Cadangan Kit Siang Tak Masuk Akal Azizi
Kasthuri Jeevendran                                                                                                                                                                                                                                                                                          

Azizi Safar 
KUALA LUMPUR – Pelik melihat pembangkang kini begitu lantang  mengkritik kerajaan dalam usaha menangani Covid-19 yang kini sudah  meragut 11 nyawa di negara ini.
 Walhal sejak pandemik itu dikesan penghujung tahun lalu, ketika masih  lagi bergelar kerajaan, pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang rata-ratanya  berjawatan tinggi dilihat mengambil mudah sahaja wabak berkenaan.
 Baru-baru ini, pemimpin veteran DAP merangkap Ahli Parlimen  Iskandar Putri, Lim Kit Siang menggesa kerajaan untuk mengagihkan  penutup muka secara percuma kepada rakyat biasa dianggap tidak masuk  akal.
 Mengulas mengenainya, pemerhati politik, Azizi Safar berkata,  kerajaan Malaysia telah membeli 10 juta penutup muka dari China dan  bukan seperti tanggapan umum ianya adalah percuma.
 China hanya memberikan 100,000 keping penutup muka secara percuma  sebagai bantuan segera kepada negara ini hasil inisiatif Wisma Putra  baru-baru ini.
 “Sebenarnya tahukah anda bahawa penggunaan topeng muka di  hospital-hospital yang merawat pesakit-pesakit terjangkit virus adalah  60,000 kotak seminggu?
 “Satu kotak ada 50 keping. 60,000 kotak adalah bersamaan 3,000,000  keping penutup muka. Ia adalah pakai-buang, bukan boleh dipakai  berulang-ulang.
 “10 juta keping topeng muka untuk kegunaan selama tiga minggu sahaja oleh petugas-petugas di barisan hadapan.
 “Cadangan Kit Siang supaya kerajaan agihkan secara percuma yang  kononnya dapat percuma daripada China adalah tidak masuk akal dan tidak  boleh pakai,” tulisnya dalam Facebooknya hari ini. 

Lim Kit SiangKata Azizi lagi, sebenarnya petugas-petugas di barisan hadapan lebih memerlukan topeng muka daripada rakyat biasa.
 “Pertama, 10 juta topeg muka bukan dapat secara percuma daripada  Kerajaan China. Fahami itu.
Kedua, petugas-petugas di barisan hadapan  lebih memerlukannya lebih daripada rakyat biasa.
 “Oleh sebab itu juga, Ketua Pengarah Kesihatan memberitahu, orang  biasa tidak perlu pakai topeng muka kecuali mereka ada gejala-gejala  penyakit seperti batuk dan kerap bersin,” tegasnya. –MalaysiaGazette
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/cadangan-kit-siang-tak-masuk-akal-azizi.html