves supaya matawang yang dibelanjakan dapat dipastikan ianya   bersandar stok/reserves emas yang cukup untuk menampung nilai matawang tersebut.

Antara sebab kenapa krisis ekonomi yang dikenal sebagai The Great Depression yang bermula pada tahun 1929 payah dipulihkan adalah kerana waktu itu matawang negara Amerika Syarikat dan Eropah adalah bersandar emas dan ini menyebabkan negara Amerika dan Eropah masing masing berlawan mahu menjadi negara net export, di mana setiap negara Eropah dan Amerika Syarikat waktu itu berlumba lumba untuk berada di posisi export lebih tinggi dari import.

Ini kerana setiap negara takut jika import melebihi export, maka reverse emas negara tersebut akan susut dan ini seterusnya akan menyebabkan satu satu negara itu mengalami kemelesetan Ekonomi.

Jadi, di bawah sistem matawang bersandar emas, negara Eropah dan Amerika Syarikat waktu itu cenderung untuk melaksanakan polisi berbentuk internal deflation supaya Kos pengeluaran dalam negara menjadi kompetitif dari segi harga berbanding kos pengeluaran di negara lain.

Dalam situasi ini kerajaan dengan sengaja menekan pertumbuhan ekonomi domestik supaya permintaan import dapat dikurangkan dan gaji buruh tempatan menjadi relatif lebih rendah agar produk keluaran tempatan menjadi murah untuk dieksport dan kompetitif dari segi harga berbanding produk negara lain di pasaran antarabangsa.

[Mahathir beberapa kali menyuarakan pendapatnya konon gaji buruh tempatan di Malaysia tinggi dan ini mengurangkan kompetitf eksport dari segi harga, jadi pemikiran Mahathir jelas sama dengan pemikiran pembuat polisi yang hidup di zaman sistem kewangan bersandar emas sebelum era Bretton Woods dan pemikiran pembuat polisi bagi negara membangun Semasa era Bretton Woods dulu, semenjak tahun 1971 Bretton Woods sudah dimansuhkan, tapi Mahathir tetap tidak boleh move on pemikirannya kepada berfikir dalam kerangka sistem monetari yang baru, iaitu Post Bretton Woods regime].

Pendekkata, logical conclusion bagi polisi ekonomi yang terwujud di bawah sistem matawang bersandar emas adalah polisi ekonomi berbentuk merchantalisme yang akan menyebabkan krisis ekonomi lebih sering berlaku.

Ingat! kekuatan kepada satu satu ekonomi itu adalah bergantung kepada kapasiti produktif yang ada dalam negara tersebut. Kapasiti produktif adalah elemen seperti teknologi, sumber daya manusia (Pendidikan, pengetahuan dan kemahiran rakyat secara kolektif), mesin mesin, sumber bumi seperti mineral, air, serta tanah dan lain lain elemen yang boleh digembleng untuk menghasilkan barangan bagi memenuhi kehidupan manusia.

 Jadi, kesejahteraan ekonomi dan penambahbaikan kehidupan rakyat bukanlah bergantung kepada emas!!! Sebaliknya bergantung kepada plan ekonomi yang mapan.

TAMBAHAN;

Ini petikan dari ucapan Mahathir.

"We can make settlement using that (new) currency (using gold). That currency must relate to the local currency as to the exchange rate and that is something that can be related to the performance of that country.

"That way we know how much we owe, how much we have to pay in the special currency of East Asia,” he said during a dialogue session at the 25th International Conference on The Future of Asia (Nikkei Conference) here, today.

Read more at https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/05/30/lets-have-common-east-asian-currency-based-on-gold-says-dr-m/#cq8OrcVvRfQjFOAM.99

Sebenarnya apa yang Mahathir maksudkan di atas adalah beliau mahukan satu matawang supra-nasional bersandar emas diwujudkan di peringkat badan antarabangsa yang dipersetujui oleh negara negara Asia Timur dengan kuasa undang undang lebih tinggi dari perundangan peringkat nasional. Dan matawang tempatan negara negara Asia Timur akan bersandar pada matawang supra-nasional yang bersandar emas ini yang mana nilai matawang negara negara Asia Timur akan ditentukan oleh pasaran berdasar perdagangan antarabangsa berbanding matawang supra-nasional

Idea ini bukanlah satu idea baru, sebaliknya ia pernah diperbincangkan secara serious oleh John Maynard Keynes sebelum kewujudan Perjanjian Bretton Woods Dahulu, ia dinamakan Bancor.

Boleh di baca di link ini.
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Bancor

Kelab diskusi ekonomi rakyat - KADER 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/05/cadangan-mahathir-untuk-mewujudkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelaburan Emas Dengan Matawang Kertas

Pelaburan Emas Dengan Matawang Kertas

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 346 hits
Apa kaitan pelaburan emas dengan matawang kertas Hari ini saya ingin berkongsi mengenai sejarah dan nilai duit kertas yang pernah ada di Malaysia khususnya sebelum merdeka Menurut sejarah tanah air pada tahun 1941 Jepun menjajah Tanah Melay...
Lebih Stabil Dr Mahathir Cadangkan Mata Wang Baru Berasaskan Emas

Lebih Stabil Dr Mahathir Cadangkan Mata Wang Baru Berasaskan Emas

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 303 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sesi dialog Persidangan Antarabangsa mengenai Masa Depan Asia hari ini berkata logam berharga itu boleh digunakan untuk menilai aktiviti import dan eksport dalam kalangan negara di Asia Timur Mal...
Video Perbuatan Tidak Endah Keluarga Diraja Johor Adalah Cerminan Peribadi Yang Sebenar Diri Mukhriz Mahathir

Video Perbuatan Tidak Endah Keluarga Diraja Johor Adalah Cerminan Peribadi Yang Sebenar Diri Mukhriz Mahathir

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 554 hits
Ramai yang mengkritik kebiadapan Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir yang dengan sengaja tidak menghulurkan tangan dan menyapa keluarga DiRaja Johor semasa di Pekan Pahang semalam Perbuatan yang mendapat kritikan netizen ini juga dirakamka...
Mahathir Beri Ucapan Selamat Atas Terpilihnya Kembali Jokowi Untuk Periode Kedua

Mahathir Beri Ucapan Selamat Atas Terpilihnya Kembali Jokowi Untuk Periode Kedua

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 346 hits
Saya ucap tahniah kepada Bapak jokowi atas kemenangan secara rasmi sebagai Presiden Republik Indonesia ujarnya dalam unggahan di Twitter pada 21 Mei 2019
Lepas Cadangan Sekatan Keluar Negara Di Perkenalkan Kembali Ura Ura Cadangan Pembaharuan Lesen Memandu Turut Disekat

Lepas Cadangan Sekatan Keluar Negara Di Perkenalkan Kembali Ura Ura Cadangan Pembaharuan Lesen Memandu Turut Disekat

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 325 hits
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional bercadang untuk menyekat pembaharuan lesen memandu dan juga cukai jalan kenderaan bagi peminjam tabung berkenaan yang culas untuk melangsaikan hutang mereka Ini kerana pada masa ini PTPTN mengala...
Emas Berkemungkinan Besar Akan Menolak Ke Tahap Lebih Rendah Lagi 30 Mei 2019

Emas Berkemungkinan Besar Akan Menolak Ke Tahap Lebih Rendah Lagi 30 Mei 2019

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 286 hits
Emas diniagakan sangat tidak menentu dan pembetulan harga pada baru baru ini di atas tahap 1276 dengan penutupan harian Namun harga dijangka naik ke tahap tertinggi baru Selain ketegangan perdagangan yang tercetus di AS China emas sebagai a...
Kuda Berbulu Emas

Kuda Berbulu Emas

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 545 hits
Korang tentunya sudah mengenal haiwan bernama kuda Haiwan ini sudah banyak berjasa di bidang pengangkutan saat kereta atau motor belum dijumpai Kuda sejak zaman dahulu sebagai kenderaan penarik kereta kuda dan juga digunakan untuk bercucuk ...
Habis Duit Mak Ayah Ambe Kena Lebong Warga Emas Rugi Rm16 000 Ditipu Sindiket Cabutan Bertuah

Habis Duit Mak Ayah Ambe Kena Lebong Warga Emas Rugi Rm16 000 Ditipu Sindiket Cabutan Bertuah

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 340 hits
KUALA TERENGGANU Sepasang suami isteri warga emas kerugian lebih RM16 000 ditipu sindiket cabutan bertuah ketika mengunjungi sebuah pasaraya di sini baru baru ini Menurut anak mangsa Ahmad Syahril Mohd dalam kejadian pada 13 Mei lalu bapany...
Emas Memperoleh Semula Momentum Seperti Yang Dijangka Mendorong Ke Arah As 1300 31 Mei 2019

Emas Memperoleh Semula Momentum Seperti Yang Dijangka Mendorong Ke Arah As 1300 31 Mei 2019

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 294 hits
Dagangan Emas telah meningkat secara drastik melonjak dari kawasan AS 1276 baru baru ini Selepas mengulang ulang tentang betapa baiknya perang perdagangan untuk urusniaga emas emas akan memperoleh manfaat daripada spekulasi melalui pelongga...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation