Cabaran Hidup Golongan Buta Dalam Masyarakat Yang Tidak Memahami


Fadila Awaludin Kos tinggi untuk menghasilkan buku dalam tulisan braille menyebabkan kanak-kanak buta tidak mempunyai akses ilmu yang lebih luas.

Presiden Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia, Mohammad Huzaifah Ahmad, memeriksa cetakan tulisan brail yang telah siap dicetak pada mesin brail di Jalan Tun Sambathan, Brickfield Tidak dapat melihat adalah sesuatu yang sukar ditambah pula dengan masyarakat sekeliling yang tidak menyokong serta kekurangan kemudahan asas seperti bahan bacaan.
Kos yang tinggi untuk menghasilkan buku dalam tulisan braille sehingga mencecah 10 kali ganda daripada biasa menyebabkan kanak-kanak buta tidak mempunyai akses lebih luas kepada ilmu berbanding dengan mereka yang celik penglihatannya.
Disebabkan itu, Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) memulakan inisiatif dan berganding bahu dengan penerbit buku tempatan bagi memenuhi permintaan pelajar dan guru buta.
“PPOBM akan bekerjasama dengan pihak penerbit buku seperti PTS, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Ikim untuk diterjemahkan dalam bentuk tulisan braille,” kata Presiden PPOBM Muhammad Huzaifah Ahmad kepada MalaysiaNow.
“Bagaimanapun kos yang tinggi kerana menggunakan kertas dan pencetak khas sehingga menyebabkan sebuah buku yang harga asal RM9 boleh mencecah RM120 apabila diterjemahkan kepada tulisan braille.”
Semakan tulisan brail oleh penyunting sangat penting semasa pembuatan buku.Katanya, buku yang dihasilkan adalah bertujuan untuk memberikan pendidikan percuma kepada pelajar buta berusia tujuh hingga 12 tahun bagi menggalakkan mereka membaca selain membuka peluang menimba ilmu sama seperti kanak-kanak celik.
Huzaifah berkata, buku yang dihasilkan juga akan dihantar kepada sekolah di seluruh Malaysia mengikut permintaan dan kapasiti buku.
“Fokus utama adalah kanak-kanak berusia enam dan tujuh tahun kerana itu pertumbuhan mereka sedang membesar, justeru bahan bacaan penting bagi membantu pendidikan dan memberi peluang kepada mereka berasa seronok membaca buku sama seperti kanak-kanak celik,” kata Huzaifah yang juga cacat penglihatan disebabkan penyakit Glaukoma.
Menurut Huzaifah, terjemahan buku tulisan braille dimulakan dengan pembelian hak penerbitan bagi mendapatkan kebenaran.
Selepas itu, tulisan braille dilakukan secara digital dengan menggunakan komputer sebelum disunting oleh pemantau yang juga buta.
“Setelah pemilihan dan suntingan dilakukan, bahan akan dicetak dan seterusnya digam bagi menjadikan buku.”
Kurang kemudahan asas
Menurut Huzaifah, selain kurang bahan bacaan bagi golongan buta, peralihan teknologi yang lebih moden turut tidak memanfaatkan mereka.
Katanya sebagai contoh penggunaan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang menggunakan skrin sentuh mengehadkan orang buta untuk mengeluarkan wang, melainkan dengan bantuan orang celik.
“Inovasi itu baik untuk pembangunan tetapi adakah ia dapat memenuhi keperluan secara menyeluruh tidak mengira sebarang kekurangan.
“Jika dahulu ATM menyediakan kekunci dengan tanda braille tetapi sekarang telah berubah kepada skrin sentuh.
“Bukan sahaja bagi orang buta, tetapi bagaimana jika individu berkerusi roda ingin menggunakan ATM, adakah fasiliti yang disediakan dapat memberikan kelestarian kepada semua pihak?,” soal Huzaifah.
Mohammad Farid Muslim menyunting tulisan brail pada komputer dengan menggunakan keyboard brail.Huzaifah berkata, seringkali kawasan tempat pejalan kaki yang disediakan sebagai laluan khas buat orang buta dijadikan tempat pakir motosikal.
Dan apabila dipersoalkan, jawapan yang diterima: “Berapa ramai sahaja orang buta yang nak lalu di sini?”.
Setiausaha PPOBM Sakinah Hassan berkata, disebabkan masyarakat tidak peka kepada golongan buta, mereka tidak dapat hidup berdikari dan memerlukan bantuan orang lain dalam kehidupan seharian.
“Saya melihat perbuatan ini selalu berlaku dan secara peribadi saya pernah menegur tindakan penunggang motosikal yang berbuat demikian,” katanya kepada MalaysiaNow.
“Namun alasannya tetap sama, siapa yang ingin menggunakan laluan atau mana ada orang buta dekat sini.”
Sakinah berkata, PPOB turut mendapat aduan daripada ibu bapa yang berdepan dengan kesukaran ketika anak-anak mereka menjalani pendidikan dan pengajaran di rumah (PdPR) ketika sekolah ditutup akibat peningkatan kes Covid-19.
Katanya, PdPR menjadi beban kepada ibu bapa untuk menyediakan kemudahan seperti komputer atau telefon pintar.
“Pernah ada pasangan buta yang kerjanya sebagai tukang urut bertemu dengan guru di sekolah meminta emel bagi menghantar tugasan.
“Pelajar buta perlukan kertas dan bahan rujukan khas untuk membolehkan mereka belajar tetapi disebabkan kekangan ada antaranya dibiarkan begitu sahaja,” kata Sakinah yang bimbang situasi sebegini akan menyebabkan pelajar buta tercicir,” kata Sakinah.
Kurang peluang pekerjaan
Menurut Huzaifah, selain kekurangan dalam bidang pendidikan, golongan buta turut berdepan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan.
“Pada 2017 jumlah individu buta berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seramai 45,000 dan dianggarkan 20,000 lingkungan 20-an dan 30-an, jadi berapa ramai antara mereka yang mendapat pekerjaan?
“Sedar dengan kekurangan yang kami ada tetapi seharusnya pihak bertanggungjawab memberi peluang kepada orang buta mendapat pekerjaan mengikut kesesuaian,” katanya.
Katanya, disebabkan itu ramai yang memilih untuk menjual tisu di kedai-kedai makan.
“Kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan membuatkan mereka perlu mencari alternatif lain dalam mendapatkan sumber pendapatan.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/cabaran-hidup-golongan-buta-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikut Jerlah Sop Tu Kita Bukan Golongan Kayangan

Ikut Jerlah Sop Tu Kita Bukan Golongan Kayangan

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 296 hits
Kita yang bukan VVIP VIP Menteri ataupun bersangkut paut dengan golongan kayangan ni janganlah lalai daripada mengikut SOP Sekian
Hiburan Akui Buat Video Tiktok Dengan Sebab Menyindir Syura Tuju Khas Buat Golongan Berhati Hitam

Hiburan Akui Buat Video Tiktok Dengan Sebab Menyindir Syura Tuju Khas Buat Golongan Berhati Hitam

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 297 hits
Penyanyi Syura yang kini bergelar usahawan kosmetik mengakui video yang dimuat naik di aplikasi TikTok dibuat khas untuk golongan yang berhati hitam dan tidak menyenangi kejayaan orang lain AdvertisementView this post on Instagram Video ber...
Hiburan Penat Buat Ujian Calitan Bagi Setiap Projek Zed Zaidi Cadang Golongan Selebriti Diberi Vaksin Awal

Hiburan Penat Buat Ujian Calitan Bagi Setiap Projek Zed Zaidi Cadang Golongan Selebriti Diberi Vaksin Awal

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 300 hits
Selepas mendapat banyak aduan daripada para artis kerana terpaksa berulang kali menjalani ujian calitan bagi setiap projek Persatuan Seniman Malaysia meminta kerajaan mempertimbangkan suntikan vaksin lebih awal buat golongan penggiat seni m...
Muhyiddin Yassin Umumkan Bantuan Terbaru Sebanyak Rm500 Untuk Rakyat Rupa Rupanya Bantuan Tersebut Untuk Golongan Ini

Muhyiddin Yassin Umumkan Bantuan Terbaru Sebanyak Rm500 Untuk Rakyat Rupa Rupanya Bantuan Tersebut Untuk Golongan Ini

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 399 hits
PUTRAJAYA Kerajaan telah memperuntukkan RM 1 2 b ilion bagi membantu 2 4 juta penerima yang kehilangan punca pendapatan kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
6 Golongan Perempuan Yang Tidak Wajar Di Nikahi

6 Golongan Perempuan Yang Tidak Wajar Di Nikahi

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 416 hits
6 Golongan Perempuan Yang Tidak Wajar Di Nikahi Bila terbaca artikel yang dihantar seorang sahabat beberapa tahun dulu membuat saya rasa terfikir dan mengadili diri dan sekeliling apakah benar terdapat 6 jenis wanita malang tidak wajar di n...
Indon Tak Ada Duta Khas Timur Tengah Pun Dapat Billion Malaysia Ada Duta Makan Gaji Buta

Indon Tak Ada Duta Khas Timur Tengah Pun Dapat Billion Malaysia Ada Duta Makan Gaji Buta

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 219 hits
HAMZAH RIEE NAKerajaan indonesia lebih diyakini UAE utk melabur Ye lah kerajaan indonesia itu sah dan bermandat serta rakyat yang pilih Maka dengan itu pastilah para pelabur lebih yakin Haiiiii lahhhh apa nak jadilah negara jiran indonesia ...
Kisah Lucu Ke 13 Istilah Cina Buta Untuk Muhallil

Kisah Lucu Ke 13 Istilah Cina Buta Untuk Muhallil

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 356 hits
kisah lucu ke 13 penebus talak 3 dengan bayaran khusus sesuai perjanjian
Muntahkan Awan Panas Sejauh 1000 Meter Masyarakat Sekitar Gunung Sinabung Diimbau Gunakan Masker

Muntahkan Awan Panas Sejauh 1000 Meter Masyarakat Sekitar Gunung Sinabung Diimbau Gunakan Masker

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 187 hits
Hingga kini gunung tertinggi kedua di Sumatera Utara ini dipastikan dalam status siaga Semoga masyarakat di sana diberi keselamatan dan keadaan kian membaik
Ini Syarat Masyarakat Yang Ingin Keluar Kota Saat Libur Lebaran 2021

Ini Syarat Masyarakat Yang Ingin Keluar Kota Saat Libur Lebaran 2021

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 207 hits
Pemerintah melarang masyarakat untuk mudik Lebaran Idul Fitri sejak 6 hingga 17 Mei 2021 Namun jika dalam kondisi mendesak pemerintah mengizinkan masyarakat untuk melakukan perjalanan selama masa libur Lebaran
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran