Cabaran Pelajar Malaysia Berpuasa 16 Jam Suhu 41 Darjah Celsius Di Perantauan


Oleh UtusanTV Mohamad Amirul Hakim, pelajar Malaysia di Sudan. - Gambar FB Mohamad Amirul BOLEH umat Islam di negara kita amat beruntung. Ini kerana tempoh menjalani puasa tidak terlalu lama dan juga sentiasa berada dalam keadaan yang selesa sama ada di rumah, pejabat atau sekolah.
Bagaimanapun, bagi rakyat Malaysia yang di perantauan, terutama para pelajar, mereka perlu menjalani ibadat puasa dalam suasana persekitaran budaya berbeza dan ia menjadi satu cabaran besar apatah lagi ketika dunia bergelut dengan pandemik COVID-19.
Misalnya, bagi mereka yang berpuasa di benua Afrika, keadaannya sangat mencabar kerana cuaca panas yang mencecah 41 darjah Celsius ketika ini dan perlu menjalani ibadah itu bagi tempoh 15 hingga 16 jam sehari.
Pelajar tahun dua Universiti Antarabangsa Afrika di Sudan, Muhammad Amirul Hakim, 20, berkata mengharungi cuaca panas serta tempoh berpuasa yang panjang merupakan cabaran utama sepanjang Ramadan sekali gus memberikan pengalaman manis dan pahit.
“Puasa di benua Afrika cepat letih, cepat dahaga. Kalau sebelum ini di Sudan, musim puasa lagi meriah daripada sambutan Aidilfitri. Masyarakat di Sudan selalu mengajak buka puasa di rumah ataupun di kawasan lapang tanpa mengira bangsa dan kaum.
“Solat Tarawih juga tidak semeriah dulu sebab prosedur operasi standard (SOP) COVID-19,” kata pelajar Jurusan Syariah dan Undang-Undang itu kepada Bernama melalui interaksi di laman Facebook hari ini.

Amirul juga berkongsi pengalaman kawasan didiaminya tiada bekalan elektrik pada waktu siang berikutan arahan kerajaan Sudan dan ini menyukarkan mereka untuk melakukan aktiviti pada sebelah pagi termasuk bersahur.
Bernama.com melaporkan, sementara di Sweden pula, Rini Sabir Massgard berkata pada tahun ini, beliau dan keluarganya berpuasa selama 17 jam berikutan musim bunga di negara itu.
“Siang semakin panjang. Bangun sahur pada 1 pagi dan berbuka pada 8.30 malam. Namun masih boleh urus kerana sekarang bekerja dari rumah dan cuaca tidak panas sangat. Cuma menunggu untuk waktu berbuka puasa sangat lama,” kata beliau yang sudah lapan tahun menetap di negara itu.
Pengurus Kumpulan sebuah syarikat swasta itu menjelaskan bahawa berpuasa sewaktu pandemik tiada beza, cuma orang ramai digalakkan supaya tidak berkumpul melebihi lapan orang.
Katanya suasana Ramadan di barat tidak mempunyai sebarang perbezaan dengan hari biasa dan tiada penganjuran Bazar Ramadan mahupun Solat Tarawih seperti di Malaysia.
Nur Hananie Azhar, yang merupakan pelajar jurusan Syariah Universiti Al al-Bayt di Mafraq, Jordan pula berkata beliau mampu menunaikan ibadat puasa dengan sempurna walaupun terpaksa menjalani perintah berkurung pada setiap Jumaat.
Pelajar berusia 19 tahun itu berkongsi bahawa berpuasa selama 15 jam dengan cuaca panas yang mencecah suhu 35 darjah Celsius tidak melemahkan semangatnya untuk meneruskan ibadat mulia tersebut.
“Cabaran ketika ini ialah kami tidak dapat menunaikan solat fardu mahupun tarawih di masjid berikutan pandemik.
“Tiada Bazar Ramadan dan sambutan Aidilfitri juga kurang meriah kerana rakyat Jordan menyambut Hari Raya Haji dengan meriah,” katanya.
Umat Islam di Sudan, Sweden dan Jordan mula berpuasa pada 13 April lepas sama seperti di Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/cabaran-pelajar-malaysia-berpuasa-16.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jenazah Pelajar Malaysia Meninggal Dunia Di Uk Selamat Dikebumi

Jenazah Pelajar Malaysia Meninggal Dunia Di Uk Selamat Dikebumi

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 176 hits
Jenazah penuntut Malaysia Muhammad Hafidz Abdullah yang meninggal dunia selepas menerima rawatan selama empat hari di unit rawatan kritikal sebuah hospital di United Kingdom selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Senawang di Negeri Sembila...
Universiti Madinah Tawar Biasiswa Tanpa Had Kepada Pelajar Malaysia

Universiti Madinah Tawar Biasiswa Tanpa Had Kepada Pelajar Malaysia

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 160 hits
Ditawar dalam pelbagai bidang termasuk perubatan kejuruteraan MADINAH Universiti Islam Madinah menawarkan jumlah biasiswa tanpa had kepada pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Islam kata Menteri di Jabatan Per...
Umat Islam Di Merata Dunia Mula Berpuasa Hari Ini Antara 10 Dengan 21 Jam

Umat Islam Di Merata Dunia Mula Berpuasa Hari Ini Antara 10 Dengan 21 Jam

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 167 hits
KONGSI ARTIKEL QATAR Tahun ini bulan Ramadan bermula hari ini bagi kebanyakan negara iaitu 13 April 2021 Tempoh berpuasa pula antara 10 dengan 21 jam bergantung kepada lokasi di mana anda berada Setiap tahun bulan Ramadan bermula sekita
Awani Ringkas Nilai R Naught Meningkat Pelajar Malaysia Selamat Dikebumi

Awani Ringkas Nilai R Naught Meningkat Pelajar Malaysia Selamat Dikebumi

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 238 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
10 Fakta Menarik Putera Philip Dan Beliau Disenangi Rakyat Dan Pelajar Antarabangsa Pelajar Malaysia

10 Fakta Menarik Putera Philip Dan Beliau Disenangi Rakyat Dan Pelajar Antarabangsa Pelajar Malaysia

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 435 hits
Kematian DUke of Edinburgh pada pagi Jumaat ternyata mendedahkan perspektif dan sanjungan dari pelbagai lapisan rakyat terhadap ahli keluarga diraja itu Sosok Putera Philip sentiasa diingati rakyat United Kingdom malah pelajar asing yang pe...
Wiretapping Dan Politik Malaysia Yang Penuh Keajaiban

Wiretapping Dan Politik Malaysia Yang Penuh Keajaiban

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 126 hits
KETIKA awal tersebarnya rakaman audio perbualan yang didakwa antara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ramai juga teruja dan ada bertanya benar atau tidak Namun kerana sudah masak dengan politik ramai dalam kalang...
Polis Australia Rampas 63kg Ice Bernilai Rm60 Juta Dari Malaysia

Polis Australia Rampas 63kg Ice Bernilai Rm60 Juta Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 171 hits
PETALING JAYA Polis Sydney membuat rampasan dadah methamphetamine bernilai kira kira RM60 juta yang dilaporkan dari Malaysia Dadah yang juga dikenali sebagai ice itu ditemui dalam lapisan kayu yang direkodkan dalam konsainan kapal sebagai s...
Makcik Travels Jasa Layanan Transportasi Khusus Wanita Di Malaysia

Makcik Travels Jasa Layanan Transportasi Khusus Wanita Di Malaysia

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 226 hits
Mendapat kesempatan berkunjung ke negeri orang untuk pertama kali tentu saja akan menjadi pengalaman yang cukup menyenangkan bagi sebagian orang Blogger Borneo sendiri merasakan hal ini ketika pertama kali berkunjung ke Kota Kinabalu Sabah ...
Rm60mil Worth Of Ice From Malaysia Seized By Australian Cops

Rm60mil Worth Of Ice From Malaysia Seized By Australian Cops

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 181 hits
The drugs found inside the wooden pallets on a ship PETALING JAYA About RM60 million worth of ice shipped from Malaysia were found by police in Sydney The drugs were found in wooden pallets in a consignment billed as mop buckets the Austral...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama

Pengertian Pungli Contoh Dan Hukumannya

Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord