Cabaran Menulis Hari 1 Describe Your Personality
Cabaran Menulis Hari 1: Describe Your Personality | Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Madani Malaysia. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya Allah dan sebelum memulakan bicara artikel yang lebih panjang, marilah sama-sama kita membaca Ummulkitab Surah Al-Fatihah.
Dan tidak dilupakan juga bersalawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina muhammad. Maksudnya: Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad S.A.W dan keluarga Muhammad S.A.W.Cabaran Menulis Hari 1: Describe Your Personality
Dengan lafaz بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang. Nak dimulakan dengan cabaran menulis hari 1 iaitu terangkan tentang personaliti MYiDEAKiNi. Nama penulis yang sebenar dalam blog MYiDEAKiNi ialah NUR KHAIRUL AZIZI BIN MOHAMAD. Umur 4 series dah. Lahir di Negeri Melaka dan dibesarkan di Dungun, Terengganu sehinggalah tingkatan 5 (habis sekolah). Melanjutkan pengajian di universiti tempatan sehingga tahun 2001.
Selepas itu keluarga berpindah kembali ke Melaka semasa MYiDEAKiNi berada di Universiti. Selepas habis pengajian, MYiDEAKiNi mula kerja di Kuala Lumpur dan menetap menyewa sebagai dendang Perantau di Selangor sehinggalah kini. Mula buat blog pada Bulan Julai 2012. Tapi suam-suam suku jer masa tu. Ahaks..
Cabaran Menulis Hari 1: Describe Your Personality
Tidak lokek untuk berkongsi ilmu tanpa meminta apa-apa upah. seikhlas hati. Masih ingat dengan pesan Ustaz & Ustazah ketika belajar kelas ilmu Fardu Ain dimana ketika kita sudah meninggalkan akan tinggal 3 perkara iaitu:Sedekah JariahIlmu yang dimanfaatkan selepas kematianAnak yang solehOleh itu walaupun masih lagi bujang, MYiDEAKiNi akan pegang pada perkara yang kedua, ilmu yang ada di dada ini, in shaa Allah akan dikongsikan dalam penulisan blog. Bagi cabaran menulis hari pertama ini, berikut adalah serba ringkas tentang personaliti MYiDEAKiNi jika kenal lebih rapat
Nampak Sombong tetapi sebenarnya peramahSeorang yang Penyayang khususnya pada haiwang dan orang sekelilingJujur dalam perbualan dan perbuatanMudah kasihan pada seseorang walaupun hilang kepercayaan pada seseorangSuka berseloroh dan bergurau mengikut keadaan sekelilingPemalu orangnya tapi bila dan kenal pemalu hilang entah kemanaBertanggungjawab dengan pekerjaan dan suka berkongsiMempunyai skil ilmu dalam tanaman, tukangan, jahitan, masakan dan juga komputerAda sedikit sifat sensitif jika bergurau melebihi had dan akan kurang bercakapCabaran Menulis Hari 1: Describe Your PersonalityKalau dari segi hiburan, lebih suka menjiwai tempo lagu dan lirik.Ada sifat penakut jika bersendirian dan gelapMudah mengalir airmata jika menonton cerita yang berkisahkan kesedihanAda sedikit sikap cemburu tapi tidaklah melampaui batas. Ada hadnyaSuka membeli peralatan dan teknologi seperti alatan memasak sama ada manual atau teknologi dan aplikasi perisian komputer.Berhati lembut dan tidak suka bergaduh walaupun itu adalah isu kecil. Rela mengelakkan diri dari memulakan persengketaan. Itu lebih baik.Mudah mendengar nasihat dan menerima pendapat orang lainSaling hormat menghormati antara satu sama lain terutama orang yang lebih tuaRasanya setakat ini jer kot nak kongsikan serba ringkas personaliti MYDEAKiNi. Nak buat penulisan santai-santai macam blogger lain tak pandai sangat. Kenapa tetiba ada cabaran menulis pulak ni? Nak tahu infonya boleh baca artikel Cabaran Menulis: 30 Days Writing Challenge sehingga habis. Baru tahu ceriteranya itewww..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.myideakini.com/2023/11/cabaran-menulis-hari-1-describe-your-personality.html