Cabaran Saifuddin Terbaik Buat Pas


ULASAN

Saifuddin ketika berucap di parlimen.CABARAN yang dilontarkan oleh wakil Kulim - Bandar Baru (Saifuddin Nasution Ismail) semasa berucap membahas titah ucapan Yang DiPertuan Agong di parlimen petang tadi agar Pas membawa RUU 355 ke parlimen adalah satu cabaran yang perlu dilihat dari perspektif positif bukanya bersifat politik semata-mata.

Cabaran itu patut disambut baik oleh mereka yang menjadikan RUU 355 sebagai agenda perjuangan dan politik mereka, yakni Pas.


Menurut Saifuddin keadaan sekarang ini terbaik bagi Pas membawa semula RUU 355 ke parlimen kerana Pas kini sebahagian daripada kerajaan. Pasti jika Pas membawanya RUU 355 akan diterima.

Alasan diberikan Saifuddin itu munasabah kerana waktu ini Pas sudah berada di dalam kerajaan, yang mana sekurang-kurang tiga orang ahli parlimennya berada dalam jemaah menteri dan tiga menjadi timbalan menteri. Kesempatan dan peluang itu menjadikan kerja itu memudahkan dan tidak mempunyai banyak halangan.

Saifuddin menyatakan keyakinannya jika RUU 355 dibawa ke parlimen ia akan disokong oleh pihak kerajaan termasuk juga wakil daripada Air Itam (Wee Kah Siong) yang juga presiden MCA dan lain-lain.

Sekiranya Pas sedia menyambut cabaran dan gesaan Saifuddin itu, inilah masa terbaik untuk Pas membawa rang undang-undang berkenaan bagi merealisasikan cita-cita Pas sejak lama dahulu yang mahu melaksanakan Hukum Hudud di negara ini.

Perlu difahami maksud disebalik keperluan RUU 355 ia ada kepentingan dengan cita-cita Pas untuk pelaksanaan Hudud di negara ini kerana ia membabitkan perluasan hukuman di bawah Mahkamah Syariah yang diperlukan ke arah melaksanakan Hukum Hudud.
Untuk rekod RUU 355 pernah dibawa sebagai usul persendirian oleh wakil Marang (Abdul Hadi Awang) pada persidangan parlimen April 2017, bagaimana ia hanya setakat dibaca dan tidak ada perbahasan.

RUU 355 menimbulkan kontroversi hebat dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini kerana ada yang menentangnya apabila ia dikaitkan dengan pelaksanaan Hukum Hudud. Pihak yang membawa rang undang-undang berkenaan terpaksa menjelaskan disebalik pembentangan RUU 355 itu dan cuba mengelakkan ia agar tidak berkait dengan Hukum Hudud yang menimbulkan kontroversial.

Dalam usaha meredakan keadaan Pas dan beberapa Ngo mempertahankan RUU 355 berkenaan, memberi penerangan dan penjelasan konon ia bukan sebagai Hukum Hudud sebaliknya satu pindaan ke atas pindaan pernah berlaku sebelum ini berhubung akta tersebut. RUU 355 adalah bagi memindah atau memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang dikanun sejak tahun 1965 dan dikenali sebagai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Hukum diperuntukan dibawa akta ini denda RM1,000 dan penjara enam bulan dilihat sebagai terlalu ringan dan tidak munasabah dan jauh daripada menempati kehendak hukuman syariah. Akta ini dipinda beberapa kali tahun 1984 dengan menambah kadar denda kepada RM5,000 dan penjara tiga tahun.

Tahun 1989 sekali lagi ia dipinda untuk diperluaskan ke Sabah dan Sarawak. Kesemua pindaan berkenaan diusulkan oleh pihak kerajaan. Dalam RUU 355 dibawa wakil Marang itu ia mencadangkan dalam perluasan bidang kuasa itu hukum denda sehingga RM100,000 dan penjara 30 tahun.

Sekarang ini wakil Marang yang membawa usul itu pada April 2017 sudah berada dalam kerajaan. Adalah sesuai kalau ia dibawa semula ke parlimen untuk dibahaskan. Seperti kata Saifuddin, Pas kini adalah sebahagian kerajaan, maka tepat kalau RUU 355 itu dibawa semula atas kapasiti wakil Marang di sebelah kerajaan. Tentu RUU 355 itu akan diberi keutamaan oleh Speaker.

Kita yakin dan percaya kalau ia dibawa, rang undang-undang itu akan diterima dengan mudah, dengan itu cita-cita dan azam Pas untuk melaksanakan Hudud di negara ini insya-Allah akan tercapai.

Keperluan bagi Pas membawa RUU 355 bukan sahaja sebagai menyahut cabaran atau sinisme  wakil Kulim - Bandar Baru itu, tetapi demi melaksanakan apa yang menjadi cita-cita Pas selama ini. Walaupun RUU 355 bukan bermakna Hudud terus tertegak secara automatik, tetapi pindaan yang berlaku kelak akan menjurus ke arah pelaksanaan hukum itu secara perlahan-lahan. RUU 355 adalah rintisan ke arah pelaksanaan Hukum Hudud.

Kerana memahami maksud tersirat itulah maka RUU 355 disokong oleh para pemuka Islam dan NGO konsavertif Islam, sehinggakan diadakan satu demonstrasi menyokong RUU 355 semasa ia hendak dibawa ke parlimen semasa kerajaan BN terdahulu.

Dengan perkembangan dan takdir perubahan politik hari ini, Pas bukan sahaja perlu menyahut cabaran Saifuddin, tetapi secara tidak langsung juga dapat dijadikan kayu pengukur sejauh manakah keikhlasan Umno dan parti-parti lain yang bergabung dalam Muafakat Nasional (MN) kemudian membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN), selaras untuk melihat idealisme Pas terlaksana.

Pas boleh menggunakan peluang sebagai menyahut cabaran Saifuddin itu juga untuk melihat dan membuktikan kesahihan bahawa kerajaan PN kini sudah mendapat sokongan (majoriti) setelah berlangsung pemilihan Speaker Dewan Rakyat dua tiga hari lepas. Majoriti yang dimiliki kerajaan PN (dua undi) kini Pas boleh memanfaatkan untuk membentangkan semula RUU 355 itu.

Dengan membawa rang undang-undang berkenaan Pas juga dapat menguji sejauh mana keikhlasan Umno dan parti-parti dalam MN dan kerajaan PN. Pas hendaklah bijak dan tahu mengambil kesempatan. Sekiranya Pas gagal untuk berbuat demikian ia bukan sahaja terlepas peluang keemasan yang dimiliki kini tetapi natijah buruk akan disuluh rakyat bahawa Pas main-main dengan RUU 355 itu dan khasnya untuk melaksanakan tuntutan Allah, untuk melaksanakan Hukum Hudud. 
Adalah sesuatu yang buruk bagi Pas kalau rakyat sudah sampai dapat mengagak dan menuduh bahawa parti agama itu hanya bermain-main dengan istilah agama untuk kepentingan politik sahaja.

Dalam hal ini Pas perlu menghormati dan sedar diri dengan kata-kata, janji dan komitmen mereka selama ini yang sudah bertekad untuk melaksanakan Hukum Hudud bagi mengelakkan kemurkaaan Allah. Maka sia-sialah kalau Pas tidak mengambil peluang keemasan yang terbuka kini dan nescaya mereka berdosa.

Apabila cadangan itu dilontarkan oleh Saifuddin yang kini berada di blok pembangkang, saya yakin beliau dan pembangkang juga akan menyokong rang undang-undang berkenaan. Pas boleh memulangkan paku buah keras kepada Saifuddin dan pembangkang jika mereka menentangnya kelak.

Kalau selepas dibentang di parlimen Saifuddin dan pembangkang menentangnya, ia menjelaskan bahawa Saifuddin sendiri tidak ikhlas membuat gesaan dan cabaran itu kepada Pas dan apa yang berlaku nanti memberi markah tinggi kepada Pas. Rakyat akan melihat Pas konsisten dengan agenda Hukum Hudud dan ia bukan sesuatu toys politik.

Apapun perkara paling penting sekali adalah kepada Pas bagi mengelakkan parti itu dituduh hanya retorik untuk merealisasikan tuntutan Allah yang dipercayai dan diyakini oleh Pas bahawa Hudud adalah sesuatu yang wajib dilaksanakan itu dimana jika ia gagal dilaksanakan menyebabkan parti itu dan umat Islam seluruhnya berdosa, dan tempat orang berdosa adalah Neraka. Harap-harap Pas dapat dan benar menjadi pelindung ummah daripada selaran api Neraka. [wm.kl.8:03 pm 15/07/2020]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/07/cabaran-saifuddin-terbaik-buat-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Terbaik Untuk Keadaaan Sekarang Umno Pas Setuju Muhyiddin Terus Jadi Pm Lepas Pru15

Keputusan Terbaik Untuk Keadaaan Sekarang Umno Pas Setuju Muhyiddin Terus Jadi Pm Lepas Pru15

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 292 hits
Untuk mendapat mandat rakyat perlu ada PRU 15 lebih cepat lebih baik kerana sekarang PH sedang gila berperang sama sendiri Populariti Mahathir jatuh merundum Anwar pula rakan PH pun tak nak dia jadi PM Penyokong mereka jadi macam bodoh kena...
Bual Bicara Politik Pas Terajui Perpaduan

Bual Bicara Politik Pas Terajui Perpaduan

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 179 hits
Sinar Harian Naib Presiden AMANAH Mahfuz Omar mendakwa PAS dan UMNO adalah kumpulan yang anti perpaduan dan anti kedamaian Harakahdaily Ronnie kata Presiden PAS rasis dan ekstremis Terlalu ramai yang mendakwa dan menuduh PAS adalah anti per...
Muslimat Pas Marang Kumpul Rm30 000

Muslimat Pas Marang Kumpul Rm30 000

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 215 hits
Oleh Thaqifah Nafisah Hussain MARANG Muslimat PAS Kawasan Marang diingatkan agar bersiap siaga dari sekarang bagi menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan bila bila masa Ketuanya To Puan Zarani Othman berkata Skuad Munajat M
Adakah Pas Mahu Mempersoalkan Peranan Pdrm

Adakah Pas Mahu Mempersoalkan Peranan Pdrm

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 233 hits
MD ZULAIMI KAZIMBila Pas kembali bersikap terbuka peluang melebarkan pengaruh juga terbuka Pada mulanya saya melihat pihak PH kena bekerja keras khususnya Amanah yg jadi pesaing 1 to 1 dengan Pas Mungkin atas sebab ini sebahagian pemimpin A...
Jom Tinggalkan Pas Cukup Cukuplah Menjadi Jahil

Jom Tinggalkan Pas Cukup Cukuplah Menjadi Jahil

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 219 hits
Cukup cukuplah kita percaya kepada penjual penjujal agama ini Waktu mereka tiada kuasa mereka guna hukum untuk mencari kesalahan kerajaan PH Ada saja dalil mereka Bila kita kata kenapa di Kelantan berpuluh tahun mereka perintah mana hukum h...
Dulu Pas Gelar Art Harun Liberal Sekarang

Dulu Pas Gelar Art Harun Liberal Sekarang

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 320 hits
Sikap Pas hari ini terhadap pelantikan Datuk Azhar Azizan Harun sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah dipersoalkan selepas pernah menggelar bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya itu sebagai liberal Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH N...
Mungkinkah Ada Mp Umno Pas Tidak Menyokong Usul Tukar Speaker

Mungkinkah Ada Mp Umno Pas Tidak Menyokong Usul Tukar Speaker

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 226 hits
Oleh Shahbudindotcom Pagi ini merupakan hari penentuan bagi masa depan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Cubaannya membawa usul menukar Speaker Parlimen Mohamad Ariff Md Yusof bakal menjadi perhitungan hidup mati kepada masa depan po...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Berebut Kasih

Reaching Out

Penuhkan Keseniangan Anda Dengan Kedatangan Terbaru Vivo V30e 5g Di Malaysia

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Cara Guna Baki Gas Dalam Tong Gas Yang Hampir Habis

The Infinite Rise House By Earthscape Studio In Anaikatti India

Territorial Sea Act Still Valid And Applicable Including In T Ganu Pmo

Bomba Extinguishes Blaze That Razed 40 Of Pasir Gudang Palm Oil Factory

Towards More Comprehensive Pension Reform

Sayur Tauge Masak Lemak Putih Untuk Lunch