Cacat Kedua Belah Tangan Lelaki Oku Ini Cekal Usahakan Ternakan Lembu


MACHANG – Biarpun cacat kedua belah tangan sejak lahir, namun ia tidak menjadi penghalang bagi Rahim Yusoff, mengusahakan ternakan lembu untuk dijual kepada orang ramai bagi meraih pendapatan menampung keluarganya.
Rahim, 54, berkata dia mula menternak lembu sejak enam tahun lalu bermodalkan RM2,500 dengan membeli seekor lembu bunting daripada seorang penternak lembu di Machang.
“Pada Aidiladha tahun lepas, saya berjaya menjual 10 ekor lembu bagi tujuan ibadah korban sekitar harga RM2,500 hingga RM3,700 seekor untuk memenuhi permintaan penduduk setempat.
“Dengan pendapatan yang diperoleh ini, sekurang-kurangnya ia dapat menampung perbelanjaan kami lima beranak daripada terus menagih simpati dan mengharapkan bantuan orang ramai,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Pangkal Gong, Pulai Chondong di sini hari ini.
Katanya dia kini mempunyai lima ekor lembu iaitu tiga yang dipelihara sendiri manakala dua ekor lagi melalui sistem pawah iaitu milik penduduk kampung itu yang menyuruhnya menjaga ternakan mereka dan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kelantan.

Bapa kepada tiga anak ini berkata untuk mengelakkan ternakan dijangkiti penyakit yang boleh menyebabkan kematian termasuk penyakit kuku dan mulut, dia akan mendapatkan khidmat veterinar untuk memberi suntikan sekurang-kurangnya enam bulan sekali.
“Bagi makanan, selain memberi palet berharga RM31 untuk 50kg yang hanya mampu bertahan tiga hari, saya juga akan melepaskan lembu di bendang berdekatan, sekitar waktu pagi hingga petang untuk meragut rumput.
“Lembu-lembu ini sudah jinak dan terbiasa dengan rutin harian seolah-olah ia sudah memahami, sekali gus memudahkan saya untuk mengawal walaupun dari jauh,” katanya yang cekap menguruskan ternakannya termasuk mencuci kandang dan memberi lembunya makan walaupun hanya menggunakan kakinya.
Katanya sebelum ini dia juga memelihara itik, namun tragedi bah kuning pada 2014 menyebabkannya mengalami kerugian kira-kira RM15,000 apabila 400 itik yang dipelihara mati dibawa arus banjir dan walaupun gagal ketika itu, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk bangkit berusaha dan mencuba nasib dalam bidang ternakan lembu.
Rahim berkata dia dan isteri, Noraidah Hamzah, 45, turut menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 dan RM250 setiap seorang.
Katanya, dia juga berharap agar usaha dan kecekalannya itu dapat dijadikan inspirasi dan tidak menjadikan kekurangan diri kepada golongan yang senasib dengannya sebagai penghalang untuk berjaya.
— BERNAMA
The post Cacat kedua belah tangan, lelaki OKU ini cekal usahakan ternakan lembu appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/cacat-kedua-belah-tangan-lelaki-oku-ini-cekal-usahakan-ternakan-lembu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Harap Bantuan Oku Kudung Kaki Cekal Ternak Kambing Buat Sara Keluarga

Tak Harap Bantuan Oku Kudung Kaki Cekal Ternak Kambing Buat Sara Keluarga

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 369 hits
Tidak semua orang dikurniakan dengan semangan dan juga katabahan yang kuat dalam diri apabila diuji dalam kehidupan Namun ujian yang mendatang dalam kehidupan setiap orang adalah berlainan dan tidak seharusnya dibanding bandingkan Ingin men...
Diejek Rakan Sebab Tangan Cacat Namun Respon Murid Tahun 1 Ini Buat Bapanya Sebak

Diejek Rakan Sebab Tangan Cacat Namun Respon Murid Tahun 1 Ini Buat Bapanya Sebak

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 472 hits
Diejek rakan sebab tangan cacat Tidak semua orang di dunia ini yang dilahirkan dalam keadaan sempurna Ini termasuklah seorang murid tahun 1 di Kepong yang lahir dengan sepasang tangan yang cacat Walaupun memiliki kekurangan dari segi fizika...
Annuar Nafi Wujud Campur Tangan Prosiding Lembaga Disiplin Umno

Annuar Nafi Wujud Campur Tangan Prosiding Lembaga Disiplin Umno

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 383 hits
MALAYSIAKINI Setiausaha Agung Umno Annuar Musa menegaskan bahawa kepimpinan parti tidak masuk campur dalam hal jawatankuasa disiplin parti Adalah ditegaskan jawatankuasa disiplin adalah sebuah jawatankuasa yang dibentuk berdasarkan perlemba...
Juruterbang Pertama Didunia Tanpa Tangan

Juruterbang Pertama Didunia Tanpa Tangan

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 419 hits
Walaupun dilahirkan tanpa mempunyai tangan wanita cantik ini mempunyai bakat luar biasa dan menyaingi orang orang yang dilahirkan normal Dia adalah Jessica Cox Jessica bukan hanya boleh menulis menari atau taekwondo Ia juga seorang juruterb...
Viral Pernikahan Kakek Sulawesi Gadis Perawan Tatapan Tangan Si Mempelai Di Foto Banjir Komen

Viral Pernikahan Kakek Sulawesi Gadis Perawan Tatapan Tangan Si Mempelai Di Foto Banjir Komen

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 750 hits
Peristiwa pernikahan kakek Sulawesi dan gadis muda lagi lagi viral di media sosial Di antaranya adalah pernikahan kakek Sulawesi dan gadis muda perawan ini Foto foto pernikahan mereka viral di Instagram Pantauan TribunJatim com foto foto te...
Punca Rezeki Datang Mencurah Curah Bila Isteri Makan Dari Tangan Suami

Punca Rezeki Datang Mencurah Curah Bila Isteri Makan Dari Tangan Suami

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 665 hits
Gambar Sekadar HiasanBila masuk bab suap menyuap ni rasa kita kali terakhir makan suap menyuap adalah sewaktu makan beradab Selepas itu tiada lagi adegan suap isteri ataupun suami ketika makan dengan alasan malu Malu orang nampak malu anak ...
Wan Azizah Hadiahkan Beg Tangan Buatan Negeri Sembilan Kepada Isteri Presiden Turki

Wan Azizah Hadiahkan Beg Tangan Buatan Negeri Sembilan Kepada Isteri Presiden Turki

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 836 hits
TIMBALAN Perdana Menteri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiahkan sebuah beg tangan buatan tempatan kepada Emine Erdogan isteri Presiden Turki Menurut kiriman menerusi halaman Facebook rasminya beg tangan itu diberi nama Ct N Honey diha...
Tepuk Sebelah Tangan Tak Jadi

Tepuk Sebelah Tangan Tak Jadi

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 344 hits
Assalammualaikum wbtTEPUK SEBELAH TANGAN TAK JADI Bukan seperti menari nari atau menyanyi seorang pun boleh jadi asal ada muziknya sahaja maka boleh menyanyi dan menari mengikut rentaknya Namun tidak tepuk sebelah tangan Tepuk sebelah tanga...
Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Masih Ada Pelanggan Yang Biadap Dengan Pekerja Oku

Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Masih Ada Pelanggan Yang Biadap Dengan Pekerja Oku

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 587 hits
Ketika berkunjung ke restoran atau pasar raya di negara ini kita pasti akan menyedari ada beberapa orang antara staf mereka yang merupakan golongan Orang Kurang Upaya ataupun OKU Perkara ini bukanlah lagi perkara asing buat kita yang selalu...
Erra Fazira Sah Bergelar Isteri Ezwan Zain Majlis Penuh Syahdu Di Rinjani Majestic

Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng

Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Hujan Lebat Pusat Beli Belah Trx Bocor Lagi

Lazada S Christmas Promotion

Reinstate Ptptn Loan Waiver For Top Scorers From Private Varsities Govt Urged

How Virtual Tours Shape The Future Of Architecture In The Metaverse

Cucur Cendawan Enoki Rangup Ketagih Resipi Mudah Tapi Padu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Resepi Puding Roti Karamel Confirm Jadi Untuk Pemula

Ruqyah 3 Surah Perlindungan

Menanti Kebijaksanaan Anwar Kemaskinikan Kabinet

Bagaimana Huawei Melindungi Anda Di Jaringan Wi Fi Publik

Cepat Habis Jika Begini

Apabila Moraliti Bertemu Undang Undang Perlembagaan Harus Diutamakan