5 Resepi Cendawan Untuk Dinikmati Pada Hari Cuti


Kredit: www.livestrong.com Dalam banyak-banyak makanan sunnah, makanan yang paling kurang popular ialah cendawan. Pasti anda pun tidak tahu tentang fakta ini, bukan?
Cendawan mempunyai banyak manfaat kesihatan yang cukup baik untuk kita. Cendawan mempunyai zat-zat yang diperlukan tubuh badan seperti vitamin D agar tahap kesihatan imunisasi badan dan organ-organ penting.
Kalau nak lebih sihat dan kurus makanlah cendawan. Namun begitu, ingat! Makan secara bersederhana. Terlebih makan cendawan pun tak boleh juga.
 
 Waktu Cuti Waktu Eksperimen Sempena sambutan Maulidur Rasul yang bakal menjelma esok, sesuai sangatlah untuk anda luangkan masa dan cuba resepi-resepi cendawan yang pasti membuatkan sesiapa sahaja yang anti-sayur, makan hingga menjilat jari.
Daripada asyik makan cendawan goreng dan piza sahaja, luaskan lagi pengetahuan masakan cendawan agar boleh dinikmati sepanjang masa. Selain itu, bukankah anda akan mendapat berkat lebih kerana makan makanan sunnah? Sambil menyelam, minum air.
Cendawankan Diet Anda Bagi yang ketandusan idea untuk sediakan sajian bercendawan yang lain daripada lain, kami kongsi bersama anda 5 sajian cendawan yang sesuai dengan ‘perut Malaysia’ kita. Setiap resipi yang dikongsi memang cepat dan mudah untuk disediakan. Anda cuma perlukan luangkan masa sahaja.
Cendawan Masala Kredit: www.hungryforever.com Diinspirasikan daripada masakan India yang kaya dengan rempah ratus, sajian cendawan masala ini memang sesuai untuk sesiapa sahaja yang sukakan makanan pedas. Boleh dipasangkan dengan roti dan nasi, resepi ini begitu menyelerakan sehinggakan anak anda yang selalunya tak suka makan sayur pun akan menambah selepas satu suapan.
Bahan-Bahan
500g cendawan butang, dihiris tebal 1 cawan puri tomato 2 biji bawang besae, dihiris nipis 4 tangkai cili hijau, dibelah tengah 1 sudu teh biji sawi 2 sudu teh jintan putih 2 sudu teh serbuk jintan 2 sudu teh serbuk garam masala 3 sudu teh serbuk cili 1/2 sudu teh serbuk kunyit 1 biji lada benggala, dipotong dadu 3 sudu besar pes bawang putih halia 5 ulas bawang putih, dihiris 4 tangkai daun kari Jus lemon, secukup rasa Lada hitam, secukup rasa  
Cara-Cara
Panaskan periuk di atas api sederhana besar. Masukkan minyak dan tunggu hingga minyak panas. Masukkan biji sawi dan tunggu sehingga biji melenting. Masukkan jintan putih, daun kari, cili hijau, serbuk kunyit, bawang besar, pes bawang putih halia, garam. Kacau hingga bawang besar dan pes bawang putih halia masak dan empuk. Masukkan serbuk jintan, serbuk ketumbar, serbuk cili, lada benggala, cendawan, puri tomato. Tambahkan garam jika masih kurang masin. Tutup periuk dan biar selama 3-5 minit untuk cendawan dan lada benggala menjadi empuk. Kecilkan api dan sediakan bahan tumisan. Dalam kuali leper berasingan, panaskan mentega sehingga cair. Masukkan cili hijau, bawang putih, lada hitam, daun kari dan garam. Tumis sehingga bawang putih lembut. Padamkan api dan angkat kuali. Masukkan bahan tumisan ke dalam masakan masala di dalam periuk. Rasa dan tambah garam dan gula jika perlu.  
Pau Cendawan Kredit: www.tastingtable.com Pernah tak anda cuba makan pau cendawan? Bukan, bukan pau yang bentuk seperti cendawan tetapi pau berperisa cendawan. Tak pernah? Memang rugi!  Apa kata anda cuba resepi pau cendawan ini dan maklumkan kepada saya nanti betapa sedapnya pau itu. Cuba dulu
Bahan-Bahan
Untuk ban: ¾ cawan air panas 2 sudu teh yis kering aktif 2 cawan (tambah 2 sudu besar) tepung roti 3 sudu besar gula 2½ sudu besar lelemak sayur 1½ sudu besar garam ¼ sudu teh serbuk penaik ¼ sudu teh soda penaik  
Jeruk: 2 timun jepun, dihiris panjang-panjang 1 sudu besar gula 1 sudu teh garam  
Isi Cendawan: 1/4 cawan madu 1/4 cawan miso 1/4 cawan kicap cair 250g cendawan shitake kering 1 sudu besar minyak sayur 1/3 cawan sos hoisin 5 tangkai daun bawang, dihiris nipis  
Cara-Cara
Ban Kukus: Dalam mangkuk adunan, masukkan air dan yis kering aktif. Biarkan selama 10 minit sehingga yis kembang. Masukkan baki bahan ban ke dalam mangkuk dan uli doh selama 8-10 miniy. Bentukkan doh menjadi bebola dan masukkan ke dalam mangkuk yang sudah digris minyak. Tutup mangkuk dengan pembalut plastik dan biarkan doh rehat di tempat yang suam sehingga saiz doh berganda. Proses ini mengambil masa selama 1 jam 15 minit. Tumbuk doh dan tukar ke permukaan yang ditepungkan sedikit. Bahagiakn doh kepada 24 bebola kecil yang sekata. Tutup bebola doh dengan tuala lembap dan biar doh rehat selama 30 minit. Menggunakan penggelek, canai bebola doh menjadi bentuk bujur panjang 2 inci. Sapu sedikit lelemak sayur di hujung jaru dan sapu pada doh yang dicanai. Kemudian, lipat doh dari atas ke bawah. Ulang sehingga semua bebola doh dibentukkan. Tutup semula dengan tuala lembap dan biar doh rehat selama 30 minit.  
Jeruk: Masukkan timun yang dihiris panjang-panjang ke dalam mangkuk. Pastikan timun mempunyai ketebalan yang sesuai iaitu kira-kira 1/8 inci tebal. Tuskan timun bersama gula dan garam. Biarkan selama 10 minit dan ketepikan timun.  
Inti Cendawan: Dalam mangkuk lain, masukkan madu, miso, kicap. Ketepikan. Dalam kuali leper, rendam cendawan kering. Tutup dengan pinggan kecil untuk pastikan cendawan terendam sepenuhnya. Panaskan sehingga air mendidih. Kemudian, kecilkan api dan biarkan air mereneh sehingga cendawan terhidrat sepenuhnya. Proses ini mengambil masa selama 5 minit. Tapis keluar cendawan dan biar menyejuk pada suhu bilik. Apabila cendawan sudah sejuk untuk dipegang, hiris nipis-nipis. Dalam kuali menggoreng, hidupkan api pada suhu tinggi. Masukkan minyak dan cendawan yang dihiris. Kacau beberapa kali untuk pastikan cendawan masak di kedua-dua bahagian selama 5 hingga 7 minit. Masukkan campuran sos dan masak hingga cecair memekat. Ketepikan.  
Mengukus: Sediakan pengukus dan lapikkan dengan kertas masakan. Pastikan tinggalkan ruang sedikit untuk aliran asap kukusan. Kukus ban selama 8 hingga 10 minit. Hidangkan ban dengan menyapu sedikit sos hoisin, 3 hingga 4 hirisan jeruk, sesudu cendawan dan hias dengan hirisan daun bawang.  
Popia Cendawan Kredit: www.foodandwine.com Popia cendawan memang snek yang cukup laris apabila menonton televisyen. Sekali suap, memang tak berhenti! Kalau anda nak sediakan snek ini sebagai kudapan anda di hadapan televisyen, jangan lupa untuk sediakan banyak-banyak supaya anda tak perlu berulang-alik ke dapur sepuluh kali. Netflix takkan benarkan anda pergi terlalu lama.
Bahan-Bahan 1 paket kulit popia 2 cawan susu 250g cawan butang, dipotong dadu 1 cawan stok sayuran 1 biji bawang holland, dipotong dadu garam secukup rasa Cara-Cara Tumis bawang holland sehingga sedikit layu. Masukkan cendawan butang dan kacau seketika. Masukkan susu dan stok sayur dan biar hingga memekat. Perasakan dengan hingga cukup rasa. Boleh masukkan sedikit daun bawang jika mahu. Apabila kuah sudah memekat pada konsistensi anda mahu, padamkan api dan ketepikan untuk biarkan kuah menyejuk. Keluarkan kulit popia dan letakkan 1/2 sudu besar inti di tengah. Gulungkan popia. Setelah siap menggulung, anda boleh memilih untuk simpan di dalam peti sejuk atau terus menggoreng.  
Kurma Cendawan Kredit: www.hungryforever.com Kurma cendawan memang sedap dimakan dengan nasi mahupun roti pratha. Lemak cendawan itu memang cukup terserlah apabila dinikmati ringkas seperti itu.
Bahan-Bahan
2 sudu besar minyak sayuran 4 ulas bawang putih, dicincang 2 sudu teh halia parut 2 biji bawang besar, dihiris nipis 3 sudu teh garam masala 1/2 cawan yogurt 80 ml santan cair 8 cawan cendawan tiram 2 biji kentang, dibelah enam  
Campuran pes rempah: 3 biji bawang merah, dipotong dadu 8 ulas bawang putih, dipotong dadu 1 inci halia, dihiris nipis 1 sudu besar serbuk lada hitam 2 sudu besar serbuk jintan 2 sudu teh serbuk jintan putih 2 sudu teh serbuk ketumbar 3 sudu teh serbuk cili  
Cara-Cara
Panaskan minyak di dalam kuali menggoreng dasar dalam pada api sederhana besar. Masukkan minyak. Apabila minyak sudah panas, masukkan bawang besar dang tumis hingga lembut. Masukkan halia dan bawang putih dan kacau selama seminit. Masukkan garam masalam dan kacau hingga sekata selama seminit. Masukkan pes rempah dan kacau hingga sebati. Kecilkan api dan kacau pes agar tidak melekat pada dasar kuali. Masak selama 10 minit atau hingga pes tidak lagi berbau tak masak dan tidak berasa pahit. Masukkan yogurt dan kacau selama beberapa minit. Masukkan cendawan dan perasa dengan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati. Masak selama 2-3 minit lagi hingga cendawan menjadi lembut dan keluarkan jus. Masukkan kentang dan separuh santan. Tunggu hingga kuah mendidih atas api sederhana besar sebelum kecilkan api untuk biar kuah mereneh selama 3-4 minit. Masukkan baki santan dan padamkan api. Sate Cendawan Kredit: www.washingtonpost.com Kalau dah bosan makan daging tapi masih nak rasa salai dalam masakan anda, cubalah sate cendawan pula. Memang mudah, ringkas dan cukup menyelerakan. Tak perlu susah-susah buka atau beli tempat barbeku sebab panggang atas kuali pun dah cukup.
Bahan-Bahan
200g cendawan Portobello 200g cendawan Tiram 4sm halia 1 cawan santan pekat 2 sudu besar kacang goreng 2 sudu teh biji ketumbar 2 inci kunyit hidup 1 sudu teh biji lada hitam 2 sudu teh gula melaka Minyak kacang untuk sapuan Garam secukup rasa Untuk resepi kuah kacang, dapatkan di sini.
 
Cara-Cara
Kisar kacang, halia, biji ketumbar, kunyit dan lada hitam sehingga mendapat pes halus. Masukkan santan ke dalam pes dan kacau rata. Perasa dengan garam dan gula secukup rasa. Tuangkan campuran ini ke dalam mangkuk berisi cendawan dan perap selama 30 minit. Cucuk cendawan yang diperap dengan lidi. Anda boleh letakkan sebanyak 4 cendawan pada satu lidi. Panaskan kuali leper dan letakkan sate cendawan. Sapu cendawan dengan sedikit minyak dan panggang hingga masak. Alihkan lidi untuk pastikan cendawan masak sepenuhnya. Satu sesi panggang mengambil masa kira 3-5 minit.  
 
Masaklah Bila Senang Bagaimana? Adakah anda suka dengan 5 resepi cendawan ini? Jangan lupa untuk kongsi gambar hasil masakan anda dengan kami di laman sosial Facebook dan Instagram. Pastikan anda letakkan #butterkicap pada gambar anda ya. Waktu cuti jangan asyik pesan dari luar, masuklah ke dapur.
 
 
The post 5 Resepi Cendawan Untuk Dinikmati Pada Hari Cuti appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/feature-article/5-resepi-cendawan-untuk-dinikmati-pada-hari-cuti

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuti Tambahan Khas 6 Hari Buat Pekerja Yang Tidak Merokok Di Jepun

Cuti Tambahan Khas 6 Hari Buat Pekerja Yang Tidak Merokok Di Jepun

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 340 hits
Kebiasaannya pekerja yang merokok menghabis masa beberapa minit di luar pejabat untuk merokok daripada pekerja yang tidak merokok Satu syarikat di Jepun di mana budaya merokok sangat tertanam dalam masyarakatnya memutuskan untuk melakukan s...
Hari Pahlawan Dpw Pan Dki Pasang Bendera Merah Putih Di Gang Gang Ibu Kota

Hari Pahlawan Dpw Pan Dki Pasang Bendera Merah Putih Di Gang Gang Ibu Kota

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 300 hits
Penyerahan bendera secara simbolis dari Ketua Umum PAN Zulkifli Hasan ke kader dan simpatisan PAN digelar di halaman warga di Jalan Wijaya I Gang Langgar RT 0015 RW 03 Kelurahan Petogongan Kec Kebayoran Baru Jakarta Selatan
Kronologi Trag3di Hari Pahlawan Di Surabaya Ini Fakta Fakta Trag3di Di Peringatan Hari Pahlawan

Kronologi Trag3di Hari Pahlawan Di Surabaya Ini Fakta Fakta Trag3di Di Peringatan Hari Pahlawan

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 271 hits
Kronologi Trag3di Hari Pahlawan di Surabaya Ini Fakta fakta Trag3di di Peringatan Hari PahlawanKronologi Trag3di Hari Pahlawan di Surabaya Ini Fakta fakta Trag3di di Peringatan Hari Pahlawan
Satu Hari Dia Bagitahu Yang Dia Nak Kahwin Aku Tanya La Ada Duit Simpanan Ke Tiba Tiba Dia Tunjukkan Buku Asb Dia

Satu Hari Dia Bagitahu Yang Dia Nak Kahwin Aku Tanya La Ada Duit Simpanan Ke Tiba Tiba Dia Tunjukkan Buku Asb Dia

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 462 hits
Hai pembaca Bila tgk tajuk nama lelaki mesti korang pikir aku nak cerita pasal boyfriend atau suami kan Actually NO Aku nak cerita pasal Amir Anak buah aku Aku ni maksu die Jarak umur kami hanya 7 tahun Ibarat kakak dgn adik Tapi maklumlah ...
Aplikasi Game Ini Disebut Laris Manis Dalam 2 Hari Peluncuran

Aplikasi Game Ini Disebut Laris Manis Dalam 2 Hari Peluncuran

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 294 hits
HAGO aplikasi permainan sosial di Indonesia baru baru ini meluncurkan game interaktif berbasis Augmented Reality Catch Hago Monster untuk pengguna Indonesia Dalam 2 hari peluncuran game ini telah dimainkan oleh jutaan orang di Indonesia Itu...
32 462 Saman Trafik Berjaya Diselesaikan Dalam Tempoh Tiga Hari

32 462 Saman Trafik Berjaya Diselesaikan Dalam Tempoh Tiga Hari

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 362 hits
Sempena tawaran diskaun sehingga 50 peratus AFIQ AL HAFIZ MAT YUSOF 10 November 2018 7 44 PM KUALA LUMPUR Juml
Tentara Belanda Seret Jenazah Letkol Sroedji Dan Dipamerkan 3 Hari

Tentara Belanda Seret Jenazah Letkol Sroedji Dan Dipamerkan 3 Hari

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 254 hits
Komandan Brigade III Damarwulan Letkol Mochammad Sroedji terlibat baku tembak dengan pasukan Belanda di Desa Karang Kedawung Kecamatan Mumbulsari Dalam pertempuran itu beliau gugur Biadabnya Belanda jenazah Letkol Sroedji sempat diseret ke ...
Pesan Sri Mulyani Ke Pegawai Kemenkeu Di Peringatan Hari Pahlawan

Pesan Sri Mulyani Ke Pegawai Kemenkeu Di Peringatan Hari Pahlawan

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 243 hits
Sri Mulyani berpesan agar pegawai Kemenkeu mencontoh nilai nilai semangat pahlawan membangun Indonesia Salah satunya menerapkannya dalam menjalankan tugas menjaga keuangan negara
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba