6 Golongan Perempuan Yang Tidak Wajar Di Nikahi
6 Golongan Perempuan Yang Tidak Wajar Di Nikahi | Bila terbaca artikel yang dihantar seorang sahabat beberapa tahun dulu membuat saya rasa terfikir dan mengadili diri dan sekeliling, apakah benar terdapat 6 jenis wanita malang tidak wajar di nikahi. Ianya peringatan bagi wanita mahupun gadis untuk mengelakkan diri dari menjadi mereka dalam golongan wanita yang malang ini dan supaya kaum wanita menjauhi sifat sebegini.
6 Golongan Perempuan Yang Tidak Wajar Di Nikahi
Imam Ghazali pernah memberi nasihat kepada kaum lelaki agar tidak menikahi 6 jenis perempuan iaitu al Annanah, al Mananah, al Hananah, al Haddaqah, al Barraqah, dan asy Syaddaqah.
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”
Siapakah 6 Golongan Perempuan Yang Tidak Wajar Di Nikahi1. Wanita alAnanah
banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Al Annanah adalah sifat seorang wanita yang terlalu suka mengeluh dan mengadu masalah yang dihadapi kepada sesiapa sahaja atau secara berlebihan.Contoh yang dapat kita lihat buat masa ini adalah meluahkan masalah rumah tangga di media sosial. Bagi lelaki yang mengahwini wanita yang bersifat suka mengeluh adalah sukar untuk mencapai kebahagian kerana wanita tersebut hanya akan mengeluh tanpa membincangkan cara menyelesaikan masalah yang dihadapi Di samping itu si lelaki juga akan mengalami tekanan perasaan. Selain itu ia juga boleh merosakkan hubungan bersama keluarga mertua atau sahabat.
2. Wanita alMananah
suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
Al Mananah adalah wanita yang suka mengungkit-ungkit kebaikan atau jasa yang telah mereka lakukan. Wanita yang mempunyai sifat seperti ini biasanya akan mendatangkan masalah kepada si lelaki kerana biasanya jika mereka berbeza pendapat wanita tersebut akan mula mengungkit kebaikan dan jasa yang pernah dibuat dan ini akan lebih memberi impak yang negatif lebih-lebih lagi jika si suami mempunyai pendapatan yang lebih rendah daripada si isteri
3. Wanita alHananah
menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya terdahulu, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Al Hananah adalah wanita yang suka menceritakan kelebihan orang lain di hadapan suami. Sebagai contoh jika wanita itu seorang janda maka dia akan menceritakan kelebihan bekas suaminya. Dan jika si wanita masih belum pernah berkahwin mungkin dia akan membandingkan atau menceritakan kelebihan ayahnya atau saudaranya. Namun yang paling teruk adalah jika si wanita pernah mempunyai teman lelaki dan si wanita membandingkan bekas teman lelaki dengan suaminya yang mana akan dapat merosakkan hubungan perkahwinan
4. Wanita alHadaqah
Wanita yang tinggi keinginan tanpa memikirkan kemampuan hingga memaksa suaminya untuk memdapatkannya
Al Haddaqah adalah wanita yang boros dan mempunyai keinginan untuk berbelanja besar tanpa memikirkan kehendak atau keperluan. Biasanya wanita jenis ini mudah tertarik kepada sesuatu barangan atau produk dan suka meminta ataupun memaksa si lelaki/suami untuk membelikannya. Jika jenis2 wanita sebelum ini mereka lebih kepada merosakkan emosi namun wanita jenis ini lebih kepada merosakkan kewangan si lelaki. Walaupun si wanita mempunyai suami yang kaya raya namun seharusnya sifat boros dielakkan kerana bertentangan dengan agama dan perkara ini akan menjadi lebih teruk jika si lelaki/suami seorang yang miskin atau hanya cukup-cukup makan. Disebabkan itulah ramai lelaki atau suami terjerumus kepada jalan haram kerana ingin memenuhi kehendak si isteri yang berlebih - lebihan.
5. Wanita al Baraqah
wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
Jenis wanita ini adalah yang suka berhias berlebih-lebihan sepanjang hari. Mereka ini biasanya akan berhias berlebih-lebihan sehinga menelan belanja yang tinggi .Perkara ini adalah lebih teruk jika si wanita berhias bukan untuk suaminya tetapi hanya untuk menunjukkan kecantikan di khalayak ramai
6. Wanita asy Syadaqah
wanita yang banyak cakap tidak menentu lagi bising.
Asy Syaddaqah adalah seorang wanita yang terlalu banyak berbicara. Hampir setiap perkara mahu dikomen atau ditegur dan teguran bukanlah untuk memperbaiki atau pun bermanfaat tetapi hanya sekadar menegur tanpa sebab tanpa unsur periksa. Menikahi wanita jenis ini akan menyebabkan susah bagi pasangan tersebut untuk mendapat kebahagiaan kerana semestinya si suami akan sentiasa menjadi sasaran dan ditegur tentang pelbagai perkara hatta perkara yang remeh temeh sekalipun.
Semoga perkongsian ini memberi manafaat buat diri kita dan bagi gadis mahupun wanita yang inginkan kebahagian dalam perkahwinan, berubahlah untuk kebbaikan diri dan rumahtangga. Hindari dari sifat-sifat sebegini supaya bahagia di dunia dan di akhirat. InsyaAllah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.iamfuzy.com/2021/03/6-golongan-perempuan-yang-tidak-wajar.html