Pelaburan Emas Dengan Matawang Kertas


Apa kaitan pelaburan emas dengan matawang kertas? Hari ini saya ingin berkongsi mengenai sejarah dan nilai duit kertas yang pernah ada di Malaysia khususnya sebelum merdeka.
Menurut sejarah tanah air, pada tahun 1941, Jepun menjajah Tanah Melayu dan memperkenalkan duit kertas (atau lebih dikenali sebagai duit pokok pisang).
Namun, sejak 1943 British melancarkan perang melawan Jepun, nilai duit pokok pisang semakin susut hingga tiada nilai selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945.
Akibatnya, semua yang menyimpan duit pokok pisang Jepun terpaksa tinggalkan sahaja duit-duit tersebut.
Ambil iktibar atau pengajaran daripada sejarah negara yang telah berlaku. Dalam keadaan suasana ekonomi dan politik yang sukar diduga, tak mustahil perkara yang sama akan berulang dan berlaku ke atas matawang kita.
Menurut kajian oleh DollarDaze.org, sebanyak 775 mata wang kertas telah diwujudkan selama ini. Namun, tidak ada satu wang kertas pun yang telah berjaya memegang nilainya sepanjang sejarah. Sebanyak 155 matawang fiat (20%) gagal melalui hiperinflasi, sebanyak 163 matawang fiat (21%) telah dimusnahkan oleh peperangan, sebanyak 93 matawang fiat (12%) dimusnahkan semasa proses kemerdekaan, sebanyak 186 matawang fiat (24%) mengalami proses reformasi dan sebanyak 178 (23%) masih digunakan namun menghampiri salah satu proses yang diterangkan.

Purata jangka hayat untuk matawang fiat adalah 27 tahun, dengan jangka hayat terpendek selama hanya satu bulan! Namun, terdapat hanya satu wang kertas yang masih bertahan sejak diwujudkan pada tahun 1694, Pound Sterling British adalah matawang fiat tertua di dunia.

Pada usia tua 325 tahun, ia mesti dianggap mata wang fiat yang sangat berjaya. Walau bagaimanapun, kejayaan adalah relatif. Pada hari ini, Pound Sterling British dinilai sebanyak 12 auns perak, jadi ia bernilai kurang daripada 1/200 atau 0.5% daripada nilai asalnya. Dengan kata lain, nilai mata wang yang paling berjaya sejak kewujudannya telah kehilangan sebanyak 99.5% daripada nilainya!”
Sejarah dunia telah menunjukkan banyak kejadian matawang kertas milik beberapa negara menjadi tiada nilai!
Saya enggan percaya kepada apa jua ramalan. Namun, apa yang penting, persediaan awal dengan mulakan perlindungan ke atas kekayaan yang kita ada pada hari ini dalam bentuk kalis inflasi iaitu emas.
Sebab apa? Sebab bimbang simpan duit tunai banyak-banyak… esok-esok nilai jatuh mendadak… siapa tahu? Contoh pada tahun 2016, tiba-tiba India haramkan duit 500 rupee dan 1000 rupee di India.
Inida haramkan Rupee 500 dan 1000. Sesal kemudian tidak berguna lagi..
Masa masih belum terlambat. Ramalan ramai pakar kewangan dunia mengatakan nilai semua matawang dunia akan mula menyusut secara cepat mulai tahun 2020! Wallahu ‘alam.
Sejarah ribuan tahun telah membuktikan nilai emas kekal sehingga kini. Namun, tiada satu pun matawang kertas yang wujud di dunia boleh bertahan ribuan tahun.
Jika anda dah baca ebook percuma saya ‘5 Tips Mulakan Pelaburan Emas Patuh Syariah‘, ada ditunjukkan kekuatan nilai 1 dinar emas 1400 tahun lalu boleh bertahan sehingga pada hari ini!
Syeikh Imran Hossein juga seringkali mengingatkan bahawa Nabi Isa Al-Masih ‘Alaihissalam yang pasti akan turun pada suatu hari nanti tidak akan kenal matawang USD, Euro, Pound Sterling dengan banyaknya unsur riba’. Baginda sudah pasti bermuamalah dengan menggunakan emas dan perak, dinar dan dirham.
Anda boleh juga tonton ilmuwan tersohor eskatologi seperti Syeikh Imran Hosein juga kerap memberi peringatan mengenai kelemahan duit kertas yang sedang digunakan di seluruh dunia di sini.
Beliau juga seringkali mengingatkan mengenai Surah Al-Kahfi (Surah ke-18) yang sunnah dibaca setiap hari Jumaat, dalam ayat ke-82:-
وَأَمَّا الْجِدَارُ فَكَانَ لِغُلَامَيْنِ يَتِيمَيْنِ فِي الْمَدِينَةِ وَكَانَ تَحْتَهُ كَنزٌ لَّهُمَا وَكَانَ أَبُوهُمَا صَالِحًا فَأَرَادَ رَبُّكَ أَن يَبْلُغَا أَشُدَّهُمَا وَيَسْتَخْرِجَا كَنزَهُمَا رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَ وَمَا فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْرِي ذَٰلِكَ تَأْوِيلُ مَا لَمْ تَسْطِع عَّلَيْهِ صَبْرًا
Terjemahannya: “Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada “harta terpendam” kepunyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya”.
Syeikh Imran Hossein yang merupakan seorang pakar eskatologi Islam menyatakan “harta terpendam” yang dinyatakan dalam ayat tersebut sudah tentu bukan wang kertas yang boleh reput tetapi berupa emas dan perak yang boleh bertahan lama tanpa rosak walaupun ditanam.
Pelbagai petunjuk dan peringatan diberi kepada kita agar persiapan boleh dilakukan mulai sekarang. Namun tak perlu panik dengan menyimpan berkilo-kilo emas. Cukuplah sekadar keperluan yang membolehkan sara hidup diri dan keluarga selama 6 hingga 12 bulan jika krisis berlaku.
Pakar kewangan dunia mencadangkan 10% daripada kekayaan ditukarkan kepada emas.
Namun, persoalannya adakah cara yang paling mudah untuk menukarkan pendapatan tunai bulanan kepada emas?
Jawapannya ada…
Alhamdulillah pada hari ini, setelah kajian berminggu-minggu dijalankan, dikongsikan secara percuma cara mendapatkan emas dan perak secara patuh syariah dan sah di Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Jika anda nak mulakan serendah RM100 pun boleh dan dah boleh dapat simpan 0.5495g emas 24K (harga pada hari ini = RM182/g). Jika berminat nak potong bulanan serendah RM100 juga ada kemudahan yang disediakan.
Anda boleh layari Cara Buka Akaun Pelaburan Emas Patuh Syariah untuk mulakan Arahan Pembayaran ( Standing Instruction) kepada bank Maybank potongan bulanan.
Saya galakkan guna Maybank atau Public Bank sebab tiada caj tambahan berbanding bank lain. Login kemudahan internet banking di salah satu bank tersebut menggunakan komputer (PC / Laptop) sebab aplikasi di fon tiada kemudahan SI.
Anda simpan salinan resit SI dan emel kepada saya di [email protected] atau Whatsapp saya di https://akaungap.wasap.my untuk saya bantu proses kemaskini arahan pembayaran ke akaun simpanan emas GAP anda.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.pelaburanemas.org/pelaburan-emas-dengan-matawang-kertas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berita Pelaburan Emas Terkini Public Gold Keluarkan Gold Bar Raya 2019

Berita Pelaburan Emas Terkini Public Gold Keluarkan Gold Bar Raya 2019

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 663 hits
Berita Pelaburan Emas Terkini Public Gold Keluarkan Gold Bar Raya 2019 Jika anda menanti nanti Gold Bar Edisi Raya Tahun 2019 yang dikeluarkan oleh syarikat emas pelaburan terkemuka di Malaysia Public Gold penantian anda telah berakhir jua ...
Kedai Emas Murah Sungai Petani Di Kedah Kedai Emas Hajjah Halijah Jualan Tanpa Upah

Kedai Emas Murah Sungai Petani Di Kedah Kedai Emas Hajjah Halijah Jualan Tanpa Upah

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 742 hits
Tak ada sebarang kenyataan rasmi bahawa wanita perlu dikaitkan dalam emas Tapi masyarakat sejak dari dulu lagi mengakui emas adalah barang paling sinonim dengan golongan wanita Sampai ada macam tak kena kalau tak ada kilauan emas pada dirin...
Penumpang Warga Emas Buka Pintu Kecemasan Sebab Tak Sabar Nak Keluar Dari Pesawat

Penumpang Warga Emas Buka Pintu Kecemasan Sebab Tak Sabar Nak Keluar Dari Pesawat

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 293 hits
Seorang lelaki warga emas yang baru pertama kali menaiki pesawat komersial ditahan selama 10 hari oleh pihak berkuasa di Zhejiang China selepas dia membuka pintu kecemasan pesawat kerana mahu memotong barisan untuk keluar dari pesawat itu l...
Ultah Ke 40 Wendy Cagur Terkejut Dapat Kado Dari Sang Istri Wah Emas Batangan Nih

Ultah Ke 40 Wendy Cagur Terkejut Dapat Kado Dari Sang Istri Wah Emas Batangan Nih

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 409 hits
Wendy Armoko atau yang lebih dikenal dengan nama Wendy Cagur berulang tahun hari ini Wendy genap berusia 40 tahun pada 8 Mei tahun ini
Buggy Bantu Pengundi Warga Emas Oku

Buggy Bantu Pengundi Warga Emas Oku

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 351 hits
BERNAMA SURUHANJAYA Pilihan raya menyediakan tiga kereta buggy untuk membawa pengundi warga emas dan orang kurang upaya di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Muhibbah Sandakan hari ini Perkhidmatan kereta itu digunakan khusus untuk mengangku...
Pasaran Emas Tidak Memaksa Sebarang Berita Laporan

Pasaran Emas Tidak Memaksa Sebarang Berita Laporan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 303 hits
Kejatuhan dalam indeks saham dunia dan hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat berikutan kenyataan Donald Trump bahawa beliau akan menaikkan tarif dari 10 sehingga 25 pada sektor dagangan import yang bernilai AS 200 bilion dari China berm...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm