Cadangan Bahasa Inggeris Jadi Subjek Wajib Lulus Spm




Kerajaan disaran menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tunggal di sekolah dan universiti di negara ini, manakala bahasa Inggeris pula diwajibkan sebagai bahasa kedua bagi pelajar. 
Syor dikemukakan Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang menyokong saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mutu penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid dipertingkatkan mulai tahun depan, manakala kedudukan bahasa Melayu dikuasai tanpa tolak ansur.

Pengerusi Biro Pembangunan Ummah dan Komuniti Madani MPM, Kamal Shukri Abdullah Sani juga menyarankan Kementerian Pendidikan (KPM) menjadikan bahasa Inggeris subjek wajib lulus bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Syarat itu boleh dikuatkuasakan selepas semua prasarana dalam meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dilaksanakan kerajaan di sekolah, termasuk menjadikan ia sebagai bahasa kedua yang wajib.

"Jika semua sudah bagus, iaitu perkara membabitkan prasarana dan infrastruktur, sudah tiba masanya aspek mewajibkan bahasa Inggeris sebagai subjek lulus dalam SPM diteliti. Setakat ini, hanya bahasa Melayu dan Sejarah yang wajib lulus.

“Jika itu dilaksana, ia bermaksud pelajar gagal subjek bahasa Inggeris perlu ambil kertas peperiksaan ulangan seperti bahasa Melayu," katanya menambah, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tunggal perlu dilaksana bukan sahaja di sekolah rendah dan menengah, tetapi juga sekolah jenis kebangsaan (SJK).

Syor bahasa pilihan

Turut mengesyorkan bahasa lain seperti Tamil, Mandarin dan Arab boleh dijadikan bahasa pilihan utama bagi semua pelajar, Kamal Shukri berkata, semua sekolah juga perlu menyediakan makmal bahasa untuk rujukan pelajar bagi kedua-dua bahasa, Melayu dan Inggeris.

"Kita tidak mahu pelajar hanya mahir satu bahasa. Justeru, kita setuju usaha meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris kerana pejuang bahasa bukan anti bahasa Inggeris, sebaliknya kita mahu bahasa Melayu dijunjung, bahasa Inggeris dikendong dan bukan sebaliknya," katanya.

Tokoh pendidikan, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom pula berkata, penegasan Perdana Menteri dalam isu itu mampu menjadikan pelajar lebih kompeten dan usaha berkenaan boleh dilaksanakan melalui Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang sedia ada di sekolah.

Beliau berkata, ketika menjadi ketua pengarah di KPM pada 2007, pelaksanaan MBMMBI berjalan dengan baik dalam memastikan pelajar dapat kuasai bahasa Inggeris melalui program tertentu, termasuk pertandingan syarahan.

"Saya sokong saranan Perdana Menteri kerana jika kedua-dua bahasa dapat dikuasai pelajar, mereka akan lebih menjadi kompeten dan mudah belajar. Ini kerana ada bahan bacaan, khususnya di internet yang menggunakan bahasa Inggeris," katanya.

Katanya, saranan Perdana Menteri itu juga dapat meningkatkan lagi kualiti pendidikan kerana persaingan pelajar kini bukan lagi dalam kalangan mereka sendiri, namun pada peringkat global, sekali gus memerlukan penguasaan baik dalam bahasa Inggeris yang menjadi bahasa antarabangsa, bahasa digital dan bahasa teknologi

Syarat itu boleh dikuatkuasakan selepas semua prasarana dalam meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dilaksanakan kerajaan di sekolah.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/11/cadangan-bahasa-inggeris-jadi-subjek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Thailand Di Kedudukan Terendah Indeks Penguasaan Bahasa Inggeris

Thailand Di Kedudukan Terendah Indeks Penguasaan Bahasa Inggeris

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 217 hits
TAHAP penguasaan bahasa Inggeris Thailand adalah antara yang terendah di Asia menurut tinjauan terkini EF English Proficiency Index Thailand berada di kedudukan ke 101 daripada 113 negara bukan penutur asal bahasa Inggeris dan jatuh ke dala...
Bahasa Inggeris Dibenar Dalam Urusan Rasmi Di Sabah Sarawak Kata Menteri

Bahasa Inggeris Dibenar Dalam Urusan Rasmi Di Sabah Sarawak Kata Menteri

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 316 hits
KABINET Persekutuan bersetuju penggunaan Bahasa Inggeris dibenarkan bagi urusan rasmi di Sabah dan Sarawak kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Ewon Benedick Beliau berkata nbsp keputusan itu selaras dengan perlembagaan kedua dua ...
Ajar Anak Kuasai Bahasa Inggeris Matematik Tak Perlu Stress Mulakan Sejak Awal

Ajar Anak Kuasai Bahasa Inggeris Matematik Tak Perlu Stress Mulakan Sejak Awal

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 178 hits
Ibu dan bapa mana yang tidak gembira bila melihat prestasi anak anaknya yang mampu menguasai pelbagai subjek dengan baik di sekolah Satu kebanggaan atas usaha selama ini Pun begitu untuk menguasi kesemua subjek terutama Matematik dan Bahasa...
Bahasa Indonesia Wajib Digunakan Di Ruang Publik Ikn Nusantara

Bahasa Indonesia Wajib Digunakan Di Ruang Publik Ikn Nusantara

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 190 hits
Semakin masifnya pembangunan di IKN masih banyak papan informasi maupun tulisan di ruang publik yang lebih menonjolkan bahasa asing
Ganjar Tegaskan Lanjutkan Pembangunan Ikn Jika Menang Pilpres Undang Undang Sudah Diketuk Wajib Dilaksanakan

Ganjar Tegaskan Lanjutkan Pembangunan Ikn Jika Menang Pilpres Undang Undang Sudah Diketuk Wajib Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 120 hits
Ganjar memastikan kembali pembangunan IKN tetap dilaksanakan berdasarkan ketetapan Undang Undang Nomor 3 Tahun 2022 tentang Ibu Kota Negara
Exco Pelancongan Melaka Paksa Beca Berhenti Pasang Lagu Dangdut Wajib Pasang Lagu Ini Je

Exco Pelancongan Melaka Paksa Beca Berhenti Pasang Lagu Dangdut Wajib Pasang Lagu Ini Je

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 137 hits
Abdul Razak juga mengingatkan persatuan beca di negeri tersebut supaya tidak mengambil kesempatan dan hanya 8230 Pengayuh beca di Melaka telah dipinta untuk menggantikan pemasangan lagu muzik dangdut dengan lagu tradisional atau dondang say...
Guru Besar Dedah Lebih 3 Tahun Tinggal Dalam Stor Sekolah Hingga Bersara Wajib

Guru Besar Dedah Lebih 3 Tahun Tinggal Dalam Stor Sekolah Hingga Bersara Wajib

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 318 hits
Johary Indanam hmetro com myTANGKAP layar video di Tiktok ketika George menceritakan pengalaman tinggal dalam stor sekolah FOTO TikTok George OdolKota Kinabalu Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ulu Ansuan di Telupid George Odol mendedahkan peng...
Langkah Seterusnya Mahiaddin Kini Wajib Ambil Jawatan Ketua Pembangkang Daripada Hamzah

Langkah Seterusnya Mahiaddin Kini Wajib Ambil Jawatan Ketua Pembangkang Daripada Hamzah

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 155 hits
Bagi sesiapa yang pernah berjumpa dengan Mahiaddin Md Yasin mereka pasti sedar topik pengalamannya selama lebih 40 tahun dalam politik adalah antara tajuk perbualan yang jarang tidak disentuhnya Presiden Bersatu itu ternampak amat berbangga...
5 Jenis Solat Sunat Yang Wajib Korang Tahu

5 Jenis Solat Sunat Yang Wajib Korang Tahu

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 358 hits
Solat adalah perkara WAJIB ke atas setiap umat Islam yang berakal dan baligh Betapa pentingnya ibadah solat lima waktu sehari semalam ini ia merupakan rukun Islam ke kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah Perkara pertama akan ditanya d...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco